PERMOHONAN GIATMARA ONLINE(Latihan Kemahiran)

PERMOHONAN GIATMARA ONLINE (Latihan Kemahiran)

PERMOHONAN GIATMARA ONLINE

Berita baik kepada yang berminat,permohonan GIATMARA bagi Sesi Januari 2024 telah mula dibuka. Pelajar yang mematuhi syarat kelayakan dan sihat tubuh badan dialu-alukan untuk membuat permohonan kemasukan ke program latihan sepenuh dan separuh masa tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di GIATMARA Malaysia bagi kemasukan Julai dan Januari setiap tahun.Bagaimanakah cara buat permohonan Giatmara online?

Berikut adalah maklumat lanjut bagi anda yang berminat untuk melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa di GIATMARA.

 

APA ITU GIATMARA?

GIATMARA merupakan sebuah Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional untuk pelajar berumur 15 tahun ke atas. GIATMARA ditubuhkan bagi mewujudkan latihan kemahiran teknikal dan vokasional untuk golongan belia tidak kira yang berasal dari kawasan bandar mahupun luar bandar.

Ini membolehkan mereka untuk memperoleh kemahiran bagi melengkapkan diri sebelum beransur menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan yang berkemahiran teknikal. Pelajar lepasan program ini mampu memenuhi keperluan industri dan ekonomi di seluruh negara.

 

SYARAT PERMOHONAN GIATMARA ONLINE 2023

Bagi yang ingin memohon dan mengikuti kursus di giat mara, anda haruslah memenuhi syarat di bawah

  • Tubuh badan anda mestilah dalam keadaan sihat
  • Anda mestilah terdiri daripada kumpulan bumiputera di Malaysia
  • Anda mesti ada kebolehan asas seperti membaca menulis dan memang minat untuk belajar di pusat giat mara malaysia
  • Umur anda mesti 15 tahun dan ke atas. Orang tua termasuk
  • Umur 60 tahun pun boleh masuk. Tiada had umur
  • Mesti ada minat mendalam dengan kursus giat mara yang anda mohon

 

 

SENARAI PUSAT GIATMARA YANG DITAWARKAN

Kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia adalah seperti berikut:

  • Kluster Computer Dan Networking Technology
  • Kluster Elektronik Elektronik / Mekatronik
  • Kluster Elektrikal
  • Kluster Fabrik
  • Kluster Hairdressing and Cosmetology
  • Kursus Kluster Hospitaliti
  • Kursus Kluster Kulinari
  • Kursus Kluster Mekanikal
  • Kursus Kluster Pengangkutan
  • Kluster Pembuatan
  • Kluster Creative Media
  • Kluster Senibina

Senarai sesi latihan dan Pusat GIATMARA boleh dirujuk dalam jadual DISINI

 

CARA BUAT PERMOHONAN GIATMARA ONLINE/MANUAL SESI 2023 DENGAN ELAUN RM200 SEBULAN

Untuk memohon kemasukan ke GIATMARA bagi sesi Januari 2022, ia boleh dibuat secara online dan manual.

Berikut adalah langkah memohon kemasukan ke GIATMARA.

  1. Permohonan GIATMARA Online
    • Untuk memohon secara online, anda boleh menggunakan Aplikasi Permohonan Online GIATMARA (GSPel).
    • Layari pautan Permohonan GiatMara 
    • Klik ‘Borang Online’ membuat untuk permohonan secara dalam talian.
    • Klik ‘Permohonan Baru’ untuk mendaftar.
    • Jika anda merupakan alumni GIATMARA dan ingin mendaftar program lanjutan, sila hubungi GIATMARA berdekatan.
    • Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan kemaskini maklumat jika perlu.
    • Log masuk ke Sistem GSPel dan membuat semakan status permohonan dan mencetak surat-surat berkaitan.
  2. Permohonan GIATMARA Secara Manual
    • Jika anda mengalami masalah untuk pengisian secara dalam talian, anda boleh memohon secara manual.
    • Dapatkan borang permohonan di GIATMARA berhampiran atau muat turun Borang Permohonan Manual ini untuk cetakan.
    • Seterusnya, isikan maklumat dan sertakan sekali dokumen yang diperlukan,
    • Borang permohonan manual ini boleh di hantar terus kepada GIATMARA yang dipohon mengikut kursus yang ditawarkan.

 

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila e-mel kepada [email protected] atau hubungi pihak GIATMARA melalui saluran yang berikut:

WISMA GIATMARA

No 39, Jalan Medan Tuanku,50300 Kuala Lumpur.Malaysia

Talian telefon: 03-2691 2690

Facebook: https://www.facebook.com/MyGIATMARA/

 

ARTIKEL LAIN

SKIPMA (Permohonan Skim Pinjaman Komputer Pelajar Institusi Pendidikan MARA)

Leave a Comment