Cara ‘Sah Segera’  ‘Verify Now’ MySejahtera (Blue Tick Verified)

Cara ‘Sah Segera’  ‘Verify Now’ MySejahtera (Blue Tick Verified)

Cara ‘Sah Segera’  ‘Verify Now’ MySejahtera

Adakah anda sedar bahawa MySejahtera mereka telah dikemaskini dengan fungsi ‘Sahkan Segera’ atau ‘Verify Now’ untuk mendapatkan status ‘Sah’ atau ‘Verified’.

 

Dengan menggunakan  My Sejahtra anda boleh  mengesahkan makluman diri.

 

Kenapa Perlu Sahkan Akaun MySejahtera?

Adalah penting untuk mengesahkan akaun My Sejahtera anda dan tanggungan.

Menurut sumber dari Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, proses ini penting untuk memastikan aplikasi anda dapat berfungsi sepenuhnya untuk proses seperti berikut:

 

  • kemaskini status
  • terima HSO
  • terima HAT
  • laporkan keputusan ujian
  • laporkan kontak rapat
  • temujanji vaksin
  • sijil vaksin

Akaun yang telah disahkan (verified) memastikan ciri yang ada di MySejahtera dapat digunakan sepenuhnya.

Contohnya, ada yang tidak dapat melihat sijil vaksinasi mereka di MySejahtera kerana belum mengesahkan akaun mereka.

Jom semak akaun anda sudah disahkan atau belum. Jika belum, sila sahkan segera!

 

Cara Mendapatkan Tanda ‘Sah’ / ‘Verified’ Di MySejahtera

Langkah 1 :

 

Pastikan anda mengemas kini kepada MySejahtera versi 1.1.8 dan ke atas.

 

Anda tidak perlu uninstall aplikasi My Sejahtera. Sebaliknya, hanya pergi ke Google Play Store / Apple App Store / HUAWEI AppGallery dan klik pada pilihan Kemas Kini.

 

Langkah 2 :

 

Dalam skrin Daftar Masuk, anda akan melihat butang Sahkan Segera berwarna merah.

 

Klik pada butang tersebut.

 

Langkah 3 :

 

Dalam halaman Pengesahan, semak untuk memastikan butiran ini tepat :

 

Nama : Sila masukkan nama penuh anda, pastikan ia sepadan dengan MyKad atau pasport anda. Ini termasuk Bin, Binti, A/P atau A/L seperti yang diperlukan.

No. Kad Pengenalan/Pasport : Semak nombor MyKad atau pasport yang anda telah daftarkan di bawah akaun My Sejahtera ini.

ID MySJ : Semak nombor telefon / alamat e-mel yang anda gunakan untuk mendaftar akaun My Sejahtera ini.

Langkah 4 : Klik pada pilihan Edit untuk membuat perubahan yang diperlukan.

Langkah 5 :

 

Setelah anda selesai, klik Sahkan untuk menghantar butiran anda kepada pasukan My Sejahtera.

 

Jika anda masalah,sila rujuk  portal Facebook: MySejahtera (https://www.facebook.com/MySejahteraMalaysia/)

 

Artikel Lain 

KEMASKINI MySEJAHTERA 2022(Cara Update Status Kesihatan Jika Positif Covid-19)

Tags: #Apakah aplikasi MySejahtera? #Blue Tick Verified MySejahtera #Cara ‘Sah Segera’  ‘Verify Now’ MySejahtera #Cara Mendapatkan Tanda ‘Sah’ / ‘Verified’ Di MySejahtera #Kenapa Perlu Sahkan Akaun MySejahtera?

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    KEMASKINI MySEJAHTERA 2022(Cara Update Status Kesihatan Jika Positif Covid-19) 
    KEMASKINI MySEJAHTERA (Cara Update Status Kesihatan Jika Positif Covid-19)    Untuk makluman setiap
    SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN COVID19 GUNA MySEJAHTERA(Check Result Swab Test)
    SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN COVID19 GUNA MySEJAHTERA(Check Result Swab Test)   Sekarang ini, kerajaan
    CARA DAFTAR VAKSIN COVID-19 PICKIDS(Kanak-Kanak 5-12 Tahun)
    CARA DAFTAR VAKSIN COVID-19 PICKIDS(Kanak-Kanak 5-12 Tahun)   Untuk makluman Vaksin Covid-19 iaitu
    CARA JANA KOD QR MySEJAHTERA MAJLIS KAHWIN/KENDURI/KESYUKURAN/TAHLIL
    CARA JANA KOD QR MySEJAHTERA MAJLIS KAHWIN/KENDURI/KESYUKURAN/TAHLIL     Untuk makluman anda,penggunaan MySejahtera
    1. author

      IBRAHIM BIN ABANG2 tahun ago

      Bila lagi duit bantuan bkss nk msok account bank

      Reply
    2. author

      MUHAMMAD ABDUL LATIFF BIN RAMLI2 tahun ago

      Tidak dapat tebus Rm50

      Reply
    3. author

      Chia1 tahun ago

      How to change MySejahtera language?

      Reply

    Leave a reply "Cara ‘Sah Segera’  ‘Verify Now’ MySejahtera (Blue Tick Verified)"