CARA DAFTAR APP PETRON & PAUTKAN KAD PETRON MILES

CARA DAFTAR APP PETRON & PAUTKAN KAD PETRON MILES

KAD PETRON MILES

 

Terkini pihak Petron telah memperkenalkan aplikasi Petron Malaysia bagi memudahkan pelanggannya untuk mengetahu promosi terkini dan menyemak mata ganjaran. Sebagai pengguna kali pertama seharusnya anda daftar terlebih dahulu dan pautkan kad petron anda. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU KAD PETRON MILES

Dengan Kad Privilege Petron Miles, anda boleh memperoleh Mata tanpa had di kira-kira 700 Stesen Servis Petron di Malaysia. Petron Miles memberi anda faedah dan kelonggaran untuk memperoleh mata dan menebus ganjaran mengikut keselesaan anda.

 

KELEBIHAN KAD PETRON MILES

Berikut adalah merupakan antara kelebihan daftar kad ini iaitu:

  • Dapatkan Nilai Lebih Baik – Penjimatan yang lebih baik dengan setiap batu.
  • Keistimewaan yang lebih baik – Promosi perkongsian eksklusif.
  • Ganjaran yang lebih baik – Tebus barangan menarik dengan mata Petron Miles.
  • Kad Petron Miles penuh dengan ganjaran dan faedah, seperti:
    • Peroleh 3x mata Petron Miles bagi setiap liter bahan api Blaze 100 yang dibeli
    • Peroleh 2x mata Petron Miles bagi setiap liter bahan api Blaze 97, Blaze 95, Turbo Diesel dan Diesel Max yang dibeli

 

CARA DAFTAR KAD PETRON MILES

Pastikan anda dapatkan terlebih dahulu kad fizikal Petron ini di mana-mana stesen minya petron yang anda kunjungi. Berikut adalah merupakan cara daftar iaitu:

Daftar Melalui SMS

  • SMS butiran anda dalam format di bawah dan hantar ke 66688.
  • PETRON (ruang) REG (ruang) [NAMA] (ruang) [No. ID] (ruang) [12 Digit terakhir kad anda]

Daftar Secara Online

 

MUAT TURUN APLIKASI PETRON MALAYSIA

Bagi memudahkan urusan anda untuk membuat semakan ganjaran, anda boleh memuat turun aplikasi Petron Malaysia pada pautan di bawah:

 

CARA DAFTAR APLIKASI PETRON MALAYSIA DAN PAUTAN KAD PETRON

Setelah anda install aplikasi ini, berikut adalah merupakan cara daftar bagi pengguna kali pertama iaitu:

  1. Buka aplikasi Petron Malaysia di telefon anda
  2. Terdapat beberapa pilihan untuk mendaftar iaitu:
    • No Kad Pengenalan
    • Alamat Email
    • Kad Petron
  3. Untuk memudahkan anda daftar, klik pada Kad Petron
  4. Masukkan No Kad petron anda pada ruangan tersedia dan klik next
  5. Kemudian masukkan no kad pengenalan anda dan klik next
  6. Pada laman pendaftaran, isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap seperti:
    • Nama
    • No telefon
    • Email
    • Kata laluan
  7. Isikan juga referal code sekiranya ada. Setelah lengkap tick pada kotak terma dan syarat dan klik Create Account.
  8. Masukkan kod verifikasi yang diterima melalui SMS atau email
  9. Selesai, status pendaftaran berjaya akan terpapar. Anda kini boleh gunakan kad anda dimana-mana stesen minyak Petron

 

CARA TRANSFER POINT PETRON DARI KAD LAMA KE KAD BARU

Kepada anda yang telah membuat Kad Petron baru, semestinya anda inginkan tranfer point dari kad petron yang lama. Berikut adalah merupakan caranya:

Bagi Pengguna Berdaftar Petron Miles Online

  1. Layari portal Petron Miled: https://www.petronmiles.com.my,
  2. Log masuk ke akaun anda dan ikut arahan untuk memindahkan mata.

Bagi Pengguna Tidak Berdaftar Petron Miles Online

  1. Dapat Borang Permintaan Pelanggan yang boleh didapati di mana-mana Stesen Servis Petron atau muat turun broang DI SINI https://s3-ap-southeast-1.amazonaws.com/lms-petron/member/PMiles_Customer_Request_Form.pdf
  2. Isikan maklumat yang diperlukan pada borang tersebut dengan lengkap.
  3. Kemudian anda boleh hantarkan borang yang telah lengkap seperti berikut:
    • Di mana-mana stesen perkhidmatan Petron
    • Melalui e-mel: [email protected]
    • Melalui faks: 03-21618233
    • Melalui pos: Pusat Khidmat Pelanggan Petron Miles, P.O. Box 13388, 50808 Kuala Lumpur.
  4. Tempoh yang diperlukan adalah dalam masa 4 minggu dari tarikh diterima oleh pihak petron bertujuan untuk butiran anda dikemas kini dalam sistemnya.
  5. SMS pemberitahuan akan dihantar kepada anda apabila mata telah berjaya dipindahkan.

 

BAGAIMANA SEKIRANYA TERLUPA NO KAD PETRON LAMA

Sekiranya anda terlupan no kad petron lama anda disebabkan hilang, anda boleh menghubungi Petron Miles Customer Service Centre di talian 1 300 888 812 untuk dapatkan no kad petron lama tersebut.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenao Kad Petron Miles, anda boleh merujuk saluran berikut:

  • Website Petron Miles: petronmiles.com.my
  • Hubungi khidmat pelanggan Petron Miles: 1 300 888 812.

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR GUNA CALTEXGO (Bayar & Isi Minyak Guna Telefon)

2 thoughts on “CARA DAFTAR APP PETRON & PAUTKAN KAD PETRON MILES”

Leave a Comment