SENARAI LOKASI KIOSK BANTUAN MYSEJAHTERA ( Helpdesk Fizikal)

SENARAI LOKASI KIOSK BANTUAN MYSEJAHTERA ( Helpdesk Fizikal)

KIOSK BANTUAN MYSEJAHTERA

Terkini kiosk Bantuan MySejahtera akan dibuka pada setiap hujung minggu nanti. Kepada pengguna aplikasi MySejahtera yang mempunyai masalah atau pertanyaan terhadap aplikasi ini, anda boleh melawat kioskbantuan ini. Kiosk MySejahtera secara fizikal akan ditubuhkan di beberapa lokasi bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi orang ramai berkenaan sijil vaksinasi. Disini kami akan kongsikan senarai lokasi terkini kiosk MySejahtera, semoga membantu

 

FUNGSI HELDESK MYSEJAHTERA FIZIKAL

Helpdesk MySejahtera fizikal ini diwujudkan kepada pengguna MySejahtera yang mempunyai masalah dengan sijil vaksin dan sebagainya boleh pergi ke helpdesk fizikal ini untuk selesaikan masalah. Walaubagaimanapun fungsi helpdesk di aplikasi MySejahtera masih diteruskan.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN DI KIOSK BANTUAN MY SEJAHTERA

Berikut adalah merupakan antara senarai dokumen yang perlu anda bawa sebelum melawat kiosk bantuan ini bagi melancarkan sebarang urusan:

  • Kad vaksinasi fizikal
  • Kad pengenalan
  • Dokumen vaksinasi daripada luar Negara
  • Passport (lama dan baru)
  • Surat pengesahan tamat HSO
  • Dokumen pelancongan/perjalanan ke luar atau dari luar Negara
  • Memo berkaitan saringan kesihatan daripada luar Negara
  • Dokumen VTL (udara dan air)

* Pastikan anda membawa mana-mana dokumen yang berkaitan dengan permasalahan anda

 

SENARAI LOKASI KIOSK BANTUAN MYSEJAHTERA

Sebagai permulaan, berikut adalah merupakan senarai lokasi kiosk bantuan ini yang dibuka (setiap hujung minggu) untuk pengguna aplikasi MySejahtera untuk membuat sebarang pertanyaan:

TEMPATTARIKHMASA
World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur19 & 20 Feb 2022

26 & 27 Feb 2022

5 & 6 Mac 2022

12 & 13 Mac 2022

9 Pagi – 5 Petang
Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam26 & 27 Feb 2022

5 & 6 Mac 2022

9 Pagi – 5 Petang

NOTA:

  • Pastikan anda patuhi SOP yang ditetapkan dan pakai pelitup muka dnegan betul semasa hadir ke kiosk bantuan ini
  • Pastikan anda hadir mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan
  • Bagi negeri-negeri lain dan diumumkan dalam masa terdekat bila waktu pembukaan kiosk bantuan ini.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kiosk bantuan MySejahtera ini, anda boleh melayari website rasmi MySejahtera di pautan mysejahtera.malaysia.gov.my

 

ARTIKEL LAIN

KEMASKINI MySEJAHTERA 2022(Cara Update Status Kesihatan Jika Positif Covid-19)

 

Leave a Comment