SENARAI BARANG HIKING (Multi Tool Hiking & Climbing)

SENARAI BARANG HIKING (Multi Tool Hiking & Climbing)

SENARAI BARANG HIKING (Multi Tool Hiking & Climbing)

Kepada anda yang baru ingin menceburi sukan hiking, semestinya anda perlu membuat persiapan banyak bergantung kepada aspek fizikal. Hiking hanya memerlukan fizikal yang sihat disebabkan aktiviti yang dilakukan hanya melibatkan berjalan sambil menikmati alam semulajadi. Disamping itu juga anda perlukan persediaan barangan hiking. Disini kami akan kongsikan kepada anda senarai barang hiking yang perlu disediakan, semoga membantu.

 

APA ITU HIKING

Hiking atau mendaki adalah merupakan sejenis aktiviti lasak yang memerlukan peneraju aktiviti ini untuk berjalan, diatas binaan alam semulajadi, atau lebih tepat lagi mengikut aliran trail dakian. Aktiviti ini sangat sinonim dilakukan dikawasan berbukit-bukau, bergunung-ganang, berlembah atau bergenting tinggi yang berbatu, berpasir, atau bertanah alun

 

PERSEDIAAN SEBELUM HIKING

Terdapat beberapa kategori persediaan yang perlu anda ketahui sebelum hiking iaitu:

  • Persiapan
  • Kelengkapan
  • Lokasi

 

SENARAI BARANG HIKING

Untuk persiapan dan kelengkapan, barang yang dibawa sedikit dan hanya 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 digunakan sahaja. Kelengkapan banyak bergantung kepada cuaca dan masa samada siang atau mendaki malam. Antara barangan yang perlu anda sediakan adalah:

SENARAI BARANG HIKINGKEGUNAAN
Tongkat/ Walking StickPenggunaan tongkat dapat membantu pendakian anda serta untuk mengurangkan tekanan pada lutut semasa mendaki.
Energy BarUntuk membantu anda mendapatkan tenaga semula semasa pendakian atau makanan seperti kacang, kismis, pisang, roti, coklat dan sebagainya
Kelengkapan MemasakSekiranya anda bermalam di puncak, anda boleh membawa makanan tin beserta alat-alat kelengkapan masak yang perlu.
First Aid Kit

 

First aid kit ini amat penting sebagai persediaan sekiranya kecemasan awal sekiranya terjadi kejadian yang tidak dijangka
WiselWisel dapat digunakan ketika  kecemasan terutamanya apabila tersesat dan memerlukan pertolongan atau untuk memberi amaran bahaya semasa aktiviti mendaki.
Mosquito RepellentSediakan mosquito repellent untuk mengelakkan anda digigit nyamuk dan serangga.
Botol Air Gantung

 

Bawa air yang mencukupi sekurang-kurangnya 1.5 liter air mineral untuk mengelakkan anda kehausan  semasa mendaki.
Stokin

 

Sekiranya anda bermalam di puncak, stoking diperlukan bagi menggurangkan kesejukkan kerana suhu di puncak adalah sangat sejuk berbanding di bawah.
Baju Hujan/Windbreaker

 

Baju hujan boleh untuk digunakan semasa situasi kecemasan contohnya seperti hujan ataupun dalam keadaan yang bersuhu rendah.
Seluar SukanPastikan seluar sukan yang bersesuai dan panjang bagi melindungi kaki anda
Baju Tshirt Sintetik

 

Material sintetik agar ia dapat kering dengan cepat setelah menyerap peluh anda. Ini adalah untuk membantu memberi keselesaan anda semasa melakukan pendakian.
Kasut Hiking

 

Pilih kasut sukan yang sesuai digunakan untuk mendaki supaya dapat memberi cengkaman yang kuat supaya dapat memberi keselamatan anda semasa mendaki.
Beg Galas Kalis AirUntuk mengisi barang keperluan anda, pastikan anda menggunakan beg galas yang kalis air dan bersaiz 35L hingga 50L bergantung kepada bilangan hari dan lokasi anda mendaki serta bersesuain dengan barang yang anda ingin bawa.
KompasDigunakan untuk mencari arah dan pertunjuk sekiranya kemungkinan tersesat.

 

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment