CARA DAFTAR SHOPBACK (Tukar No Hp Email Pindah Duit Ke Bank)
Semestinya kita biasa dengar tentang Cashback. Bila kita cakap tentang pulangan semula wang pembelian atau CASHBACK, Shopback merupakan suatu aplikasi yang berkonsepkan Affiliated Platform dengan menghimpunkan barisan e-commerce players kegemaran anda. Bagaimana cara untuk daftar dan tranfer duit tersebut ke bank? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU SHOPBACK
ShopBack adalah sebuah laman web dan aplikasi yang memberi pulangan tunai apabila pengguna berbelanja secara online dengan rakan kongsi Shop Back. Ia berfungsi sebagai perantara untuk peniaga dalam talian, di mana kami akan mendapat komisen untuk setiap pembelian yang dibuat melalui Shop Back, dan jumlah komisen itu dipulangkan kepada pelanggan kami dalam bentuk Cashback. Ini mewujudkan masyarakat yang lebih pintar dalam membuat permbelian dalam talian, dan mereka boleh meningkatkan penjimatan seiring dengan perbelanjaan yang dibuat.
MUAT TURUN APLIKASI SHOPBACK
Bagi memudahkan anda menggunakan shop back, anda seharusnya memuat turun aplikasi ini di handphone anda terlebih dahulu.
CARA DAFTAR SHOPBACK
Untuk menggunakan shop back ini, anda seharusnya daftar terlebih dahulu. Berikut adalah cara daftar shop back.
- Buka aplikasi Shop back anda atau layari pautan Shop back
- Pada pop up referel, Masukkan kode OiKPAq dan klik Continue untuk dapatkan RM5
- Seterusnya Klik pada butang Log Masuk/Daftar.
- Pastikan pada YOU ARE IN – pilih MALAYSIA
- Daftar untuk akaun ShopBack melalui:
- Alamat e-mel anda (dengan mengklik “gunakan alamat e-mel”) atau
- Aakaun Facebook anda (dengan mengklik butang “Facebook”).
- Seterusnya masukkan nama dan no.tel anda yang sah. Kemudian, klik Sign Up.
- Masukkan Kod Verification yang diterima.
- Kemudian ciptakan Kata Lalaun yang anda inginkan.
- Setelah anda selesai daftar, anda dikehendaki sahkan akaun ShopBack anda dengan mengklik pada pautan dalam e-mel yang diterima.
- Sekiranya dah sah alamat email anda, seterusnya lengkapkan pula Personal Info.
- Selesai
CARA LOGIN SHOPBACK
Setelah proses pendaftaran selesai, berikut adalah merupakan cara login:
- Jika anda mendaftar untuk akaun menggunakan alamat e-mel:
- Pilih ‘Use email address’.
- Masukkan alamat e-mel dan kata laluan anda dan klik ‘Sign in’.
- Jika anda telah mendaftar untuk akaun menggunakan Facebook:
- Pilih “Continue with Facebook”.
CARA TUKAR ALAMAT EMEL SHOPBACK (Change Email Address)
Keapda anda yang ingin menukar alamat email akaun anda, berikut adalah merupakan caranya:
- Buka aplikasi Shop back anda atau layari pautan Shop back dan log masuk akaun anda
- Pada paparan utama klik pada Account
- kemudian klik pada Account & Security > Klik pada Personal Info
- Pada bahagian Basic info, klik pada bahagian Email lama anda
- kemudian sahkan akaun tersebut milik anda dengan kllik pada Verify With Email
- Anda akan menerima kod pengesahan melalui email lama anda tersebut. Masukkan kod tersebut pada ruangan tersedia
- Kemudian anda dikehenadki untuk mengisi alamt email baharu anda. setelah siap klik pada Next
- Anda akan menerima email daripada Shop Back di email baru anda. Buka email tersebut dan klik pada Confirm Your Email bagi pengesahan email anda.
- Selesai, anda telah berjaya menukar email anda
CARA KELUARKAN DUIT ATAU WITHDRAW CASHBACK DARI SHOPBACK KE AKAUN BANK (Transfer To Bank Account)
Sekiranya anda ingin withdraw cashback yang anda perolehi, berikut adalah merupakan caranya:
- Buka aplikasi Shop back anda atau layari pautan Shop back dan log masuk akaun anda
- Pada paparan utama klik pada Account
- Seterusnya klik pada Withdraw
- Kemduian isikan sahaja jumlah amaun atau duit yang anda ingin keluarkan berdasarkan jumlah cashback anda terkumpul. Minimum untuk pengeluaran adalah RM10 dan terhad sehingga RM300 bagi satu transaksi
- Anda boleh memilih untuk gunakan akaun bank yang telah didaftarkan dalam Shop Back. Sekiranya anda ingin menggunakan akaun bank lainboleh klik pada Manage
- Setelah selesai klik pada Withdraw. Bagi pengesahan transaksi, klik pada Verify Via Mobile Number.
- Anda akan menerima kod pengesahan secara SMS. Masukkan kod tersebut pada ruangan tersedia
- Selesai, proses withdraw anda telah berjaya. proses ini akan mengambil masa antara 3 hingga 5 hari bekerja untuk duit tersebut masuk ek akaun bank anda
CARA TUKAR NOMBOR TELEFON DI APP SHOPBACK
Keapda anda yang ingin menukar no telefon akaun anda, berikut adalah merupakan caranya:
- Buka aplikasi Shop back anda atau layari pautan Shop back dan log masuk akaun anda
- Pada paparan utama klik pada Account
- kemudian klik pada Account & Security > Klik pada Personal Info
- Pada bahagian Basic info, klik pada bahagian No telefon lama anda
- Kemudian pada bahagian Security Verification, masukkan no telefon lama anda dan juga kata laluan pada ruangan tersedia. Setelah lengkap klik Next
- Kemudian masukkan no telefon baru anda dan klik Next
- Anda akan menerima kod pengesahan secara SMS melalui no telefon baru anda. Masukkan kod tersebut pada ruangan tersedia
- Selesai, anda telah berjaya menukar no telefon anda
SOALAN LAZIM (FAQ) SHOPBACK
Nombor telefon bimbit saya sudah wujud. Apa yang perlu saya buat?
- Oops! Ini berlaku apabila nombor telefon bimbit anda telah didaftarkan untuk akaun lain. Setiap nombor telefon hanya boleh ditetapkan untuk satu akaun Shop Back.
Apa perlu saya buat jika saya masih tidak dapat menerima OTP
- Jika anda tidak menerima OTP semasa mendaftar, jangan risau! Kadang-kala, ia disebabkan oleh kawasan-kawasan dengan penerimaan yang kurang baik, masalah peranti mudah alih, atau kesesakan trafik rangkaian.
Adakah terdapat Cashback bonus bagi pendaftaran baru?
- Ya, anda boleh mendapat bonus Cashback jika anda mendaftar untuk akaun Shop Back dengan pautan rujukan yang disediakan oleh pengguna Shop Back sedia ada (di bawah program Refer-A-Friend).
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai cara daftar Shop back, anda boleh layari pautan soalan lazim (FAQ)
ARTIKEL LAIN
- CARA DAFTAR DMP AKPK (Baiki Scor Kredit/Struktur Semula Pinjaman Pelanggan)
2 thoughts on “CARA DAFTAR SHOPBACK (Tukar No Hp Email Pindah Duit Ke Bank)”