SIMPAN SSPN ONLINE(BUKA AKAUN & SEMAKAN BAKI PENYATA)

SIMPAN SSPN ONLINE(CARA BUKA AKAUN & SEMAKAN BAKI PENYATA SIMPAN SSPN PRIME & PLUS)

SIMPAN SSPN ONLINE (CARA BUKA AKAUN & SEMAKAN BAKI PENYATA SIMPAN SSPN PRIME & PLUS)

Kepada ibubapa  yang ingin buka akaun SIMPAN SSPN untuk anak, anda kini boleh daftar SSPN online.

Sebelum membuka akaun SIMPAN SSPN,anda perlu tahu perbezaan antara SSPN Prime dan SSPN Plus, di sini kami kongsikan maklumat lanjut untuk memudahkan ibu bapa membuat pilihan.

APA ITU SSPN PRIME?

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime yang dahulunya dikenali sebagai SSPN-i telah mula diperkenalkan pada tahun 2004. Produk simpanan jangka panjang ini bertujuan untuk memupuk sifat menabung dikalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil lagi disamping menawarkan pelbagai manfaat istimewa seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan taksiran cukai pendapatan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian.

 

APA ITU SSPN Plus?

SSPN Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.

SSPN Plus mengguna pakai konsep simpanan bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

 

APAKAH PERBEZAAN AKAUN SSPN-i / SSPN-i Plus?

Secara ringkasnya, kedua-dua merupakan simpanan masa depan yang berbaloi untuk anak-anak.

Namun SSPN Prime berbeza dengan SSPN Plus kerana SSPN Plus menyediakan skim perlindungan yang lebih meluas dan komitmen bulanan yang  tetap.

Pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Pakej Intan: RM30 / sebulan
  • Pakej Delima: RM50 / sebulan
  • Pakej Topas: RM 100 / sebulan
  • Pakej Zamrud: RM 200 / sebulan
  • Pakej Nilam: RM300 / sebulan
  • Pakej Berlian: RM500 / bulan

 

KELEBIHAN DAFTAR AKAUN SSPN UNTUK ANAK

  • Simpanan dijamin kerajaan.
  • Pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000.
  • Pemberian dividen yang konsisten. SSPN memberikan dividen sebanyak 4% sejak beberapa tahun lepas.
  • SSPN menyediakan takaful, pampasan kematian, manfaat penyakit kritikal, khairat kematian dan elaun hospital.
  • Pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, kepada pendeposit yang mempunyai anak menyambung pengajian di IPT.
  • Layak memohon pinjaman PTPTN
  • Cabutan dan promosi yang memberikan hadiah lumayan kepada pendeposit.

CARA DAFTAR AKAUN SIMPAN SSPN ONLINE

  1. Buka Laman Web: https://lovesspn.ptptn.gov.my/
  2. Pilih Skim / Pakej
    1. SSPN Prime
    2. SSPN Plus
  3.  Bagi SSPN-i Plus*, pilih pakej simpanan bulanan yang ditawarkan seperti:
    1. Dimaklumkan bagi tujuan pembukaan akaun SSPN-i Plus, pendeposit perlu membuat 2 bulan deposit mengikut pakej dan perlu mengisi Borang Potongan Gaji / Auto Debit.
    2. Syarat wajib mengisi Borang Potongan Gaji /Auto Debit ini dikecualikan kepada pendeposit yang membuat bayaran ke hadapan 6 bulan ke atas.
  4. Isi Maklumat Anak / Peribadi
  5. Pilih Kaedah Potongan Anda boleh memilih cara membuat bayaran bulanan dan menghubungkan akaun bank dengan SSPN.
  6. Fahami terma dan syarat yang ditetapkan. Klik ‘Setuju’.
  7. Buat Bayaran, masukkan minima deposit ke dalam akaun tersebut. (Untuk SSPN Prime penambahan minimum RM20 tanpa komitmen manakala untuk SSPN Plus mengikut pakej serendah RM30 sebulan)
  8. Pilih bank yang di sediakan untuk membuat pembayaran pendaftaran.
  9. Maklumat pengesahan akan dipaparkan untuk rujukan.
  10. Selepas daftar SSPN online ini, anda boleh membuat penambahan deposit, pengeluaran deposit, semakan penyata atau penyata pelepasan cukai secara online.

 

SEMAKAN BAKI PENYATA SSPN Prime

  • Layari pautan SSPN Prime
  • Isi maklumat diperlukan,kemudian klik DAFTAR
  • Log masuk guna no MyKad pendeposit dan kata laluan untuk semak baki penyata SSPN Prime

SEMAKAN BAKI PENYATA SSPN-i Plus

  • Layari pautan SSPN Plus
  • Isi maklumat diperlukan,kemudian klik DAFTAR
  • Log masuk guna no MyKad pendeposit dan kata laluan untuk semak baki penyata SSPN Plus

 

SOALAN LAZIM SIMPAN SSPN-i / SSPN-i Plus

Untuk mendapatkan soalan lazim tentang SSPN-i / SSPN-i Plus,sila buka pautan dibawah:

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Ingin ketahui maklumat tambahan, layari www.lovesspn.com.

Talian hotline SSPN: 03-2193 3000

Anda juga boleh mendapatkan info terkini melalui Facebook rasmi SSPN di https://www.facebook.com/sspnrasmi/

Leave a Comment