OPENDOSM ONLINE SERVICES (Semak & Dapatkan Data Jabatan Perangkaan Malaysia)

OPENDOSM ONLINE SERVICES (Semak & Dapatkan Data Jabatan Perangkaan Malaysia)

OPENDOSM ONLINE SERVICES

Kepada anda yang ingin menyemak dan mendapatkan data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, kini tersedia satu portal OpenDosm bagi memudahkan pengguna untuk dapatkan data. Disini kami akan kongsikan cara gunanya, semoga membantu.

 

APA ITU OPENDOSM

OpenDOSM adalah merupakan platform alternatif akses kepada data terbuka bagi statistik rasmi. Platform ini menyediakan akses kepada data dalam format ‘machine-readable’ yang terdiri daripada pelbagai set data, termasuk sosial, ekonomi & kewangan dan alam sekitar.

OpenDOSM merupakan satu lagi inisiatif Jabatan dalam meluaskan penguna data terbuka dan menggalakkan penggunaan data terbuka di kalangan orang awam. Segala data yang dipaparkan di platform ini adalah sumber terbuka dan percuma demi manfaat negara. Jika data itu minyak yang baru, maka keterbukaan itulah saluran yang memaksimumkan kegunaannya.

 

KATALOG OPENDOSM ONLINE SERVICES

Platform yang mengkatalog, memberi visualisasi, dan menganalisis pelbagai jenis data tentang Malaysia. Berikut adalah merupakan antara katalog yang tersedia

KATALOGSUB KATALOG
Ekonomi
  • PriceCatcher
  • Tenaga Buruh
  • Harga Pengeluar
  • Kadar Pertukaran Mata Wang
  • Harga Pengguna
  • Akaun Nasional
  • Penunjuk Ekonomi
  • Perdagangan Borong dan Runcit
  • Pengeluaran Perindustrian
Kesihatan
  • COVID-19
Pilihanraya
  • Statistik Undi

 

DATA OPENDOSM ONLINE SERVICES

Berikut adalah merupakan datar yang tersedia menerusi platform ini iaitu:

DATASUB DATA
Ekonomi
  • Pasaran Buruh
  • Indeks Komposit
  • Perdagangan Borong & Runcit
  • Pengeluaran Perindustrian
  • Harga Pengguna
  • Harga Pengeluar
  • Kadar Pertukaran
Sektor Kewangan
  • Mata Wang Dalam Edaran
  • Penawaran Wang
  • Wang Rizab
  • Rizab Antarabangsa
  • Kadar Faedah
Sosial
  • Jenayah Kekerasan & Harta Benda
  • Penagihan Dadah
Akaun Kebangsaan
  • Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
Demografi
  • Kawasanku

 

CARA SEMAK DATA JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

Kepada anda yang ingin menyemak data yang tersedia melalui jabatan perangkaan Malaysia, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Data: Asas kepada pentadbiran cekap
  2. Klik pada salah satu katalog yang anda ingin membuat semakan
  3. Paparan akan menunjukkan maklumat data terkini

 

CARA DAPATKAN DATA JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

Anda boleh memohon atau membuat pembelian penerbitan atau data terperinci yang tidak diterbitkan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia.

  • Untuk berbuat demikian, sila mendaftar dalam eStatistik dan semua permintaan atau pembelian akan diproses melalui sistem.
  • Untuk permintaan bertulis sila nyatakan nama tuan/puan, pertubuhan, jawatan dan tujuan memohon maklumat dan alamatkan :
    • Pengarah, Bahagian Integrasi dan Pengurusan Data, Jabatan Perangkaan Malaysia, Aras 7, Blok C6, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62514 Putrajaya, Malaysia

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenani OpenDosm, anda boleh merujuk melalui saluran berikut:

  • Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia
  • E-mel : [email protected]
  • Telefon : +603-8885 7000

 

ARTIKEL LAIN

PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA 2023 (Borang Medical Check Up)

Tags: #APA ITU OPENDOSM #CARA DAPATKAN DATA JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA #CARA SEMAK DATA JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA #DATA OPENDOSM ONLINE SERVICES #KATALOG OPENDOSM ONLINE SERVICES #OPENDOSM #OPENDOSM ONLINE SERVICES (Semak & Dapatkan Data Jabatan Perangkaan Malaysia)

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!
    1. author

      Sunizazly rosemiy bt rami2 tahun ago

      Semakam bantuan perubatan maidam

      Reply
    2. author

      Mohd fauzi Mohd lasa2 tahun ago

      Daftar & isi borang banci

      Reply
    3. author

      Marimuthu2 tahun ago

      770910025997

      Reply
    4. author

      Mohamad shahrul azuan bin mohamad saad2 tahun ago

      Mencari kerja kosong

      Reply

    Leave a reply "OPENDOSM ONLINE SERVICES (Semak & Dapatkan Data Jabatan Perangkaan Malaysia)"