SEMAKAN SIP PERKESO:CARA PERMOHONAN ELAUN MENCARI PEKERJAAN(EMP)
Jika anda diberhentikan, anda mungkin hanya tahu tentang pampasan daripada syarikat seperti VSS atau MSS.
Adakah anda tahu tentang ELAUN MENCARI PEKERJAAN(EMP) melalui Sistem Insurans Pekerja(SIP) PERKESO.
Bagaimanakah cara untuk claim/tuntut elaun EMP ini?.
Elaun Mencari Pekerjaan(EMP) Dalam Belanjawan 2021
Berikut adalah penambahbaikan EMP dalam Belanjawan 202:
- Tempoh Elaun Mencari Kerja akan dilanjutkan selama 3 bulan
- Kadar menuntut juga diubah kepada 80% gaji bulan pertama, 50% bagi bulan ke-2 hingga ke-6, dan 30% bagi 3 bulan terakhir.
Pekerja juga boleh menuntut pelbagai elaun dan faedah melalui Sistem Insurans Pekerjaan (EIS / SIP PERKESO).
APA ITU SIP PERKESO?
EIS (Employer Insurance System) atau SIP (Sistem Insurans Pekerjaan) PERKESO menyediakan Insurans Pekerjaan, Perkhidmatan Pekerjaan dan Maklumat Pasaran Buruh (LMI).
Jika anda pencarum SIP yang kehilangan pekerjaan, anda mungkin layak untuk menerima 2 faedah berikut:
- faedah berbentuk kewangan
- faedah bantuan pencarian pekerjaan
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SIP PERKESO
Pekerja yang layak diliputi di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta SIP) adalah seperti berikut:
- Semua pekerja yang bertaraf warganegara Malaysia dan pemastautin tetap.
- Berumur 18-60 tahun*
- Bekerja dengan sektor swasta**
- Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service)
*Dengan satu pengecualian yang penting:
Pekerja berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelum mencapai umur tersebut TIDAK diliputi Akta SIP dan TIDAK perlu mencarum.
** Pekerja badan berkanun, kuasa tempatan, perkhidmatan awam dan negeri, pekhidmat domestik dan bekerja sendiri TIDAK diliputi Akta SIP.
SYARAT PERMOHONAN TUNTUTAN SIP
Berikut adalah syarat permohonan tuntutan faedah SIP:
- Membuat permohonan tuntutan faedah dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan pekerjaan (loss of employment).
- Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman iaitu caruman pekerja telah dicarum mengikut jadual caruman SIP dan mempunyai bilangan bulan minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
- Kategori Kehilangan Pekerjaan Yang Layak Membuat Tuntutan SIP PERKESO
SIAPA YANG LAYAK MOHON SIP PERKESO?
Berikut adalah kategori kehilangan pekerjaan yang boleh dibuat tuntutan:
- Pembuangan kerja / pertindihan
- VSS/MSS (Skim pemisahan sukarela dengan persetujuan bersama)
- Penutupan tempat kerja kerana bencana alam
- Bankrap atau penutupan tempat kerja
- Pembuangan kerja konstruktif
- Perletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
- Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan
SIAPA YANG TIDAK LAYAK MOHON SIP PERKESO?
Berikut adalah kategori kehilangan pekerjaan yang tidak layak buat tuntutan:
- Pembuangan akibat salah laku pekerja
- Peletakan jawatan sukarela oleh pekerja
- Persaraan
- Tempoh kontrak perkhidmatan tamat (termasuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama atau penyiapan kerja mengikut terma kontrak perkhidmatan)
FAEDAH SIP PERKESO
Sistem Insurans Pekerjaan menawarkan dua jenis faedah iaitu faedah berbentuk kewangan dan faedah bantuan pencarian pekerjaan.
FAEDAH KEWANGAN SIP PERKESO
Terdapat 5 jenis faedah berbentuk kewangan iaitu:
- Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
- Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)
- Fi / Yuran Latihan (FL)
- Elaun Latihan (EL)
- Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)
Nak tahu lebih lanjut tentang ELAUN SIP
FAEDAH BANTUAN PENCARIAN PEKERJAAN
SIP telah menyediakan 2 jenis faedah bantuan pencarian pekerjaan untuk kemudahan orang berinsurans:
- Program Penempatan Pekerjaan
Menerusi kaedah sokongan secara individu oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO kepada Orang Berinsurans yang berdaftar dengan Program Penempatan Pekerjaan Semula.
