Isi Kandungan
MYANGKASA AMANAH Login Semakan(Review Cara Buat Wasiat Lupa ID Waes Angkasa)
Seharusnya anda perlu sedar mengenai kepentingan melaksanakan Wasiat dan Amanah di peringkat awal. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara penulisan wasiat asas dan komprehensif menerusi MyAngkasa Amanah, semoga membantu.
APA ITU MYANGKASA AMANAH
MYANGKASA AMANAH BERHAD (MAAB) adalah sebuah perbadanan yang berdaftar di bawah Akta Syarikat Amanah 1949. MAAB adalah syarikat amanah yang patuh Syariah dan dimiliki oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). ANGKASA adalah sebuah Koperasi APEX yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 dan ditubuhkan pada tahun 1971.
PERKHIDMATAN MYANGKASA AMANAH
Berikut adalah merupakan antara perkhidmatan yang tersedia iaitu:
- Penulisan Wasiat
- Pentadbiran Harta Pusaka
- Hibah
- Amanah
CARA BUAT WASIAT MYANGKASA AMANAH
Kepada anda yang ingin membuat penulisan wasiat, berikut adalah merupakan caranya:
Apakah Itu Wasiat?
- Iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya, ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarat, selepas berlakunya kematian.
- Merupakan dokumen Undang-Undang yang menyatakan arahan bagaimana aset anda ingin diuruskan selepas kematian.
- Wasiat berkuatkuasa selepas kematian. Oleh itu, wasiat boleh dipinda seberapa kali oleh pewasiat
Kelayakan Berwasiat
- Telah mencapai 18 tahun (21 tahun untuk negeri Sabah)
- Orang sempurna akal (waras)
- Bertindak sukarela dan tidak dipaksa
Syarat Harta Diwasiatkan
- Sesuatu boleh dijadikan harta pusaka
- Sesuatu yang bernilai
- Sesuatu yang boleh dipindahmilik selepas kematian
- Sesuatu yang wujud dan milik pewasiat
Cara Daftar Wasiat MAAB
- Pertanyaan Berkenaan Wasiat hubungi: 03-7887 7979 / 4545 / 4747; atau
- Layari pautan Hubungi Kami dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.
CARA SEMAKAN STATUS WASIAT MYANGKASA AMANAH
Untuk membuat semakan status wasiat, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan Will And Estate Management (WAES)
- Masukkan no kad pengenalan anda dan klik Carian
- Status wasiat anda akan terpapar.
CARA LOGIN WAES
Kepada anda ingin log masuk ke akaun WAES anda, berikut adlaah merupakan caranya:
- Layari pautan WAES
- Masukkan Usernam dan Password anda dan klik Login
- Selesai, anda telah Berjaya aksess akaun WAES anda
TERLUPA KATA LALUAN WAES
Sekiranya anda terlupa kata laluan WAES, berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan kembali iaitu:
- Layari pautan Forget Password WAES
- Masukkan email yang telah anda daftarkan pada akaun WAES, dan klik Request New Password
- Selesai, kata laluan baharu anda akan dihantar melalui email. Buka email anda untuk melihat kakta laluan baharu tersebut.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai MyAngkasa Amanah, anda boleh menhubungi menerusi saluran berikut:
- MYANGKASA AMANAH BERHAD, Suite 401, Block C, Glomac Business Centre, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
- Telefon: 03-7887 5600 / 03-7887 9200
- Email: [email protected]
ARTIKEL LAIN: