NO BAUCAR BKM FASA 3 :CARA DAPATKAN NO VOUCHER(TEBUS & TUNAIKAN DI BSN)
Jika anda telah LULUS BKM FASA 3 tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif atau maklumat akaun bank anda ada kesilapan. Maka duit BKM tidak akaun masuk ke akaun bank anda. Status bayaran BKM Fasa 3 anda GAGAL KREDIT.
Bagaimanakah cara nak dapatkan no baucar BKM FASA 3?Bagaimana nak buat semakan no baucar BKM untuk ambil secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)?
APA ITU NOMBOR BAUCAR BKM?
NOMBOR BAUCAR BKM ini dikhususkan kepada pemohon yang lulus Bantuan Keluarga Malaysia tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif untuk keluarkan wang bantuan tersebut.
Bagi anda yang tidak memiliki akaun bank akan memiliki nombor siri BKM untuk keluarkan bayaran bantuan secara tunai di Bank Simpanan Nasional.
CARA DAPATKAN NO BAUCAR BKM FASA 3
Berikut adalah cara untuk dapatkan no baucar BKM Fasa 3:
- Sila layari https://bkm.hasil.gov.my/
- Pada bahagian Semakan Status,sila masukan nombor kad pengenalan pemohon
- Masukkan Nombor MyKad di ruangan tertera
- Klik CARI
- Berikut adalah maklumat yang dipaparkan:
- Nama
- Fasa
- Jumlah Bayaran
- Status Kredit
- Tarikh Tunai
- Nama Tunai Bank
- Nama Bank
- No Akaun Bank
- Kod Tidak Berjaya
- No Baucar
- Sila bagi perhatian bahagian STATUS KREDIT.Akan dipaparkan GAGAL KREDIT
- Sila bagi perhatian bahagian No Baucar BKM Fasa 3. Salin no baucar untuk dibawa ke BSN untuk dapatkan duit BPN anda.
CARA TUNAIKAN BAUCAR BKM FASA 3
Untuk membuat penunaian Baucar BKM Fasa 3, penerima BKM hanya perlu membawa NoBaucar BKM Fasa 3 dan Kad Pengenalan ke cawangan Bank Simpanan Nasional(BSN) berhampiran.
SEMAKAN WAKTU OPERASI KAUNTER BAGI CAWAGAN BSN
Berikut adalah waktu operasi bagi kaunter BSN di seluruh Malaysia: https://www.bsn.com.my/page/operating-hours?lang=ms-MY
SOALAN LAZIM NO BAUCAR BKM
Bagaimanakah kaedah pembayaran BKM bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak yang tidak mendaftarkan maklumat akaun bank dalam permohonan BKM?
Kaedah pembayaran bagi penerima kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan dibuat mulai (akan dikemaskini kemudian) melalui pihak Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak (tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).
Akaun Bank yang saya laporkan semasa permohonan BKM salah atau tidak aktif.Adakah saya boleh membuat kemas kini maklumat akaun bank?
Kemas kini maklumat akaun bank tidak dibenarkan. Sekiranya akaun yang dilaporkan salah atau tidak aktif, pengkreditan yang dibuat akan gagal kredit dan kaedah pembayaran adalah Tuntutan Tunai di Cawangan BSN
Semakan mendapati saya telah lulus BKM tetapi bayaran dibuat kepada bekas pasangan saya. Adakah saya boleh membuat tuntutan BKM berkenaan?
Tuntutan BKM hanya boleh dibuat oleh penerima BKM sahaja.
Bilakah tarikh untuk tunaikan duit BKM Fasa 3 di Bank Simpanan Nasional?
20 September 2022 (Selasa)
Tags: #APA ITU NOMBOR BAUCAR BKM? #Bilakah tarikh untuk tunaikan duit BKM Fasa 3 di Bank Simpanan Nasional? #CARA DAPATKAN NO BAUCAR BKM FASA 1 #CARA TUNAIKAN BAUCAR BKM FASA 1 #NO BAUCAR BKM #NO BAUCAR BKM FASA 1 :CARA DAPATKAN NO VOUCHER(TEBUS & TUNAIKAN DI BSN) #NO BAUCAR BKM FASA 3 :CARA DAPATKAN NO VOUCHER(TEBUS & TUNAIKAN DI BSN) #SEMAKAN WAKTU OPERASI KAUNTER BAGI CAWAGAN BSN #SOALAN LAZIM (FAQ) NO BAUCAR BKM
Helmi2 tahun ago
Pencerahan.
Kod tidak berjaya
REFER TO ACCT HOLDER
Nombor siri
….kosong…
Tarikh tunai
…..kosong…
Eswary2 tahun ago
Hi duit BPN I belum masuk lagi kat akaun saya kawan I semua dah dapat yang balance duit itu. Saya gun akaun cimb .
CONSTANTINE LINJAGU2 tahun ago
Permohonan baru tmpah bank account. Xpayah no seri/baucar. Tebus wang di bsn hanya den IC. Jika lulus permohonan
Suzana mohd daud Zanna2 tahun ago
Bila nombor voucher tu bole dapat
Mohamad Ben Macyln2 tahun ago
hello, saya dan pasangan saya sehingga sekarang belum mendapat apa2 bayaran termasuk BPN 1.0. Status utk kedua2 BPN1.0 & 2.0 adalah lulus. Adakah kami perlu guna no baucer utk claim bayaran tersebut, terutamanya untuk BPN1? Atau bayaran BPN1 & 2 diberi serentak?
Kasmandi bin abdul karim2 tahun ago
No baucer bpn 2.0 fasa 2 dh dpt..
Abdul ajis2 tahun ago
Bantuan bpr
Abdul ajis2 tahun ago
Bantuan bpr 2
Yie2 tahun ago
Sy pun belum dapat lagi no baucar
Yie2 tahun ago
Belum masup ligi
Nor Asmah Atan2 tahun ago
Bolehkah saya tetus pergi je BSN tanpa membawa no voucher. Hanya menggunakan IC shj. Telah semak saya lulus BPN
Mohd asrun bin jidun2 tahun ago
“NO BAUCAR BPN 2.0 FASA 3, CARA DAPATKAN NO VOUCHER( TEBUS&TUNAIKAN DI BSN)”
WAN MAZLI MUSTAFA2 tahun ago
BANTUAN B40 RM180:LANGGAN INTERNET/PEMBELIAN TELEFON BIMBIT BARU”
Status gagal kredit
REFFER TO ACCT HOLDER
TIADA NO SIRI YG TERTERA
kene tggu lagi..? Alang2 dh catatkan gagal kredit.. Knp x d bagi terus no siri.. Masalh pmbayarn sama je mcm masuk akaun..knp d persusahkan
ABDUL QAMAR BIN MUSNEY2 tahun ago
BPN 2.0 FASA KE 3.STATUS GAGAL KREDIT.NO BAUCER AND TARIKH TUNAI MASIH KOSONG SAMPAI SEKARANG.HARI HARI CHECK MASIH SAMA
PRIYATARSINI MOHAN2 tahun ago
Baucar di ada tarikh tamat ke
Fauzi bin Ahmad2 tahun ago
No. voucher sy masih belum belum ada lg…bila sy boleh dpt no baucer ni
ANGELINE9 bulan ago
Macam mana nak tunggu voucher tu ? sampai skarang pun tk dpt2 . boleh ke tebus duit tu guna ic sndiri pergi trus ke bank bsn untuk dptkn duit trsebut ? lama benoo menunggu . last2 dah fasa 2 pun masih juga tk dpt .hampeh .