CARA LANGGAN ASTRO BEST/FIRST CHANNEL & ASTRO GO

CARA LANGGAN ASTRO BEST/FIRST CHANNEL & ASTRO GO

CARA LANGGAN ASTRO BESTFIRST CHANNEL & ASTRO GO 2021

 

Jika anda ingin langgan khidmat Astro contohnya nak tengok filem Penunggang Agama, kami akan kongsi CARA LANGGAN ASTRO BEST/FIRST CHANNEL & ASTRO GO

 

APA ITU ASTRO BEST

Astro telah memperkenalkan salah satu servis Video-On-Demand yang dinamakan sebagai Astro Best.

Servis ini membolehkan pengguna untuk mendapat akses kepada filem Hollywood ataupun filem-filem dari Asia yang terbaru melalui satelit Direct-To-Home (DTH) dan juga platform Internet Protocol Television (IPTV)

PERBEZAAN ASTRO BEST  DAN ASTRO FIRST

Astro Best khas untuk filem dari Hollywood, yang selalunya box-office. Jadi, para peminat movie seperti Avengers, Aquaman, Venom, Lion King dan macam-macam lagi judul, yang juga tidak berkesempatan ke pawagam, boleh sahaja beli dari Astro Best.

Kepada yang berminat untuk langgan Astro Njoi,berikut adalah perkongsian cara langgan Astro Njoi

Astro First adalah untuk filem tempatan seperti animasi Boboiboy The Movie, Upin Ipin Keris Siamang Tunggal dan Ejen Ali The Movie.

Filem Mael Totey The Movie?

Juga yang penuh dengan aksi, mistik dan komedi seperti Paskal, Polis Evo, Polis Evo 2, , 16 Puasa, Munafik, Munafik 2, Abang Long Fadil, Bikers Kental, Sangkar, Misteri Dilaila, , Tombiruo, Kami Histeri, Hantu Bungkus Ikat Tepi, Kimchi Untuk Awak, Manisnya Cinta di Cappadoccia, , Bisik Pada Langit, Ola Bola, Rock Oo dan macam-macam lagi.

Tidak dilupa, ada juga cerita dari Asia seperti Korea. Jadi, para peminat movie tanahair yang tidak berkesempatan ke pawagam, boleh sahaja beli dari Astro First.

Anda ingin tahu tentang cara DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN MYTV 2020

CARA LANGGAN ASTRO BEST & FIRST CHANNEL

  1. Pada decoder Astro anda, tune ke saluran 480.
  2. Akan tertera menu yang mengandungi filem-filem yang terbaru. Pilih filem yang anda ingin tonton.
  3. Kemudian, tekan butang OK pada alat kawalan anda untuk memilih filem yang anda ingin.
  4. Sekiranya anda inginkan maklumat tentang filem tersebut, tekan pada butang Info.
  5. Untuk melanggan filem yang anda mahukan, tekan butang berwarna biru untuk Beli.
  6. Tertera arahan di televisyen yang anda harus ikuti. Ikuti semua arahan dan hantar SMS ke 32999 di telefon anda.
  7. Anda akan menerima SMS daripada Astro, menandakan pengesahan pembelian anda.

Astro kena potong atau pernah terminate? Ini CARA NAK SAMBUNG ASTRO SEMULA

SENARAI CHANNEL ASTRO BEST & ASTRO FIRST

Berikut dikongsikan senarai penuh channel Astro Best dan Astro First:

  • 468
  • 470
  • 471
  • 472
  • 473
  • 474
  • 475
  • 476
  • 477
  • 479
  • 482
  • 484
  • 487
  • 490
  • 496
  • 498

SENARAI CAJ DA HARGA LANGGANAN ASTRO BEST 2020

Harga langganan Astro Best iaitu hanya RM10 untuk setiap movie.

MAKLUMAN

Bagi setiap filem, pembelian hanya untuk sekali caj sahaja. Untuk setiap pembelian, filem tersebut akan terus ditayangkan di Astro Best selama 48 jam tanpa henti berdasarkan pada waktu tayangan yang telah ditetapkan.

CARA LANGGAN ASTRO GO

  • Layari laman web https://astrogo.astro.com.my/
  • Anda akan disambung ke sebuah laman untuk mengenal pasti sama ada anda pelanggan Astro ataupun tidak.
  • Tekan butang AN ASTRO CUSTOMER.
  • Anda akan tiba di laman untuk membuat pendaftaran. Beberapa ruangan yang tertera adalah untuk pelanggan yang sudah mempunyai akaun Astro GO.
  • Untuk anda yang belum mempunyai akaun, tekan link Click Here.
  • Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu anda isikan. Pada ruangan Account or Smartcard Number, masukkan nombor smartcard Astro anda ataupun nombor akaun Astro anda. Sekiranya anda ingin mendapatkan nombor akaun Astro anda, anda boleh dapatkannya di bil Astro anda (bil yang tertera TAX INVOICE – ada tertera Account Number di bil tersebut)
  • Pada ID Type, pilih MyKad.
  • Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan bagi pemegang akaun Astro yang anda inginkan. Sekiranya anda, masukkan nombor kad pengenalan anda. Pastikan format untuk memasukkan nombor kad pengenalan anda sama seperti yang tertera di MyKad anda. (Misalnya, XXXXXX-XX-XXXX , menggunakan tanda sempang “–“)
  • Kemudian, tekan butang NEXT.
  • Pendaftaran anda selesai. Anda boleh menikmati Astro GO pada bila-bila masa dengan login semula ke akaun anda.

ada urusan di JPJ?Malas nak beratur panjang,boleh cuba guna Sistem JPJeQ

MAKLUMAN

Pastikan anda mempunyai kuota Internet tiada had atau unlimited kerana penggunaan Astro GO untuk live streaming ke saluran Astro akan memakan kuota data Internet yang banyak.

Tidak disyorkan untuk anda yang menggunakan pakej Internet yang mempunyai limit pada kuota.

CARA LOGIN ASTRO GO

  • Layari laman web rasmi Astro di sini: https://astrogo.astro.com.my
  • Akan ada dua pilihan di sini

– I AM AN ASTRO CUSTOMER

– I AM A NON-ASTRO CUSTOMER

  • Pilih I AM AN ASTRO CUSTOMER
  • Pada bahagian Email/Mobile Number, masukkan email atau nombor telefon anda
  • Pada bahagian Password, masukkan kata laluan anda.
  • Klik LOG IN
  • Kini anda sudah berjaya login Astro On The GO

 

 

2 thoughts on “CARA LANGGAN ASTRO BEST/FIRST CHANNEL & ASTRO GO”

Leave a Comment