NJOI HD (Cara Langgan Beli Pek Promosi My NJOI)

NJOI HD (Cara Langgan Beli Pek Promosi My NJOI)

NJOI HD

Astro telah  mengumumkan ketibaan saluran berdefinisi tinggi (HD) untuk NJOI HD, platform TV satelit percuma dari Astro. Saluran HD di NJOI HD boleh dinikmati bermula dari 28 April 2021.

Pelanggan NJOI HD sedia ada dan baru boleh melanggan Pek NJOI HD dengan bayaran RM15 untuk langganan 30 hari. Sebanyak 10 saluran HD yang disediakan dalam PEK NJOI HD iaitu:

  1. Astro Prima
  2. Astro Oasis
  3. Astro Vaanavil
  4. Astro Xiao Tai Yang
  5. Astro AEC
  6. CCTV4
  7. Astro Awani
  8. Hello
  9. eGG
  10. Astro Arena

 

CARA LANGGAN/BELI PEK NJOI HD

Untuk melanggan , pengguna digalakkan untuk memuat turun aplikasi My NJOI. Ia akan sedia dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore, bermula 28 April 2021. Pek NJOI HD juga boleh dibeli di saluran 200, laman rasmi NJOI, WhatsApp NJOI serta di peruncit-peruncit terdekat NJOI.

 

MUAT TURUN APLIKASI My NJOI

Aplikasi My NJOI menyediakan antaramuka yang ringkas dan cepat untuk NJOI dalam versi katalog. Pengguna NJOI HD boleh membuat tambah nilai kredit, serta menyemak baki kredit NJOI pada bila-bila masa, di mana sahaja. Aplikasi ini juga menyalurkan promosi dan tawaran baharu berkaitan NJOI.

Untuk mereka yang belum memiliki NJOI dan berminat mendapatkannya, boleh membelinya pada harga RM379. Maklumat lanjut mengenai NJOI boleh didapati dengan melayari www.njoi.com.my atau ke WhatsApp di 03-9543 8100.

Nak langgan movie baru macam mana ye? Langgan DISINI

 

CARA CLAIM REBAT DAN DISKAUN NJOI HD

Bagi menarik lebih ramai pelanggan, Astro menganjurkan dua promosi khas untuk pelanggan menaiktaraf dan menikmati perkhidmatan NJOIHD. Dua promosi tersebut adalah:

  1. Promosi My NJOI – Muat-turun aplikasi My NJOI hari ini dan jadi 5,000 pelanggan pertama yang membeli Pek NJOIHD menerusi aplikasi My NJOI dari 28 April 2021 – 31 Julai 2021, dan anda akan diberikan rebat bernilai RM10.
  2. Pek Prabayar dengan tawaran NJOIHD – Bagi mana-mana pelanggan yang membeli pek prabayar terpilih menerusi Pek NJOIHD, anda akan menerima diskaun sebanyak RM10 atau rebat bernilai RM10 sebagai sebahagian dari tawaran ‘bundled’, dari 30 April 2021 – 31 Oktober 2021.

 

CARA LANGGAN SPORTS PASS EUFA EURO

Istimewa untuk peminat bola sepak di NJOI, Astro menyediakan ‘Sports Pass’ di mana pengguna NJOI boleh menonton kesemua 51 perlawanan UEFA EURO 2020 dalam HD di dua saluran yang disediakan khas. Pas ini berharga RM70 untuk pembeli terawal, dari 5 hingga 31 Mei 2021. Selain itu, Astro juga menawarkan gabungan Pek NJOIHD bersama Sports Pass pada harga gabungan RM75 sahaja.

Pelanggan NJOI dengan Sports Pass juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik di dalam peraduan GAMEBIRA NJOI dari 5 Mei hingga 8 Ogos 2021. Hadiah yang disediakan seperti HDTV, baucar sukan dan barangan cenderahati istimewa EURO.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) NJOI HD

1.Apakah NJOI HD?

  • NJOIHD ialah pek baharu yang mengandungi 10 saluran HD untuk RM15/30 hari. Semua pelanggan baru dan lama NJOI boleh membeli pekprabayar ini bermula 28 April untuk menikmati filem, sukan, aksi, berita, drama dan rancangan lokal dalam HD!

2.Perlukah saya membeli Pek HD sebelum membeli saluran atau pek prabayar yang lain?

  • Untuk pelanggan lama, anda boleh membeli pek atau saluran prabayar seperti biasa tanpa membeli Pek HD terlebih dahulu.
  • Bagi pelanggan baru, anda mesti membeli Pek HD sebelum dapat membeli pek atau saluran prabayar yang lain.

3.Di manakah saya boleh membeli Pek HD?

Anda boleh membeli Pek HD melalui platform berikut:

  • Laman web NJOI
  • Aplikasi my NJOI (Muat turn melalui Google Play Store atau Apple AppStore)
  • CH200 (melalui WhatsApp atau SMS)
  • Peruncit terdekat
  • Go Shop

4.Apakah aplikasi my NJOI?

  • Aplikasi my NJOI memberi pelanggan NJOI cara baharu untuk menambah nilai, membeli   pek/saluran/filem   dan   ketahui   promosi   dan   rancangan terbaru.   Pelanggan   juga   dapat   memeriksa   tarikh   luput   kredit   dan pembelian     Aplikasi  ini  boleh  dimuat   turun  di  Google  Play  Store atau Apple App Store secara percuma.
  • Tidak tersedia untuk peranti Huawei semasa pelancaran

5.Adakah kesemua pelanggan NJOI boleh menggunakan aplikasi my NJOI?

  • Aplikasi ini hanya untuk pelanggan yang mempunyai dekoder daya HD. Anda boleh mengenal pasti jika dekoder anda berdaya HD melalui garis panduan DI SINI
  • Unutk menikmati fungsi aplikasi my NJOI dengan sepenuhnya, sila naik taraf dekoder anda

Leave a Comment