CARA TUNTUT/CLAIM KHAIRAT KEMATIAN JPA(Prosedur & Dokumen )

CARA TUNTUT/CLAIM KHAIRAT KEMATIAN JPA(Prosedur & Dokumen )

CARA TUNTUTCLAIM KHAIRAT KEMATIAN JPA(Prosedur & Dokumen )

Waris pesara kerajaan yang meninggal dunia pada atau selepas 15 Oktober 2010 berhak menerima Khairat Kematian berupa bantuan pengurusan jenazah berjumlah RM3,000.

Menurut kenyataan pada portal Jabatan Perkhidmatan Awam, ia mencakupi golongan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan, Awam Negeri, Badan Berkanun, Kerajaan Tempatan dan pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Khairat kematian ataupun dikenali juga dengan nama bantuan kematian adalah salah satu bentuk sumbangan kewangan untuk keluarga si mati. Khairat kematian ini dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga si mati dalam menguruskan perkebumian dan lain-lain.

Kami akan kongsikan cara buat tuntutan khairat kematian JPA yang mudah dan pasti lulus.

 

Apa Itu Bantuan Mengurus Jenazah Dan Bayaran Pengangkuatn Jenazah

Bantuan Mengurus Jenazah dan Bayaran Pengangkutan Jenazah bagi pegawai yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan, sama ada di dalam atau di luar tugas rasmi adalah layak diberi kepada semua kategori pegawai yang sedang berkhidmat yang dilantik oleh Suruhanjaya secara tetap, sementara atau kontrak.

 

Info Khairat Kematian ( Bayaran Pengangkutan Jenazah)

  • Bayaran Pengangkutan Jenazah hendaklah dibuat berdasarkan perbelanjaan sebenar yang munasabah dan disokong dengan
  • Tuntutan ini hendaklah dikemukakan oleh waris pegawai atau pihak yang telah menerima Bantuan Mengurus Jenazah dengan menggunakan borang seperti di Lampiran B seberapa segera dan tidak melebihi tempoh 12 bulan dari tarikh kematian
  • Sekiranya kemudahan pengangkutan jenazah disediakan oleh jabatan atau ditanggung oleh pihak lain, Bayaran Pengangkutan Jenazah bagi perjalanan tersebut tidak lagi boleh
  • Pegawai yang meninggal dunia di luar negara semasa urusan persendirian tidak layak menuntut bayaran pengangkutan jenazah dari luar negara ke

 

Siapakah Yang Layak Menerima Bantuan Khairat Kematian JPA ?

Waris/bagi pihak pesara kerajaan akan mendapat bantuan ini mengikut keutamaan berikut iaitu:

  1. Balu/Duda.
  2. Ibu/Bapa.
  3. Ahli keluarga yang menguruskan jenazah (Surat Akuan Sumpah perlu disertakan).
  4. Pihak yang menguruskan jenazah (Surat Akuan Sumpah perlu disertakan).

 

Cara Permohonan  Bantuan Khairat Kematian JPA

 Waris yang ingin membuat permohonan boleh memohon menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Muat turun borang permohonan
  2. Bagi pemohon ahli keluarga atau pihak yang menguruskan jenazah, sila muat turun bersama Surat Akuan Bersumpah
  3. Isi maklumat di borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan dengan lengkap.
  5. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan),Jabatan Perkhidmatan Persaraan,Aras 2, Skytech Tower 2, MKN Embassy Techzone,Jalan Teknokrat 2, Cyber 4,63000 Cyberjaya, Selangor,Malaysia

 

Senarai Dokumen Permohonan Bantuan Khairat Kematian JPA  Yang Diperlukan

 Dokumen yang diperlukan untuk dihantar adalah seperti berikut:

  1. Salinan Sijil Kematian.
  2. Salinan Kad Pengenalan pesara.
  3. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  4. Salinan muka surat hadapan buku akaun bank pemohon.
  5. Surat Pengesahan Jabatan Akhir atau lain-lain dokumen yang boleh mengesahkan perkhidmatan si mati sebagai penjawat awam (bagi pesara kerajaan di bawah Skim KWSP).
  6. Dokumen yang menunjukkan hubungan antara pesara dan penerima iaitu:
PemohonDokumen
Balu atau DudaSalinan Sijil Nikah
AnakSalinan Sijil Kelahiran
Ibu atau AyahSalinan Sijil Kelahiran Pesara
Lain-lainSurat Akuan Bersumpah

NOTA: Salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Kadi, Imam, Paderi, Penghulu, Penggawa, Ketua Kampung, Ketua Komuniti, Ketua Balai Polis, Guru Besar, Pegawai Kerajaan (Jawatan Utama, Jawatan Khas dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional), atau Ketua Anak Negeri.

 

Semakan Status Permohonan Bantuan Khairat Kematian JPA

 Waris/bagi pihak pesara kerajaan yang telah membuat permohonan boleh membuat semakan status permohonan melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://apps.jpapencen.gov.my/bantuanmengurusjenazah.
  2. Masukkan no kad pengenalan pemohon dan no kad pengenalanm pesara tersebut.
  3. Klik butang ‘Hantar.’
  4. Status permohonan dipaparkan.

 

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Kumpulan Wang Persaraan di talian 03-8887 8777.

 

ARTIKEL LAIN

CARA TUNTUT/CLAIM KHAIRAT KEMATIAN PERKESO (Prosedur & Dokumen )

CARA TUNTUT/CLAIM KHAIRAT KEMATIAN ASB (Prosedur & Dokumen )

CARA TUNTUT/CLAIM KHAIRAT KEMATIAN KWSP (Prosedur & Dokumen )

PERMOHONAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK) BKM

Leave a Comment