PERMOHONAN POTONGAN GAJI PTPTN:CARA BAYAR MELALUI POTONGAN GAJI (Borang Kebenaran Potong Gaji)

PERMOHONAN POTONGAN GAJI PTPTN:CARA BAYAR MELALUI POTONGAN GAJI (Borang Kebenaran Potong Gaji)

PERMOHONAN POTONGAN GAJI PTPTNCARA BAYAR MELALUI POTONGAN GAJI(Borang Kebenaran Potong Gaji)

Kebanyakkan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi seperti Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Master dan lain-lain peringkat pengajian semestinya akan membuat pinjaman PTPTN.

Bagaimana ingin membuat pembayaran balik selepas habis penggajian?  Semestinya tidak mempunyai masa untuk pergi ke pejabat PTPTN. Di sini kami kongsikan cara permohonan potongan gaji PTPTN untuk membayar PTPTN guna Potongan Gaji. Semoga membantu

 

APA ITU PTPTN

 

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau singkatannya (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.

Fungsi utama penubuhan perbadanan ini adalah untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia.

Bertitik tolak dari pinjaman kewangan yang diberikan, PTPTN juga bertanggungjawab untuk memungut kembali bayaran balik dari para peminjam yang telah melakukan pinjaman mereka dengan perbadanan tersebut.

 

MAKLUMAN PERMOHONAN POTONGAN GAJI BAYARAN PTPTN

 Pembayaran balik pinjaman bagi penjawat awam yang menerima pinjaman PTPTN telah diwajibkan untuk membuat pembayaran semula melalui potongan gaji mulai September 2015.

  • Pihak PTPTN akan mengurusan untuk bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji dan tidak lagi melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
  • Jadual Bayaran Balik (JBB) telah ditetapkan dan potongan gaji akan mengikut jadual tersebut.
  • Potongan gaji adalah untuk bulanan semasa sahaja dan sebarang tunggakan perlu dijelaskan melalui kaedah lain
  • Baki tempoh bayaran balik yang dibenarkan untuk permohonan potongan gaji ialah 6 bulan dan jumlah pinjaman minimum untuk permohonan potongan gaji adalah RM500.00

 

CARA BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN MELALUI POTONGAN GAJI

Berikut adalah merupakan cara membuat potongan balik pinjaman PTPTN melalui potongan gaji:

  1. Tindakan Peminjam
    • Peminjam dikehendaki melengkapkan Borang Kebenaran Potong Gaji Bayaran Balik Pembiayaan Pendidikan PTPTN
    • Borang boleh didapati di portal Rasmi PTPTN
    • Serahkan borang di mana-mana cawangan PTPTN yang berhampiran.
  2. Tindakan Majikan
    • Kemukakan data Borang Potongan Gaji PTPTN oleh Majikan yang lengkap mengandungi
      • Maklumat Majikan
      • Maklumat pembayaran
      • Maklumat pekerja (No Kad pengenalan, Nama, Jumalah potongan, Nogaji/pekerja)
    • Borang tersebut perlu dikemukakan kepada PTPTN dalan bentuk softcopy (Ms Excel) atau serahan tangan ke pejabat PTPTn berdekatan.
  3. Tindakan Slanjutnya
    • Pihak PTPTN akan kemaskini rekod potongan gaji ke dalam sistem.
    • Pihak PTPTN akan kemukakan rekod potongan gaji baharu kepada majikan pada setiap akhir bulan (sekiranya ada)
    • Majikan akan melakukan porongan Gaji.
  4. Majikan akan kemukakan data dan bayaran potongan Gaji kepada PTPTN sebelum 15 haribulan pada bulan berikutnya.
  5. PTPTN akan kemaskini maklumat pembayaran dan penyata peminjam.
  6. Peminjam boleh membuat semakan rekod bayaran balik yang telah dikemaskini di Penyata Pinjaman.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) POTONGAN GAJI PTPTN

Perlukah saya menunggu Notis Arahan Bayaran Balik daripada PTPTN sebelum memulakan bayaran balik?

  •  Tidak. Peminjam bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik mengikut tempoh yang ditetapkan tanpa perlu menunggu Notis Arahan Bayaran Balik daripada PTPTN. Tiada suatu peruntukan di dalam perjanjian yang menyebut bahawa peminjam hanya perlu membuat bayaran selepas mendapat notis daripada PTPTN. Bayaran balik lebih awal adalah digalakkan kerana bayaran balik yang dibuat sebelum tarikh mula bayar tidak dikenakan kos upah.

Bilakah tarikh bayaran balik sepatutnya dibayar setiap bulan?

  •  Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa.
  • Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemas kini dalam penyata pada bulan berikutnya.
  • Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa.

Bagaimanakah cara bayaran balik secara dalam talian (online) boleh dilakukan?

 Terdapat tiga (3) bayaran balik secara online iaitu:

  • Melalui Portal Rasmi PTPTN (FPX)
  • Melalui portal rasmi bank ejen pungutan bayaran balik pinjaman PTPTN.
  • Melalui MypayPTPTN (www.mygovmobile.malaysia.gov.my)

Macam mana nak semak & check baki tunggakan hutang PTPTN?

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang permohonan potongan gaji PTPTN, boleh hubungi:

2 thoughts on “PERMOHONAN POTONGAN GAJI PTPTN:CARA BAYAR MELALUI POTONGAN GAJI (Borang Kebenaran Potong Gaji)”

Leave a Comment