- Kaunseling Kerjaya
Satu perkhidmatan kaunseling yang disediakan oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO bagi mengenal pasti jurang kemahiran dan masalah yang dihadapi oleh Orang Berinsurans dalam membantu membuat pilihan dan hala tuju kerjaya.
CARA PERMOHONAN SIP PERKESO
Permohonan tuntutan faedah SIP boleh dibuat secara atas talian di Portal SIP ataupun hadir sendiri di mana-mana kaunter pejabat PERKESO yang berhampiran dengan anda.
Setiap permohonan tuntutan faedah SIP perlulah mengemukakan dokumen penting iaitu menyertakan;
- Salinan KPPN
- Bukti kehilangan pekerjaan, contohnya surat penamatan kerja
- Salinan maklumat akaun bank
- Slip gaji untuk 6 bulan sebelum tarikh kehilangan pekerjaan
Selain itu, pemohon juga perlulah mengemukakan dokumen sokongan tambahan bagi tujuan melengkapkan tuntutan–tuntutan faedah yang diminta mengikut jenis tuntutan yang layak diterima .
Dokumen sokongan yang disertakan bagi semua jenis faedah adalah seperti berikut:
Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
- Laporan kepada Program Penempatan Pekerjaan Semula
Rujuk PANDUAN PERMOHONAN FAEDAH SIP
BORANG PERMOHONAN SIP PERKESO
Sila klik DISINI untuk memuat turun:
1) Borang SIP 1A – Borang Pemberitahuan Majikan
2) Borang SIP 2A – Borang Pemberitahuan Pekerja
3) Borang SIP 1 – Borang Pendaftaran Majikan
4) Borang SIP 2 – Borang Pendaftaran Pekerja
5) Borang SIP 3 – Pemberhentian Sebagai Majikan
6) Senarai semak permohonan bayaran balik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)
7) Borang Permohonan Sistem Insurans Pekerjaan Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial
SEMAKAN SIP PERKESO
Semakan kes yang telah didaftarkan melalui Portal online boleh dibuat dengan menggunakan kes ID pengguna dan kata laluan dengan cara log masuk ke Portal Rasmi SIP / EIS PERKESO.
RAYUAN SIP PERKESO
Sebarang kes permohonan SIP yang telah ditolak boleh membuat rayuan kepada Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) dengan mengemukakan borang permohonan ke alamat berikut:
Urus Setia, Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial, Tkt 11, Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sila layari Portal EIS atau PERKESO untuk info lengkap
Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan (CRM) di talian 1 300 22 8000 atau melalui emel [email protected]
Tags: #APA ITU SIP PERKESO? #BORANG PERMOHONAN SIP PERKESO #CARA PERMOHONAN Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) #CARA PERMOHONAN SIP PERKESO #ELAUN MENCARI PEKERJAAN(EMP) #FAEDAH BANTUAN PENCARIAN PEKERJAAN #FAEDAH KEWANGAN SIP PERKESO #FAEDAH SIP PERKESO #RAYUAN SIP PERKESO #SEMAKAN SIP PERKESO #SEMAKAN SIP PERKESO:CARA PERMOHONAN ELAUN MENCARI PEKERJAAN(EMP) #SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SIP PERKESO #SIAPA YANG LAYAK MOHON SIP PERKESO? #SIAPA YANG TIDAK LAYAK MOHON SIP PERKESO? #SYARAT PERMOHONAN TUNTUTAN SIP
Siti fadzilah Bt Abd majid4 months ago
Saya dari Butterworth.
Ingin mohon perkeso.
EZ RIVER EMPIRE SDN BHD3 months ago
may i know how to print sip statement using employer login?
Paterick Rick3 months ago
Claim Elaun RM300 3bulan
Mohamad sukri bin kuranding3 months ago
Claim elaun RM300 3 MONTH
Kamarudin bin Muhammad2 months ago
Kenapa EMP saya dibayar 5 kali sahaja
M. Sugumaran2 months ago
Semakan sip