CARA GUNA APLIKASI MYTRACE ( Muat Turun & Fungsi)

CARA GUNA APLIKASI MYTRACE ( Muat Turun & Fungsi)

MyTRACE

Terkini aplikasi MyTrace telah diperkenalkan iaitu dengan menggunakan  untuk mengesan kontak rapat KKM mengesan individu yang mempunyai kontak dengan mereka yang telah dijangkiti COVID-19

Bagaimana cara untuk menggunakan MyTrace  Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU APLIKASI  MYTRACE

MyTrace adalah sebuah aplikasi mudah alih pengesanan kontak (contact tracing) bagi membolehkan KKM mengesan individu yang mempunyai kontak dengan mereka yang telah dijangkiti COVID-19.

My Trace dibangunkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beberapa agensi tempatan.

MyTrace adalah pelengkap kepada aplikasi MySejahtera yang dilancarkan sebelum ini dan menggunakan teknologi ‘bluetooth’ untuk pengesanan kontak kepada individu Covid-19.

 

BAGAIMANA APLIKASI  MYTRACE BERFUNGSI

Apabila telefon bimbit pengguna My Trace berada dalam jarak dekat, telefon itu akan mengesan gelombang ‘bluetooth’ untuk mengesan kehadiran masing-masing.

Berdasarkan kekuatan gelombang ‘bluetooth’ yang dikesan, jarak dan tempoh pertemuan pengguna boleh dikenalpasti.

Data yang dikumpul akan disimpan selama 21 hari di dalam telefon bimbit pengguna namun aplikasi ini hanya mengumpul maklumat pengguna yang telah dirahsiakan (anonymized) dan tidak mengumpul sebarang maklumat geo-lokasi.

Pengesanan kontak adalah sangat penting supaya dapat diketahui siapa yang pernah berada berdekatan dengan seseorang yang telah dikenalpasti positif Covid19. Jadi bagi memastikan keberkesanannya, sasaran penggunaan adalah sekitar 60 peratus pengguna telefon pintar di seluruh negara.

 

CARA MUAT TURUN APLIKASI MYTRACE

Bagi pengguna telefon bimbit jenis Android anda boleh muat turun aplikasi My Trace di Google PlayStore

Bagi pengguna iOS pula, anda boleh memuat turun aplikasi My Trace dalam tempoh terdekat setelah ianya tersedia di App Store.

 

CIRI-CIRI APLIKASI  MYTRACE

Aplikasi My Trace menggunakan teknologi `Bluetooth’ di mana ia membolehkan telefon bimbit pengguna mengesan kehadiran pengguna lain apabila berada hampir dengan mereka yang telah dijangkiti COVID-19.

Sekiranya pengguna disahkan positif COVID-19, pihak berwajib akan menghubungi kontak-kontak rapat yang dikesan melalui Log Pengesanan Hubungan My Trace.

My Trace mengumpul maklumat nombor telefon yang telah dirahsiakan (anonymized) dan TIDAK mengumpul sebarang maklumat geo-lokasi pengguna.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk sebarang pertanyaan mengenai My Trace dan bantuan teknikal, emelkan kepada [email protected]

 

 

Tags: #APA ITU APLIKASI MYTRACE #BAGAIMANA APLIKASI MYTRACE BERFUNGSI #CARA  DISABLE MYSJ TRACE #CARA AKTIFKAN MYSJ TRACE #CARA GUNA APLIKASI MYTRACE #CARA KEMASKINI/UPDATE FUNGSI MYSJ TRACE DI MYSEJAHTERA #CARA MUAT TURUN APLIKASI MYTRACE #CIRI-CIRI APLIKASI MYTRACE #MYTRACE

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!
    1. author

      Khairullakma Hamid2 tahun ago

      Saya xboleh download mytrace apps.. Harap bantu.. Phone android OPPO.

      Reply
    2. author

      Johar bin ramli7 bulan ago

      Saya tak tau macamana nak guna mytrace tolong bantu..Android Vivo

      Reply

    Leave a reply "CARA GUNA APLIKASI MYTRACE ( Muat Turun & Fungsi)"