CARA DAFTAR PERLINDUNGAN PERKESO SURI RUMAH (Berapa Kena Carum)

CARA DAFTAR PERLINDUNGAN PERKESO SURI RUMAH (Berapa Kena Carum)

PERKESO SURI RUMAH

Berita terbaik kepada wanita yang tidak bekerja, terkini PEKESO akan melaksanakan satu Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah kepada suri rumah dalam menguruskan rumah tangga. Disini kami kongsikan cara daftar dan jumlah caruman, semoga membantu.

 

APA ITU SKSSR PERKESO

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) akan memberi perlindungan kepada golongan wanita, sama ada suri rumh sepenuh masa atau separuh masa, daripada bencana domestik dan keilatan. Skim ini menyediakan pelbagai faedah kepada suri rumah yang terlibat dalam bencana domestik atau menghidap keilatan yang menjejaskan keupayaan mereka untuk menguruskan rumah tangga.

 

TARIKH PERLAKSANAAN SKSSR PERKESO

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) akan dilaksanakan pada 1 Disember 2022

 

SYARAT KELAYAKAN PERKESO SURI RUMAH

Berikut adalah merupakan antara syarat kelayakan yang telah ditetapkan kepada golongan suri rumah:

  1. Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
  2. Belum mencapai umur 55 tahun
  3. Suri rumah yang melakukan aktiviti berkaitan pengurusan rumah tangga.
  4. Membayar caruman bagi tempoh 12 bulan secara terlebih dahulu (advance payment).

 

MAKSUD SURI RUMAH

Suri rumah yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

  • Seorang perempuan sama ada berkahwin atau belum, yang menguruskan rumah tangga secara sepenuh masa atau separuh masa.
  • Termasuk seorang isteri, janda, balu yang perkahwinannya berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau seorang ibu yang mempunyai seorang anak atau lebih, iaitu termasuk juga ibu tunggal.

 

MANFAAT PERKESO SURI RUMAH

Berikut  adalah manfaat yang diperolehi melalui skim ini:

  • Skim ini akan memberi perlindungan kepada golongan wanita, sama ada suri rumah sepenuh masa atau separuh masa, daripada bencana domestik dan keilatan.

 

PELAKSANAAN PERKESO SURI RUMAH

Berikut adalah merupakan antara pelaksanaan skim ini:

  • Suami boleh mencarum untuk isteri secara sukarela dan tiada tindakan untuk mereka yang gagal melaksanakannya.
  • Sekiranya pasangan berkenaan bercerai atau suami terbabit tidak mampu membayar caruman isterinya akibat hilang punca pendapatan atau seumpamanya, maka komitmennya untuk membayar caruman adalah terbatal.
  • Suri rumah boleh membayar caruman SKSSR secara sukarela atau bayaran caruman tersebut juga boleh dibuat oleh mana-mana pihak ketiga

 

CARA PERMOHONAN PERKESO SURI RUMAH

Kepada suri rumah yang berkelayakan boleh membuat permohonan DI SINI

 

KADAR CARUMAN PERKESO SURI RUMAH

suri rumah boleh membayar caruman SKSSR secara sukarela

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang SKSSR, anda boleh layari website rasmi PERKESO

 

ARTIKEL LAIN

PERKHIDMATAN & SENARAI KIOSK KWSP 2022(Lokasi Near Me)

Tags: #APA ITU SKSSR PERKESO #CARA DAFTAR PERLINDUNGAN PERKESO SURI RUMAH (Berapa Kena Carum) #CARA PERMOHONAN PERKESO SURI RUMAH #KADAR CARUMAN PERKESO SURI RUMAH #MAKSUD SURI RUMAH PERKESO #MANFAAT PERKESO SURI RUMAH #PELAKSANAAN PERKESO SURI RUMAH #PERKESO SURI RUMAH #SYARAT KELAYAKAN PERKESO SURI RUMAH #TARIKH PERLAKSANAAN PERKESO SURI RUMAH #TARIKH PERLAKSANAAN SKSSR PERKESO

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "CARA DAFTAR PERLINDUNGAN PERKESO SURI RUMAH (Berapa Kena Carum)"