CARA TUKAR NAMA GERAN RUMAH (Borang & Kos Yang Perlu Dibayar)

CARA TUKAR NAMA GERAN RUMAH (Borang & Kos Yang Perlu Dibayar)

CARA TUKAR NAMA GERAN RUMAH

Kepada individu yang membeli rumah, sudah semestinya ingin menukarkan nama gerun rumah tersebut ataupun atas sebab-sebai lain seperti  faraid, penceraian dan sebagainya. Tetapi bagaimana cara atau prosedur untuk tukar nama geran rumah? Borang yang terlibat dan kos yang perlu dibayar? Disini kami kongsikannnya, semoga membantu.

 

SYARAT TUKAR NAMA GERAN RUMAH

Sebelum anda ingin melakukan proses tukar nama, pastikan anda menyemak dan menyediakan syarat ini terlebih dahulu:

  1. Maklumat penama baharu
    • Pastikan anda mengetahui individu yang bertanggungjawab dalam mendaftarkan namanya pada rumah tersebut kerana sekiranya tidak mengetahui tentang pemilik rumah tersebut, nama geran rumah tidak boleh ditukarkan.
  2. Sediakan surat perjanjian
    • Ini bagi mengesahkan rumah tersebut akan dijual kepada pihak yang berkenaan. Tanpa surat perjanjian, ia akan menimbulkan pelbagai masalah yang tidak diingini. Antaranya pelanggaran janji dan sebagainya.
  3. Semak status rumah
    • Pastikan anda mengetahui sama ada rumah tersebut bebas daripada sebarang sekatan atau kaveat. Paling utama adalah, rumah terbabit juga tidak boleh

 

DOKUMEN & BORANG URUSAN TUKAR NAMA GERAN RUMAH

Berikut adalah dokumen dan borang yang perlu anda sediakan bagi melancarkan proses pertukaran nama tersebut, antaranya ialah:

  1. Borang 14A Kanun Tanah Negara
    • Borang 14A ini merupakan Borang Pindahmilik Tanah, Bahagian atau Pusaka. Borang ini perlu diisi oleh penama rumah, pembeli dan penjual rumah tersebut. Ia perlu diisi di hadapan peguam atau pegawai pentadbir. Paling penting, semua pihak yang berkenaan harus hadir ketika borang ini diisi.
    • Dokumen yang diperlukan adalah:
      • Kad pengenalan (IC) kedua-dua belah pihak
      • Geran rumah asal
      • Surat kebenaran pindah milik
      • Surat pemegang amanah
      • Sijil kelahiran asa
  2. Borang Permohonan Taksiran Pindah Milik Hartanah (Borang PDS 15)
    • Penama harus menandatangani Borang PDS 15.
    • Penama harus menghantar wakil sahaja ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) jika perlu.
    • Dokumen yang diperlukan:
      • Salinan Borang 14A
      • Salinan geran
      • Salinan kad pengenalan kesemua pihak yang terlibat.

 

CARA TUKAR NAMA GERAN RUMAH

Selepas anda melengkapkan dua-dua borang di atas,  berikut adalah cara tukar nama geran rumah:

  1. Anda dikehendaki pergi ke Pejabat Tanah berhampiran untuk hakmilik pengeluaran surat penguatkuasaan.
  2. Pastikan anda membawa dokumen berikut:
    • Borang 14A asal
    • Geran asal
    • Nota taksiran LHDN asal
    • Salinan kad pengenalan (IC) kesemua pihak
    • Sijil setem LHDN
    • Salinan resit cukai tanah dan;
    • Cukai pintu

 

KOS YANG TERLIBAT DALAM PROSES TUKAR NAMA GERAN RUMAH

Berikut adalah anggaran kos yang akan terlibat (tertakluk kepada perubahan semasa) bagi proses pertukaran nama geran rumah:

Duti Setem Perjanjian Jual Beli (Spa)/ Tukar Milik

  1. Peratusan duti setem dikira berdasarkan harga hartanah tersebut. Duti Setem (% daripada harga rumah)
    • RM100,000 pertama – 1%
    • RM400,000 yang berikutnya (RM101,000 – RM500,000) – 2%
    • Jumlah seterusnya sehingga RM1 juta (RM500,001 – RM 1 juta) – 3%
    • Jumlah seterusnya (> RM 1 juta) – 4%
  2. Sebagai contoh, jika hartanah itu bernilai RM500,000, anda perlu membayar duti setem seperti yang berikut:
    • (RM100,000 pertama X 1%) + (RM400,000 berikutnya X 2%)
    • = (RM1,000 + RM8,000)
    • = RM 9,000

Duti Setem Untuk Pinjaman Perumahan

Anda akan dikenakan duti setem 0.5% dari jumlah pinjaman perumahan atau RM5 untuk setiap RM1,000. Sebagai contoh:

    • Peratusan yang dikenakan (0.5%) x ( Jumlah Pinjaman)
    • =0.5% X (RM 500,000)
    • =RM2,500

Yuran Guaman Untuk SPA/ Perjanjian Pinjaman Perumahan

Berikut merupakan kadar fi guaman mengikut peringkat harga rumah: (Rumah Kadar Fi Guaman (%))

    • RM500,000 yang pertama –1%
    • RM500,000 yang seterusnya – 0.8%
    • RM2,000,000 yang seterusnya –0.7%
    • RM2,000,000 yang seterusnya – 0.6%
    • RM2,500,000 yang seterusnya – 0.5%

Kos Carian Tanah

  1. Carian persendirian
    • Anda boleh buat carian persendirian dengan pergi ke Pejabat Tanah. Anda juga boleh melantik seorang peguam untuk membantu anda dalam hal ini.
  2. Carian rasmi
    • Sama seperi carian persendirian cuma bezanya, carian rasmi disertakan dengan cop cop Pendaftar Tanah dan tandatangan pegawai yang berkenaan.
  3. Kos carian tanah anda berbeza-beza di setiap negeri di Malaysia. Di Selangor dan Kuala Lumpur, bayarannya adalah seperti yang berikut:
    • Kuala Lumpur: Carian persendirian: RM30 / Carian rasmi: RM50
    • Selangor: Carian persendirian: RM30 / Carian rasmi: RM50

Kos- Kos Lain Tukar Nama Geran Rumah

Antara kos yang anda perlu bayar unutuk membuat pertukaran nama geran tanah:

  • Bayaran duti setem (setiap dokumen): RM10
  • Affidavit: RM50
  • Bayaran Pendaftaran: RM100

ARTIKEL LAIN 

CARA TUKAR SYARAT TANAH (Dokumen & Jumlah Kos)

CARA TUKAR NAMA TANAH (Borang & Kos )

1 thought on “CARA TUKAR NAMA GERAN RUMAH (Borang & Kos Yang Perlu Dibayar)”

Leave a Comment