Isi Kandungan
SABAH PAY:CARA DAFTAR REGISTER LOGIN AKAUN(Lupa Kata Laluan)
Anda tak perlu lagi bersusah payah untuk datang membawa tubuh badan ke kaunter. Anda boleh bayar bil air secara online dengan menggunakan aplikasi @ apps Sabah Pay.Adakan anda telah daftar SabahPay?Berikut adalah perkongsian tentang cara daftar,register & login SabahPay.
APA ITU SABAHPAY
Aplikasi SabahPay itu dibangunkan oleh Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) dengan kerjasama Boost, Sunline International (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Alibaba Cloud Malaysia Sdn. Bhd. Sabah Pay adalah inisiatif sebagai salah satu tindakan strategik untuk mendigitalkan ekonomi negeri Sarawak.
Aplikasi ini membolehkan anda menyimpan wang anda secara digital (e-wallet), membuat pembayaran, memindahkan wang, menerima wang secara digital, dan mempunyai fungsi pintar seperti bil perpecahan (split bill), meminta pembayaran dari rakan, melihat sejarah transaksi, membayar utiliti dan bil majlis tempatan dan banyak lagi.
CARA DAFTAR AKAUN SABAH PAY
Di sini kami akan menunjukkan langkah-langkah untuk anda mendaftar secara dalam talian menggunakan SabahPay:
- Muat turun(download) Aplikasi SabahPay seperti di bawah:
- Buka aplikasi SabahPay. Klik Register
- Masukkan no telefon yang aktif
- Masukkan maklumat butir-butir diri anda
- Masukkan Password yang anda inginkan, sahkan sekali lagi.
- Tick pada Terms & Condition.
- Anda akan menerima kod yang dari nombor telefon yang anda berikan semasa mengisi butiran tadi. Masukkan kod tersebut.
- Pendaftaran anda telah selesai.
CARA LOGIN APLIKASI SABAH PAY
Pastikan anda telah selesai membuat proses pendaftaran seperti di atas.Berikut adalah cara login SabahPay:
- Buka APLIKASI SabahPay
- Masukkan NO TELEFON anda
- Masukkan PASSWORD anda
- Tekan Login
- Anda telah berjaya Log mauk
CARA PEMBAYARAN APLIKASI SABAH PAY
Setelah anda berjaya Log Masuk berikut adalah cara membuat pembayaran SabahPay:
- Buka balik APLIKASI SabahPay anda
- Pergi ke bahagian Payment
- Terdapat beberapa pilihian agensi, pilih agensi yang anda ingin membuat pembayaran
- Seterusnya anda diberi pilihan sama ada ingin Scan Bar Code / Masukkan No Akaun
- Kemudian pada butang PAYMENT untuk membuat pembayaran
- Anda kemudian diberi pilihan cara untuk membuat pembayaran, pilih salah satu.
- Untuk sah membayar, klik pada butang Confirm
- Dengan ini anda telah berjaya membuat pembayaran
SOALAN LAZIM
Apakah senarai pembayaran yang boleh dibuat melalui ‘SabahPay’?
- Pembiayaan PPS
- Cukai Pintu
- Saman sewa
- Bil Air
- Lesen Import Dan Export Haiwan
- Pembaharuan Sijil Perunding Alam Sekitar
Bagaimana cara jika terlupa kata laluan SabahPay?
- Pada menu utama aplikasi SabahPay, anda hanya perlu klik pada Forget Password dan ikuti langkah seterusnya
Apakah fungsi SabahPay?
- Pengguna boleh melakukan sejumlah transaksi dengan mudah, termasuk pembayaran kepada agensi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Pengguna juga turut boleh membuat pembayaran bil menggunakan aplikasi yang sama.
Nak bayar bila Air Sabah menggunakan SabahPay?rujuk TUTORIAL BAYAR BIL AIR SABAH GUNA APLIKASI SABAHPAY
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai SabahPay, anda boleh melayari laman web rasmi Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC)
NOTA PENTING!!!
Untuk makluman anda, laman website http://sabahpay.co/ tidak mempunyai sebarang kaitan dengan aplikasi Sabah pay yang dibangunkan oleh Perbadanan Pinjaman Sabah.
punya la susah mau register. beratus kali request verification code .. nda jugak dapat.. beratus kali ok. beratus kali minta. boleh check . skrg zaman digital.semua boleh di trace. beratus kali minta.. last2 rasa fed up pulak.
Tidak dapat request verification code walaupun berkali-kali minta.