CARA POS MOTOR GUNA POSTO.MY (Semak Harga Ikut CC)

CARA POS MOTOR GUNA POSTO.MY (Semak Harga Ikut CC)

POSTO.MY

Kepada individu yang ingin mencarin perkhidmatan pos motor sudah tentunya terdapat pelbagai perkhidmatan yang ada. Antaranya ialah Posto.my yang menawarkan perkhdimatan  door-to-door service.

Bagaimana cara untuk pos motor guna Posto.my? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU POSTO.MY

POSTO.MY dengan kerjasama Felda Transport Service adalah penyedia perkhidmatan penghantaran motosikal khusus dari pintu ke pintu di Semenanjung Malaysia.

 

WAKTU OPERASI POSTO.MY

Waktu operasi pengambilan & penghantaran motor hanyalah dilakukan pada hari bekerja (Isnin – Khamis) sahaja.

 

KADAR HARGA POSTO.MY

Berikut adalah merupakan kadar harga bagi pos menggunakan posto.my mengikut CC motor:

  • 135cc ke bawah – RM250
  • 136 – 250cc – RM330
  • 251 – 400cc – RM380
  • 401 – 550cc – RM600
  • 551 – 700cc – RM800
  • 701 – 850cc – RM1000
  • 851 –1000cc – RM1200
  • 1001 –1150cc – RM1400
  • 1151cc ke atas – RM1600
  • Helmet – RM10
  • Wrapping – RM15

 

CARA POS MOTOR GUNA POSTO.MY

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat pengeposan motorsikal menggunakan Posto.my:

  1. Daftar di website ini: https://posto.my/login.php
  2. Tekan button Place an Order
  3. Masukkan details motor seperti:
    • Vehicle type
    • Number plate
    • Tarikh pick up.
  4. Masukkan maklumat pengirim iaitu dimana motor akan diambil.
  5. Masukkan maklumat penerima iaitu dimana motor akan dihantar.
  6. Kemudian ikuti proses pembayaran sehinggan selesai
  7. Anda akan menerima pengesahan pembayaran selesai di emel yang anda masukkan.
  8. Anda akan menerima panggilan telefon daripada Posto.My bagi proses penghantaran dan penerimaan(waktu yang available & dan bersesuian dengan driver yang pick up/hantar motor di kawasan berdekatan).

 

KELEBIHAN MENGGUNAKAN POSTO.MY

Berikut adalah kelebihan sekiranya anda menggunakan perkhidmatan Posto.my:

  • Kadar HARGA yang sama rata untuk kesemua destinasi di semenanjung Malaysia kerana hanya mengikut cc motor sahaja.
  • Door-to-Door servis. Ambil dan hantar depan pintu anda!
  • Bayar online terus & tunggu Posto.MY datang pickup
  • Kebiasaanya, proses penghantaran adalah dalam masa 7 hari. Apa pun pihak Posto.MY akan hubungi anda nanti

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara pos motor guna Posto.my, anda boleh merujuk:

 

ARTIKEL LAIN

CARA POS BARANG NINJA VAN/PACKS:CHECK HARGA POSTAGE MENGIKUT BERAT & (shipping rates)

2 thoughts on “CARA POS MOTOR GUNA POSTO.MY (Semak Harga Ikut CC)”

Leave a Comment