PERMOHONAN TINGKATAN 1 SEKOLAH SENI MALAYSIA SESI 2024 (ESSEM)

PERMOHONAN TINGKATAN 1 SEKOLAH SENI MALAYSIA SESI 2024/2025 (eSSEM)

Semakan Status Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia Sesi 2022 (eSSEM)

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa permohonan bagi kemasukan pelajar Tingkatan 1 ke Sekolah Seni Malaysia (eSSeM) untuk ambilan Macsesi 2024/2025 telah dibuka.  Bagaimanakah cara permohonan SSeM dan cara semakan? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU SEKOLAH SENI MALAYSIA (eSSeM)

Untuk makluman, SSeM ditubuhkan untuk memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni.  Dari aspek pengurusan dan pentadbiran, SSeM secara keseluruhannya mengikut konsep Sekolah Berasrama Penuh yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan kesenian dan akademik.

Di SSeM, terdapat 4 bidang pengajian bagi menengah rendah bagi Tingkatan 1, 2 dan 3 iaitu Muzik, Seni Visual, Tari dan Teater manakala 6 bidang pengkhususan bagi murid di peringkat menengah atas bagi Tingkatan 4 dan 5 iaitu, Muzik, Seni Halus, Reka Bentuk, Komunikasi Visual, Tari dan Teater.

Pengambilan murid ke SSeM hanyalah ke Tingkatan 1 sahaja dan tiada pengambilan untuk ke Tingkatan 2, 3, 4 atau 5. Murid-murid yang memohon secara atas talian akan dipanggil menghadiri Sesi Serlahan Seni (SSS) untuk penilaian bakat-bakat murid.

 

TARIKH PERMOHONAN SEKOLAH SENI MALAYSIA (eSSeM) 2024/2025

Permohonan secara online dibuka kepada calon yang berminat bermula

 

SENARAI SEKOLAH SENI DI MALAYSIA

Sehingga kini, terdapat 5 buah SSeM di seluruh Malaysia iaitu:

  • Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeMJ), Masai Johor
  • Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS), Kuching Sarawak
  • Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL), Kuala Lumpur
  • Sekolah Seni Malaysia Perak di Sungai Siput Utara.
  • Program Pendidikan Seni, SMK Elopura, Sandakan Sabah

 

SUBJEK YANG DIAJAR DI SEKOLAH SENI MALAYSIA

Berikut adalah antara subjek yang di ajar mengikut tingkatan:

  1. Bagi tingkatan 1 – 3, mata pelajaran yang ditawarkan adalah:
    • Pendidikan Kesenian – seni muzik; seni tari; seni teater; seni visual;
    • Subjek Teras – Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris; Matematik; Sains; Sejarah; Pendidikan Islam atau Pend. Sivik dan Kewarganegaraan; Pendidikan Jasmani dan P. Kesihatan.
  2. Bagi tingkatan 4 – 5, mata pelajaran yang ditawarkan adalah:
    • Pendidikan Kesenian – Seni Muzik; Seni Tari; Seni Teater; Seni Visual; Seni Halus; Komunikasi Visual; Reka Bentuk.
    • Subjek Teras – Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris; Matematik Moden; Sains; Sejarah; Pendidikan Islam atau Pend. Sivik dan Kewarganegaraan; Pendidikan Jasmani dan P. Kesihatan.
    • Elektif Kemanusiaan – Prinsip Akaun; Perdagangan; Kesusasteraan Melayu.

 

SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH SENI MALAYSIA

Permohonan ke SSeM tertakluk kepada beberapa syarat kemasukan iaitu:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Pemohon berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian sama ada Seni Visual/Tari/Teater/Muzik.
  3. Pemohon sihat tubuh badan
  4. Hanya permohonan secara atas talian atau online akan diproses.

Murid-murid yang berminat untuk memasuki SSeM perlu memenuhi beberapa syarat kemasukan iaitu:

  • Calon mestilah daripada sekolah bantuan penuh kerajaan.
  • Calon mestilah lulus Uji Bakat yang dilaksanakan secara dalam talian.
  • Calon juga bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
  • Calon yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan.
  • Rekod kesihatan calon perlulah dikemukakan.
  • Permohonan akan ditolak sekiranya calon didapati memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan.

