MAKSUD LOT BUMIPUTERA CHECK SELANGOR JOHOR(Proses Permohonan Beli Contoh Surat Tawaran)
Kepada rakyat Malaysia sudah semestinya mengetahui mengenai Dasar Ekonomi Baharu (DEB). Dasar yang digunakan pada 1971 ini antara lain mengandungi dasar kuota Lot Bumi, iaitu unit tanah atau hartanah yang hanya boleh dibeli dan dimiliki oleh golongan Bumiputera. Disini kami akan kongsikan kepada anda maksud lot Bumiputera, semoga membantu.
APA ITU LOT BUMIPUTERA
Bumi Lot atau pun Lot Bumiputeraa adalah jualan dan pajakan jenis hartanah yang terbuka kepada kaum bumiputeraa sahaja. Bumiputera ialah kaum Melayu, Sabah, Sarawak dan islam bukan melayu.
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN LOT BUMIPUTERA
Berikut adalah merupakan antara kelebihan dan kekurangan bagi lot ini iaitu:
KELEBIHAN | KEKURANGAN |
|
|
PERUNTUKAN KUOTA PEMILIKAN LOT BUMIPUTERA
Secara asasnya, setiap pembangunan hartanah baharu memperuntukkan sejumlah peratusan tertentu kepada kaum Bumiputera. Dalam erti kata lain, ada kuota tertentu yang diperuntukkan kepada kaum Bumiputera bagi setiap pembangunan baharu – sebagai contoh di Kuala Lumpur, setiap hartanah wajib memperuntukkan sekurang-kurangnya 30 peratus lot Bumiputera.
Peruntukan lot Bumi membolehkan golongan Bumiputeraa mempunyai peluang untuk mengumpul aset dan memperluaskan taburan penduduk Bumiputeraa. Selain itu, lot Bumi juga biasanya menawarkan diskaun dan rebat eksklusif Bumiputeraa yang banyak. Ia bertujuan untuk menggalakkan golongan Bumiputeraa memiliki rumah atau kediaman sendiri.
CARA PEROSES BELI LOT BUMIPUTERA
Lot Bumi hanya boleh dibeli dan dimiliki oleh golongan Bumiputera. Perkara ini bukan mudah untuk dilakukan kerana istilah “Bumiputera” tidak ditakrifkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Meskipun begitu, status Bumiputera seseorang boleh ditentusahkan dengan cara berikut:
- Ruang ‘Keturunan’ dalam sijil kelahiran mesti menunjukkan kedua-dua ibu bapa seseorang adalah Bumiputera.
- MyKad yang diperoleh dari Jabatan Pendaftaran Negara.
Pembeli yang ingin membeli hartanah seharusnya bertanya dengan pemaju sama ada hartanah mereka diendors sebagai Lot Bumi atau terletak di atas Tanah Rizab Melayu. Mereka perlu bertanya dengan Pejabat Tanah pelbagai hal mengenai sesebuah hartanah sebelum membuat keputusan untuk membeli.
ARTIKEL LAIN:
- HOUSE TOUR RUMAH RESIDENSI WILAYAH RUANG TAMU RUANG MAKAN DAPUR ENTRANCE WAY(Pangsapuri & Cara Deko)
- CARA BELI TICKET GUNA KLOOK HOTLINE CUSTOMER SERVICE TEBUS VOUCHER (Taman Tema Zoo Negara)
1 thought on “MAKSUD LOT BUMIPUTERA CHECK SELANGOR JOHOR(Proses Permohonan Beli Contoh Surat Tawaran)”