PERMOHONAN PROGRAM PEMBIAYAAN MIKRO PENJAJA PENIAGA KECIL SEHINGGA RM50,000
Kepada Penjaja dan Peniaga yang ingin mengembangkan lagi perniagaan, kini Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, telah mengumumkan permohonan Program Pembiayaan Mikro telah dibuka. Disini kami akan kongsikan cara untuk membuat permohonan, semoga membantu.
APA ITU PROGRAM PEMBIAYAAN MIKRO
Program Pembiayaan Mikro ini dilaksanakan adalah sebagai tanda komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan penjaja dan peniaga kecil yang terjejas akibat COVID-19 dan juga bencana alam yang melanda.
Pelaksanaan program pembiayaan ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM48.52 juta bagi membantu penjaja dan peniaga kecil yang memerlukan bantuan pembiayaan.
TUJUAN PEMBIAYAAN MIKRO
Tujuan pembiayaan ini adalah untuk pemulihan perniagaan kepada penjaja dan peniaga kecil seperti:
- Modal pusingan
- Pembelian peralatan atau perkakasan
- Bayaran gaji
- Bayaran sewa
- Bil utiliti
- Lain-lain perbelanjaan yang berkaitan.
CIRI-CIRI PEMBIAYAAN MIKRO
Berikut adalah merupakan antara ciri-ciri pembiayaan Mikro yang ditawarkan oleh Bank Rakyat:
- Konsep Syariah: Tawarruq
- Sektor Ekonomi Layak
- Pembuatan
- Perkhidmatan
- Lain-lain – Pertanian utama, Pembinaan, Perlombongan & kuari
- Saiz Pembiayaan: RM 1,000 – RM 50,000
- Pelanggan yang Layak
- Ahli koperasi
- Individu yang bekerja sendiri
- Perusahaan mikro
- Tujuan pembiayaan
- Modal kerja
- Perbelanjaan modal
KADAR PEMBIAYAAN MIKRO
Berikut adalah merupakan kadar pembiayaan yang ditawarkan kepada penjaja dan peniaga kecil menerusi program ini adalah seperti berikut:
- Usahawan Informal: Pembiayaan maksimum RM10,000.
- Usahawan Mikro: Pembiayaan sehingga RM50,000.
TEMPOH BAYARAN BALIK PEMBIAYAAN MIKRO
- Program pembiayaan ini adalah tanpa faedah dan diberikan moratorium selama 12 bulan.
- Tempoh bayaran balik yang ditetapkan adalah sehingga 5 tahun.
TEMPOH KELULUSAN PERMOHONAN PEMBIAYAAN MIKRO
Tempoh kelulusan permohonan bagi pemohon yang membuat permohonan program pembiayaan ini adalah dalam tempoh seminggu sekiranya dokumen yang dihantar adalah lengkap.
CARA PERMOHONAN PERMOHONAN PEMBIAYAAN MIKRO
Kepada penjaja dan peniaga kecil yang ingin memohon program pembiayaan ini boleh membuat permohonan di Bank Rakyat yang berhampiran.
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat lanjut mengenai Program Pembiayaan Mikro Untuk Penjaja dan Peniaga Kecil, anda boleh layari:
- Website Bank Rakyat: https://www.bankrakyat.com.my/
- Website Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi: https://www.medac.gov.my/
ARTIKEL LAIN
LOGIN MyASSIST imSME (Cara Daftar Permohonan Semakan Pembiayaan Pinjaman PKS)
Tags: #APA ITU PROGRAM PEMBIAYAAN MIKRO PENJAJA PENIAGA #CARA PERMOHONAN PERMOHONAN PEMBIAYAAN MIKRO #CIRI-CIRI PEMBIAYAAN MIKRO #KADAR PEMBIAYAAN MIKRO PENJAJA PENIAGA #PEMBIAYAAN MIKRO PENJAJA PENIAGA #PERMOHONAN PROGRAM PEMBIAYAAN MIKRO PENJAJA PENIAGA KECIL SEHINGGA RM50 #TEMPOH BAYARAN BALIK PEMBIAYAAN MIKRO #TEMPOH KELULUSAN PERMOHONAN PEMBIAYAAN MIKRO #TUJUAN PEMBIAYAAN MIKRO PENJAJA PENIAGA
SARMELA A/P K.T.ONIEUDHOO2 tahun ago
Semakan pembiayaan mikro penjana
SEETAH A/P SUBRAHMANIAN .2 tahun ago
How to apply Pembiyaan Mikro Penjana?
Government already announced that we can apply it but why the page still say ‘akan dikemaskini’?
Vengkadesan al batumalai2 tahun ago
Blah tak say a dept loan micro penjana
Md Zainuddin Bin Bakar2 tahun ago
Semakan
roslin bin legaspi2 tahun ago
Mohon skim pembiayaan micro pks penjana tekun
aida2 tahun ago
Pinjaman mikro perihatin Bsn tak tau keputusan lulus atau tidak…pembiayaan mikro penjana pulak keluar…
Zainy Dollah2 tahun ago
Bila call tak jwb..bila jwb pun ckp masih dlm proses..bagi harapan dekat peminjam suruh tunggu dlm proses scpt mungkin akan mengikut peringkat sampai hujung bulan 6..last skali call harini buat semakan ckp peruntukan dah habis walau peminjam layak..katanya keputusan dah dihantar sblm ni melalui sms..hari2 menunggu satu sms apa pun tak dpt kecuali permulaan dulu sms memaklumkan permohonan diterima..skrg disuruh tunggu utk apply Penjana .buat permohonan yg tak tau bila lagi akan dibuka dan peruntukan cukup ke tak mcm yg terjadi sekarang…
Rosni2 tahun ago
Nak tahu Permohonan untuk penjana prihatin MIKRO BSN akan di buka semula ke ?? Masih ramai yang tercicir belum dapat memohon termasuk saya sendiri.
Mat2 tahun ago
Assalamualaikum..
Tumpang tanya borang permohonan pinjaman penjana ni nak ambil dari pihak mana ya ? Nak ambil dari kaunter bsn terdekat ke ?
SEETAH A/P SUBRAHMANIAN .2 tahun ago
Still we never receive any answer from this page, when can apply pembiyaan mikro penjana?