CONTOH SOALAN UKKM MRSM 2023 (Format Terkini & Contoh Jawapan)

CONTOH SOALAN UKKM MRSM 2023 (Format Terkini & Contoh Jawapan)

CONTOH SOALAN UKKM MRSM 2022 (Format Terkini & Contoh Jawapan )

Anda dah buat semakan lokasi ujian UKKM kepada yang buat permohonan kemasukan ke MRSM tahun 2023 untuk tingkatan 1 dan 4?

 

APA ITU UKKM?

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Untuk pengambilan pelajar MRSM Tahun Enam dan pelajar Tingkatan 3 yang berminat untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) diwajibkan menduduki ujian ini.

 

KTITERIA KEMASUKAN PELAJAR MRSM

Kriteria utama bagi penilaian dan pemilihan pelajar MRSM adalah wajib lulus Ujian dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan Sistem Pengiraan Status Sosio Ekonomi (SES).

MARA masih mengekalkan dasar sedia ada iaitu sekurang-kurangnya 60 peratus daripada jumlah pengambilan dalam kalangan golongan B40.

 

SEMAKAN PELAJAR UNTUK MENDUDUKI UKKM

Berikut adalah merupakan pautan bagi semakan status tawaran menduduki ujian UKKM:

 

SENARAI UJIAN UKKM

Terdapat empat subjek atau ujian yang perlu diambil oleh pemohon serta mendapat keputusan sekurang-kurangnya lulus setiap satu ujian yang diduduki iaitu:

  1. Ujian Ukkm Ulul Albab
    • Bagi pemohon yang memohon Ulul Albab, anda dikehendaki menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan.Untuk makluman keutamaan akan diberi kepada pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
  2. Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM(UKKM)
    • Kepada pelajar yang layak menduduki ujian UKKM,berikut adalah maklumat yang berkaitan dengan ujian UKKM:
  3. Ujian Kecenderungan KEMASUKAN MRSM(UKKM) Tingkatan 1
    • Bagi calon Tingkatan 1, Soalan merangkumi subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris Tahap II sekolah rendah.
  4. Ujian Kecenderungan KEMASUKAN MRSM(UKKM) Tingkatan 4
    • Bagi calon Tingkatan 4, Soalan merangkumi subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris peringkat menengah rendah.

 

FORMAT SOALAN UKKM MRSM

Berikut merupakan perincian format mengikut subjek yang dikongsikan oleh MARA bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4:

  1. Soalan UKKM Matematik
    • Masa diperuntukan adalah 30 minit
    • Jumlah soalan Matematik adalah 20 soalan yang berbentuk objektif
  2. Soalan UKKM Bahasa Inggeris
    • Masa yang disediakan adalah selama 30 minit
    • 15 soalan objektif
  3. Soalan UKKM Sains
    • 30 minit diperuntukkan untuk menjawab
    • 30 soalan berbentuk objektif
  4. Soalan UKKM Ujian Keperibadian
    • 100 soalan objektif yang perlu dijawab
    • Masa 30 minit
  5. Ujian UKKM Khas Ulul Albab Tingkatan 1
    • 35 minit
    • Khusus untuk calon yang memohon program Ulul Albab, anda diwajibkan untuk menduduki ujian hafazan dan tulisan jawi.
    • Berikut adalah contoh ujian hafazan :
      • Menghafaz ayat-ayat hafazan dalam masa 25 minit
      • Kelancaran, tajwid dan hafazan.
    • Contoh Hafazan wajib pada tahun sebelum ini adalah Ayat 1 hingga 12 Surah Al Mulk.

