SET PRIMARY ACCOUNT MAE(Jika eMadani Tak Boleh Guna)
Pada masa kini, penggunaan eWallet amat memduahkan dan sangat pantas. Jika anda pelanggan Maybank, seharusnya akan anda menggunakan eWallet MAE. Jika anda mempunyai lebih dari satu akaun MAE, semestinya anda perlu tetapkan salah satu akaun tersebut sebagai primary untuk digunakan sebagai eWallet. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk set primary account MAE, semoga membantu
Apa Itu MAE
“Maybank, Anytime, Everyone” (MAE) adalah e-Wallet, yang membolehkan pelanggan membuka akaun Maybank eWallet dengan serta-merta di bawah Kerangka Pemindahan Kredit Interoperable (ICTF) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 2018.
Muat Turun Aplikasi MAE
Pelanggan Maybank boleh mengeluarkan duit tanpa menggunakan kad menerusi aplikasi Maybank MAE:
- Play Store bagi penggunan Android
- Apple Store bagi pengguna IOS
Kelebihan Guna MAE
Berikut adalah merupakan kelebihan menggunakan MAE Maybank:
- Senang digunakan
- Hantar dan terima wang
- Jejak setiap sejarah transaksi
- Sahkan transaksi melalui Secure2u
- Tubuhkan tabung untuk simpanan
- Jejak perbelanjaan dengan Expenses
- Split bill
- Pautkan kad kesetiaan
- Kadar penukaran mata wang asing yang lebih baik dengan kad MAE
Cara Set Primary Account Dalam eWallet MAE
Kepada anda yang ingin tetapkan akaun primary dalam eWallet MAE, berikut adalah merupakan caranya:
- Buka aplikasi MAE dan log masuk akaun anda
- Pada paparan utama klik pada menu Accounts
- Sahkan akaun anda dengan menggunakan kod PIN atau Fingerprint
- Paparan akan menunjukan senarai akaun Maybank2u anda. Anda boleh melihat primary account yang telah ditetapkan pada senarai tersebut yang mempunyai ikon dompet yang tersenarai pada bahagian atas sekali.
- Untuk menukar akaun MAE Wallet sebagai primary, klik pada akaun tersebut kemudian scroll sedikit ke bawah pada bahagian Manage dan pada ruangan Set as Primary, leretkan ke kanan untuk aktifkan akaun tersebut sebagai primary
- Paparan pengesahan akan tertera, klik sekali lagi pada akaun MAE Wallet yang ingin disetkan primary (pastikan akan bertanda right) dan klik Confirm.
- Selesai, anda telah berjaya setkan akaun MAE Wallet tersebut sebagai primary.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai MAE Maybank, sila layari https://www.maybank2u.com.my/mae
Artikel Lain: