PERMOHONAN PROGRAM SIJIL VETERINAR MALAYSIA KEMASUKAN TAHUN 2023

PERMOHONAN PROGRAM SIJIL VETERINAR MALAYSIA KEMASUKAN TAHUN 2023

SIJIL VETERINAR MALAYSIA

Kepada pelajar yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia, anda berpelunag untuk mengikuti proram Sijil Veterinar Malaysia (SVM). Kepada pelajar yang berminat untuk menyertai porogram ini, disini kami akan kongsikan caranya.

 

APA ITU SIJIL VETERINAR MALAYSIA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengiktiraf kelayakan Sijil Veterinar yang dikeluarkan oleh Institut Veterinar Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar mulai 01 Januari 2004 sebagai setaraf dengan kelayakan Sijil Institut Pertanian dari Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian Sabah dan Jabatan Pertanian Sarawak.

Selaras dengan pengiktirafan tersebut, perbekalan syarat lantikan skim perkhidmatan Pembantu Veterinar diubah sewajarnya bagi memasukkan kelayakan Sijil Veterinar sebagai syarat lantikan yang baru.

 

SYARAT KELAYAKAN SIJIL VETERINAR 

Pengambilan dibuat berdasarkan syarat-syarat kelayakan berikut:

  1. Warganegara Malaysia berumur di antara 19 hingga 25 tahun (hingga 30 tahun bagi pegawai kerajaan) pada masa kursus dipohon.
  2. Berkelulusan SPM atau SPVM atau yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti berikut:
  3. Lulus dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan);
  4. Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris;
  5. Lulus dalam mata pelajaran Matematik;
  6. Kepujian dalam salah satu pelajaran berikut:
    1. Sains, Sains Pertanian, Geografi, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Pengeluaran Ternakan, Pengeluaran Tanaman, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteran Ladang, Pengurusan Ladang, Ekonomi Rumah tangga, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Teknologi Bengkel Mesin, Kerja Menggegas dan Memesin, Prinsip Perniagaan, Asas Perakaunan, Perniagaan dan Keusahawanan, Teknologi Katering, Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan, Asas Pemprosesan Maklumat;
  7. Berjaya dalam temu duga yang dijalankan;
    1. Belum berkahwin (kecuali pegawai kerajaan)
    2. Sihat tubuh badan.

 

PROSPEK KERJAYA

Pelatih lepasan Institut Veterinar Malaysia berpeluang untuk bekerja sama ada di sektor awam atau swasta atau menjadi usahawan ternak. Golongan ini juga berpeluang untuk menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau swasta. Bidang-bidang pekerjaan yang boleh diceburi adalah seperti berikut:

  • Perladangan
  • Pemprosesan
  • Agro Pelancongan

JANGKAMASA SIJIL VETERINAR

  • Kursus ini mengambil masa selama dua (2) tahun di mana pelajar akan diberikan kuliah dan latihan amali secara intensif.
  • Semasa menjalankan program latihan ladang di hujung Semester 4 pelajar akan diberikan pendedahan kepada pengurusan ladang-ladang ternakan JPV dan swasta yang akan ditentukan oleh Institut.
  • Kursus ini dijalankan sepenuh masa dan merangkumi 64 jam kredit untuk dianugerahkan Sijil Veterinar.

 

TARIKH PERMOHONAN SIJIL VETERINAR MALAYSIA

Permohonan telah mula dibuka dan tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Januari 2023.

 

LOKASI SIJIL VETERINAR MALAYSIA

Tempat latihan dan kemudahan bagi pelaksanaan program ini adalah bertempat di Institut Veterinar Malaysia, Kluang Johor.

 

TEMPAT LATIHAN SIJIL VETERINAR MALAYSIA

  • Kursus ini dijalankan di Institut Veterinar Malaysia, Kluang, Johor.
  • Tempat penginapan dan makanan disediakan.

 

KADAR ELAUN SIJIL VETERINAR MALAYSIA

  • Elaun bulanan sebanyak RM 200.00 akan diberikan. (hanya kepada pelajar bukan daripada kakitangan DVS)

 

CARA PERMOHONAN SIJIL VETERINAR MALAYSIA

Sekiranya anda berminat untuk menyertai program ini, berikut adalag merupakan cara permohonan:

  • Borang permohonan boleh didapati di:
    • Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar, Aras 2, Wisma Tani, Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62630 Putrajaya
    • Institut Veterinar Malaysia, Kluang atau di Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri
  • Anda juga boleh memuat turun Borang Permohonan Kursus Sijil Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan hantarkan borang permohonan yang telah lengkap diisi kepada:
    • Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Aras 2, Wisma Tani, Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62630 Putrajaya; atau
    • Institut Veterinar Malaysia, Beg Berkunci 520 KM 13, Jalan Batu Pahat, 86009 Kluang Johor.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai program sijil veterinar, sila layari laman website rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar di pautan https://www.dvs.gov.my

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN PROGRAM SIJIL PERTANIAN MALAYSIA 2022

1 thought on “PERMOHONAN PROGRAM SIJIL VETERINAR MALAYSIA KEMASUKAN TAHUN 2023”

Leave a Comment