GERAN RISDA RM20,000 : CARA PERMOHONAN PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN( AET)
APA ITU PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN(AET)
Berikutan harga komoditi getah yang tidak menentu, RISDA menggalakkan Pekebun Kecil berusaha menceburi bidang lain sebagai sumber pendapatan tambahan selain hasil tanaman komoditi.
Bagi merealisasikan hasrat ini, RISDA melalui Program Aktiviti Ekonomi Tambahan menggalakkan Pekebun Kecil melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Bagi memantapkan pelaksanaan program ini, RISDA telah merancang dan menetapkan pelan tindakan baru Program Aktiviti Ekonomi Tambahan yang lebih berkesan bagi memperbaiki taraf sosio-ekonomi pekebun kecil.
Pelan tindakan baru ini dirangka bagi mencapai objektif RISDA agar pekebun kecil memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM 4,000.00 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2020.
Dalam usaha untuk memantapkan lagi pelaksanaan Program AET ini, transformasi baru dibuat dan fokus program diberi tumpuan kepada 4 bidang utama iaitu Perkhidmatan, Makanan, Pembuatan dan Pertanian. Transformasi ini diharap dapat memperbaiki kualiti hidup pekebun kecil disamping membantu pekebun kecil dalam meningkatkan pendapatan keluarga.
Baca tentang SEMAKAN BANTUAN RISDA 2020
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PEMOHON GERAN RISDA RM20,000
- Pemohon mestilah seorang Pekebun Kecil warganegara Malaysia ataupun isteri/suami/anak mengikut Daftar Banci RISDA dan keutamaan diberi kepada individu yang berada dalam kumpulan B40
- Mempunyai minat, berpengetahuan serta berkemahiran dalam bidang yang hendak diceburi.
- Pemohon mesti berkeupayaan melaksanakan projek secara sepenuh masa
- Bersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan atau kursus samada teknikal / kemahiran / kemantapan diri (sikap) yang ditentukan oleh RISDA sebelum dan semasa melaksanakan projek.
- Hanya penoreh yang berdaftar dengan RISDA sahaja layak untuk memohon projek Laman Kebun (Bantuan Sara Hidup).
BIDANG PROJEK AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN (AET)
Berikut adalah merupakan bidang yang terlibat dalam program ini:
- Bidang perkhidmatan
- Bidang makanan
- Bidang pembuatan
- Bidang pertanian
KADAR BANTUAN
- Had maksimum bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan bagi semua bidang adalah RM20,000 bagi setiap keluarga Pekebun Kecil.
- Bagi penerima AET sebelum Tahun 2016, had maksimum bantuan tambahan adalah RM10,000
CARA PERMOHONAN PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN( AET)
Semua permohonan Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan perlu diisi menggunakan format Borang Permohonan seperti di Lampiran 1. Borang permohonan ini juga perlu disertakan dengan Kertas Kerja Pelan Perniagaan seperti di Lampiran 2.
BORANG PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN( AET)
Borang-borang berkaitan AET
- Borang Permohonan Bantuan AET
- Borang Setuju Terima Program AET
- Surat Akuan AET
- Surat Status Permohonan AET
- Format Kertas Kerja Projek AET
Jika anda LAYAK dan memenuhi syarat diatas, Semua permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat RISDA yang berhampiran atau hubungi Ibu Pejabat RISDA di talian 03-42564022 untuk keterangan lebih lanjut.
Tags: #AET 2021 #APA ITU PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN( AET) #CARA PERMOHONAN PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN( AET) #GERAN RISDA 2021 #GERAN RISDA RM20000 #SEMAKAN KELAYAKAN GERAN RISDA RM20000
Rohani Binti Abdul Razak Poon2 tahun ago
Saya Rohani Binti Abdul Razak, seorang usahawan berdaftar dengan PBT, memohon Geran Risda bagi membantu menstrukturan semula bagi bidang pertanian, akibat pandemik covid-19.
Umi2 tahun ago
Geran Risda RM20,000
Fadilah2 tahun ago
Geran risda 20k
junaidi2 tahun ago
GERAN RISDA RM20,000
ZULKIFLI BIN MOHD YUSOFF2 tahun ago
Modal untuk membel mesin dn modal pusingan
Ain2 tahun ago
Geran risda RM20000
MOHAMAD AL-FATEH BIN BAHARUM2 tahun ago
GERAN RISDA RM20,000 : CARA PERMOHONAN PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN( AET)
Ahmad bin jasman2 tahun ago
Saya Ahmad drpd BP Johor ingin memohon bantuan untuk pembesaran projek ternakan kelulut. Tk.
RUZITA BINTI OTHMAN2 tahun ago
MOHON AET UNTUK BAIK PULIH KEDAI YANG SEDIA ADA..
Nazmi b.mohd nawi2 tahun ago
Memohon untuk bantuan mesin dedak dan oven.
salbiah bt abd kadir2 tahun ago
Memohon mesin santan
Norhafiza2 tahun ago
Geran risda 20000
Norsita binti Mohamed2 tahun ago
Ingin memohon peralatan dan mesen elektrik membuat putu mayam
Ideram Bin Mohd Noor2 tahun ago
“GERAN RISDA RM20,000 : CARA PERMOHONAN PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN( AET)”
Saya mengusahakan bengkel besi & amat memerlukan suntikan modal seperti jumlah yg dinyatakan. Ianya bertujuan untuk membeli material & peralatan lain bagi melancarkan perjalanan kerja² saya.
Besar harapan saya untuk mendapatkan bantuan ini kerana saya sudah tiada sumber lain lagi….
MAZIANA BINTI KAMAROL ZAMAN1 tahun ago
GERAN RISDA RM20000,cara memohon AET untuk projek nurseri
JUMRI BIN MOHAMAD1 tahun ago
Geran 20k untuk tambah baik fetegrasi yg sedia ada
Lingeswaran8 bulan ago
I want apply online i try many time for daftar but tak blh need help
This my number can call me or email 0163558655