 

CONTOH SOALAN UKKM MRSM

Berdasarkan carian kami, sukar untuk mendapatkan contoh soalan UKKM MRSM disebabkan soalan adalah sulit dan tidak didedahkan kepada umum. Tetapi berikut adalah merupakan contoh soalan :

  1. Contoh Soalan Matematik UKKM
    • Seorang petani mempunyai 100 ekor lembu dan ayam. Jumlah kesemua kaki binatang ialah 250. Berapa ekor ayam yang ada?
  2. Contoh Soalan Sains UKKM
    • Ia lebih kepada Pengetahuan Am. Sekiranya pelajar memang suka membaca dan menonton dokumentari, memang mudah untuk menjawab soalan ini.
    • Soalan Sains tidaklah melibatkan fakta atau terlalu direct. Ia lebih bertanya ke arah:
      • Apa yang akan terjadi?
      • Apa yang kita perlu buat?
  3.  Contoh Soalan Ujian Keperibadian UKKM
    • Ujian Keperibadian adalah lebih kepada personaliti diri.
    • Pelajar perlu menjawab soalan yang lebih terarah kepada ciri-ciri pelajar yang memang MRSM mahukan.
    • Contohnya pelajar yang ke arah sains, teknologi dan mempunyai sifat kepimpinan.
  4. Contoh Soalan Ulul Albab UKKM
    • Pelajar akan diberikan ayat-ayat untuk dihafal
    • Masa yang diberikan adalah 25 minit sahaja
    • Contoh ayat hafazan yang diberikan pada tahun-tahun sebelum ini ialah Surah Al-Mulk ayat 1 hingga 12
    • Penilaian akan dibuat berdasarkan kelancaran membaca Al-Quran, tajwid dan juga hafazan itu sendiri
    • Ujian Khas Ulul Alab untuk setiap pelajar ialah selama 35 minit sahaja dan perlu mengikut giliran

 

TARIKH PELAKSANAAN UKKM

Ujian ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada September 2022 sehingga Disember 2022 bagi Tingkatan 1 dan 4 di pusat-pusat ujian terpilih. Jemputan untuk menduduki Ujian ini dilaksanakan secara berperingkat dan calon akan dimaklumkan melalui SMS dan emel

 

PERINGATAN KEPADA CALON UKKM

  • Tempoh ujian adalah selama 2 jam merangkumi 4 subjek
  • Ujian akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan dalam sistem permohonan
  • Ujian akan diadakan di antara bulan September hingga Disember 2022
  • Pilihan tempat melalui sistem permohonan MyMRSM
  • Sila bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan sijil kelahiran pemohon, borang pengesahan pendapatan (jika perlu), borang pengesahan FELDA (jika perlu) dan slip menduduki ujian
  • Pemohon akan dimaklumkan berkaitan Ujian melalui SMS/ e-mel dan pemohon diminta untuk menyemak maklumat tersebut melalui sistem semakan.

 

SEMAKAN TARIKH, MASA & TEMPAT UJIAN UKKM MRSM 

  • Semakan bagi sesi 2023 boleh dibuat mulai pada 23 November 2022 pada jam 12.30 Tengah Hari
  • Semakan bolej dibuat melalui Portal Rasmi Mara serta akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang didaftarkan semasa permohonan.

 

CARA SEMAKAN UKKM MRSM

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan

Cara Buat Semakan UKKM Bagi Tingkatan 1

  • Layari laman web rasmi UKKM MRSM di http://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF1/ (laman web akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan)
  • Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk
  • Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan

Cara Buat Semakan UKKM Bagi Tingkatan 4

  • Layari laman web rasmi MRSM di sini: https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF4/ (laman web akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan)
  • Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk
  • Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan

 

TARIKH UJIAN SESI PERTAMA UKKM MARA 2023

Calon-calon yang telah mengisi secara lengkap permohonan akan dipanggil untuk menduduki ujian sesi pertama secara berperingkat bermula 27 November hingga 16 Disember ini.

PERTUKARAN TARIKH, MASA & TEMPAT UJIAN UKKM MRSM

Kepada calon adalah tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pertukaran tarikh, masa dan tempat ujian yang telah ditetapkan itu nanti.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sebarang pertanyaan atau maklumbalas boleh emel kepada [email protected] Jika anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila rujuk

 

ARTIKEL LAIN 

RAYUAN MRSM :SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN TINGKATAN 1 & 4

107 thoughts on “CONTOH SOALAN UKKM MRSM 2023 (Format Terkini & Contoh Jawapan)”

Leave a Comment