 

CARA PERMOHONAN SEKOLAH SENI MALAYSIA (eSSeM)

Bagi Permohonan kali pertama, calon hendaklah daftar terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan cara daftar:

  1. Layari laman web https://essem.moe.gov.my/
  2. Klik link ‘Daftar Kali Pertama’ untuk mendaftar.
  3. Isikan no kad pengenalan, kata Laluan, soalan keselamatan dan jawapan dengan lengkap.
  4. Klik butang ‘Daftar’ dan maklumat pendaftaran akan dipaparkan dan pengguna boleh mencetak maklumat pendaftaran.

Calon-calon yang berminat untuk memohon boleh mengikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut:

  1. Log masuk akaun Calon
  2. Klik ‘Isi Borang’ untuk meneruskan permohonan.
  3. Isi maklumat yang mengandungi:
    • Maklumat pemohon
    • Maklumat keluarga
    • Maklumat kokurikulum dan kepimpinan
    • Klik butang ‘Simpan’ di akhir setiap paparan.
  4. Setelah selesai mengisi ketiga-tiga maklumat tersebut, klik butang ‘Hantar.’

 

SESI UJIBAKAT SEKOLAH SENI MALAYSIA

Murid-murid yang memohon secara atas talian akan dipanggil menghadiri Sesi Serlahan Seni (SSS) untuk penilaian bakat-bakat murid melalui rakaman video:

  1. Calon perlu muat turun dan mencetak lampiran soalan bagi bidang seni yang dipilih selepas klik hantar permohonan.
  2. Calon dikehendaki berpakaian kemas dan bersesuaian semasa rakaman.
  3. Bagi calon bidang seni persembahan, calon diminta memakai tshirt berkolar hitam, seluar trek hitam, tudung hitam/rambut disanggul kemas (calon perempuan).
  4. Calon diminta untuk mendapatkan bantuan guru atau ahli keluarga semasa membuat permohonan serta penyediaan rakaman uji bakat.
  5. Rakaman dalam bentuk MP4 perlu diletakkan dalam satu fail dan namakan fail tersebut dengan No KP Pemohon (rujuk panduan yang diberikan dalam borang permohonan yang telah dimuat turun).
  6. Sila muat naik fail tersebut ke dalam google drive masing-masing.
  7. Dapatkan pautan (link) dan masukkan pautan tersebut ke dalam laman sesawang eSSeM pada ruangan yang disediakan.
  8. Calon perlu hantar rakaman video yang disediakan selewat-lewatnya 30 Oktober 2021.

 

TARIKSH SEMAKAN KEPUTUSAN SEKOLAH SENI MALAYSIA 2024/2025

Semakan keputusan permohonan boleh disemak pada 26 Februari 2024 di pautan https://essem.moe.gov.my

 

PERMOHONAN RAYUAN SEKOLAH SENI MALAYSIA

  • Rayuan boleh dibuat dalam tempoh dua (2) minggu selepas keputusan tawaran ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni diumumkan
  • Keputusan rayuan dapat diketahui dua minggu selepas tarikh pendaftaran murid tingkatan satu di Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni.

 

SOALAN LAZIM SEKOLAH SENI MALAYSIA (eSSeM)

Apakah bidang ditawarkan di Sekolah Seni?

  • Muzik;
  • Tari;
  • Teater;
  • Seni Visual.

Adakah pelajar akan mengambil matapalejaran sains seperti Biologi, Kimia, Fizik,dll?

  • Tidak.

Adakah sekolah seni ini adalah sekolah berasrama penuh (SBP)?

  • Tidak. Namun ianya berkonsepkan sekolah berasrama penuh.

Adakah terdapat pengambilan murid selain dari tingkatan 1?

  • Tidak. Hanya pengambilan pelajar tingkatan 1 sahaja.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sebarang pertanyaan berkaitan mengenai pendaftaran Sekolah Seni Malaysia, calon boleh menghubungi:

  • Pn Zuraini Binti Abu Hassan: 03-88721616
  • Cik Noor Azilah Binti Ismail: 03-88721760

Bgai mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila layari https://essem.moe.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

Leave a Comment