CARA DAFTAR AKAUN UFIRST PERODUA (Tempahan Servis Kereta & Booking Test Drive)
Sekiranya anda baru membeli kereta daripa Perodua, seharusnya anda mendaftar keahlian dengan UFirst Perodua Passport bagi memudahkan urusan anda. Disini kami kongsikan cara daftarnya, semoga membantu.
APA ITU UFIRST PERODUA PASSPORT
UFirst Perodua Passport ialah program kesetiaan yang baru dilancarkan yang dikendalikan dan dikendalikan oleh Perodua Sales Sdn. Bhd. Tujuan program ini adalah untuk memanjangkan ganjaran dan keistimewaan kepada ahli setia Perodua.
KELEBIHAN DAFTAR UFIRST PERODUA PASSPORT
Berikut adalah merupakan antara kelebihan sekiranya anda mendaftar akaun ini:
- Membuat tempahan bagi servis kereta Perodua
- Menempah unit test drive
- Mencari lokasi unit jualan pusat servis
CARA DAFTAR AKAUN UFIRST PERODUA
Berikut adalah merupakan cara daftar akaun ini:
- Buka aplikasi Ufirst Peroduan Passport (Android / IOS) atau layari pautan https://www.ufirst.com.my/member/Login/Login.aspx
- Pada menu utama klik pada Sign Up
- Masukkan maklumat yang diperlukan seperti:
- Login ID
- Full Name (as per NRIC/Passport No.)
- Password
- Confirm Password
- Mobile Number
- Your Email
- Klik pada Request TAC dan masukkan no Tac yang diterima
- Tick pada PDPA dan Terma & Syarat untuk bersetuju, seterusnya klik Sign Up
- Pada laman verifikasi, isikan nombor kad pengenalan ada buat pilihan samada anda pemilik kenderaan Perodua dan klik Submit
- Pendaftaran anda telah selesai
CARA KEMASKINI AKAUN UFIRST PERODUA
Setelah berjaya proses pendaftaran, sebagai pengguna kali pertama anda dikehendaki untuk mengemaskini maklumat anda. Berikut adalah caranya:
Kemaskini Maklumat Profil
- Log masuk akaun Ufirst Peroduan Passport anda
- Pada menu utama klik pada Edit Profil
- Kemaskini maklumat anda dengan tepat
- Semak kembali, sekiranya betul klik pada Save Changes.
Kemaskini maklumat Kereta
- Log masuk akaun Ufirst Perodua Passport anda
- Pada menu utama klik pada My Car
- Kemaskini maklumat anda dengan tepat
- Semak kembali, sekiranya betul klik pada Save Changes.
CARA SEMAKAN MATA GANJARAN UFIRST PERODUA
Untuk membuat semakan mata ganjaran anda, berikut adalah merupakan caranya
- Log masuk akaun Ufirst Perodua Passport anda
- Pada menu utama klik pada My Rewards
- Paparan akan menunjukkan ganjaran terkumpul yang anda terima
CARA TEMPAHAN SERVIS KERETA UFIRST PERODUA
Sekrianya anda ingin membuat tempahan servis kereta perodua anda, berikuta dalah merupakan caranya:
- Log masuk akaun Ufirst Perodua Passport anda
- Pada menu utama klik pada My Car
- Seterusnya klik pada E-Appointment
- Lengkapkan maklumat tempahan temujanji anda sehingga selesai
ARTIKEL LAIN
CARA JUAL & BELI KERETA DI CARSOME 2022 (Cara Buat Temujanji Pemeriksaan /Bidaan Kenderaan)
CARA JUAL KERETA GUNA myTUKAR (MUDAH CEPAT HARGA TINGGI)