psu.perkeso.gov.my(CARA REGISTER/APPLY/DAFTAR/PERMOHONAN/KEMASKINI PSU 5.0)

psu.perkeso.gov.my(CARA REGISTER/APPLY/DAFTAR/PERMOHONAN/KEMASKINI PSU 5.0)

psu.perkeso.gov.my(CARA REGISTERAPPLYDAFTARPERMOHONANKEMASKINI PSU 4.0)

psu.perkeso.gov.my(CARA REGISTER/APPLY/DAFTAR/PERMOHONAN/KEMASKINI PSU 5.0)

Subsidi Upah Bersasar atau PSU 5.0 adalah penjenamaan semula kepada program terdahulu iaitu Program Subsidi Upah. Terkini majikan boleh membuat permohonan  PSU 5.0, disini kami kongsikan cara untuk daftar dan membuat permohonan. Semoga membantu.

 

APA ITU PROGRAM SIP SUBSIDI UPAH BERSASAR (PSU 5.0)

  • PSU adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan.
  • Tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 serta penutupan operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Baca tentang CARA MOHON MORATORIUM MAYBANK 2021(Borang Web maybank2u.com.my)

 

TARIKH PERMOHONAN PROGRAM SIP SUBSIDI UPAH BERSASAR (PSU 5.0)

Permohonan kini dibuka mulai 01 Januari 2022 sehingga 31 Mac 2022 dan tertakhluk kepada peruntukan dana kerajaan di bawah BAJET 2022.

 

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM SIP SUBSIDI UPAH BERSASAR (PSU 5.0)

Berikut adalah merupakan syarat dan kelayakan utama yang diletakkan di bawah PSU 5.0:

  • Majikan dan Perusahaan daripada sektor pelancongan dan yang berkaitan dengannya.
  • Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulan Oktober/November/Disember bagi tahun 2021 berbanding dengan mana-mana bulan pada tahun 2019 / 2020 / 2021 sebelum penularan wabak COVID-19.
  • Contohnya, aktiviti perhotelan, penerbangan, agensi pelancongan, agensi pengurup wang dan lain-lain perusahaan yang berkaitan dengannya.
  • Senarai aktiviti industri yang berkaitan seperti senarai di Lampiran A

 

SENARAI SEKTOR YANG TERLIBAT PROGRAM SIP SUBSIDI UPAH BERSASAR (PSU 5.0)

Senarai sektor yang terlibat boleh rujuk DISINI

NOTA:

  • Majikan dari sektor dan aktiviti industri yang tidak tersenarai dan masih terjejas akibat penularan wabak COVID-19 BOLEH mengemukakan rayuan secara atas talian melalui pautan https://eaduansip.perkeso.gov.my/rayuansektornegatif.php
  • PERKESO berhak menentukan keputusan untuk sebarang permohonan rayuan yang dikemukakan berdasarkan alasan dan dokumen yang munasabah dan keputusan adalah muktamad.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN PROGRAM SIP SUBSIDI UPAH BERSASAR (PSU 5.0)

Dokumen yang diperlukan ialah:

  1. Senarai nama pekerja (mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan)
  2. Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja)
  3. Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan
  4. Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan
  5. Akuan Pengisytiharan PSU 5.0

 

CARA DAFTAR DAN PERMOHONAN PROGRAM SIP SUBSIDI UPAH BERSASAR (PSU 5.0)

Berikut adalah merupakan cara daftar dan membuat permohonan PSU 5.0:

  1. Layari psu.perkeso.gov.my
  2. Pilih Permohonan PSU 5.0 > Pilih Sektor Anda.
  3. Pilih Tidak jika anda belum pernah memohon PSU sebelum ini, Tekan Seterusnya.
  4. Pilih Negeri Operasi anda dan masukkan Kod Majikan anda, Tekan Seterusnya.
  5. Isikan butiran yang diperlukan.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  7. Tekan butang Hantar.
  8. Anda akan menerima No. Rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi dan anda boleh menyemak status permohonan menggunakan No. Rujukan yang diberikan.

 

CARA KEMASKINI PROGRAM SIP SUBSIDI UPAH BERSASAR (PSU 5.0)

Berikut adalah cara untuk kemaskini permohonan PSU 5.0:

  1. Layari psu.perkeso.gov.my.
  2. Pilih Kemaskini > Program Subsidi Upah 5.0
  3. Masukan Nombor rujukan PSU5.0 dan E-Mel yang didaftar semasa permohonan
  4. Kemudian tekan seterusnya dan anda boleh kemaskini maklumat anda inginkan

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut tentang PSU 5.0, anda boleh rujuk:

 

5 thoughts on “psu.perkeso.gov.my(CARA REGISTER/APPLY/DAFTAR/PERMOHONAN/KEMASKINI PSU 5.0)”

  1. Saya nak minta tlg sangat-sangat ini dengan perkeso cik ,puan,tuan dan Datuk yg terhormat tlg saya ini duda ada anak 3 semuanya sekolah dan saya kerja tak tetap kadan kerja kadan tak ada kerja atau selalu sakit juga saya tak pernah dapat terima bantuan dari kerajaan pusat dan kerajaan negeri Pahang sendiri tlg lah tuan ini demi masa depan untuk anak-anak saya sahaja biar tak sudah dan miskin seperti saya ini no Tel: 01137940334

    Balas

Leave a Comment