DIVIDEN ASB ASN 2022 (SEMAKAN JUMLAH KADAR PENDAPATAN DIVIDEN & BONUS)

DIVIDEN ASB ASN 2022 (SEMAKAN JUMLAH KADAR PENDAPATAN DIVIDEN & BONUS)

DIVIDEN ASB ASN 2020SEMAKAN JUMLAH KADAR PENDAPATAN DIVIDEN & BONUS

 

Kepada pelabur Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) akan mengumumkan agihan pendapatan (dividen) dan bonus berkadaran sen seunit untuk tabung Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta Amanah Saham Nasional (ASN) bagi setiap tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021

Unit yang dilaburkan semula daripada dividen dan bonus tersebut akan dikredit ke dalam akaun pemegang unit pada awal tahun berikutnya iaitu 2022

Nak buat urusan ASB secara online jer? Rujuk CARA DAFTAR ASB & PENGELUARAN ASB ONLINE

 

APA ITU ASB?

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan satu bentuk pelaburan terbaik bagi kaum bumiputera yang mahu mencari sebuah instrument simpanan yang lebih efisyen dan pelaburan jangka panjang dengan risiko paling rendah.

 

KADAR JUMLAH PENGAGIHAN PENDAPATAN (DIVIDEN) DAN BONUS ASB & ASN TAHUN 2022

Jumlah kadar pengagihan pendapatan (Dividen) dan Bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta kadar pendapatan ASN bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 dijangka akan diumumkan selewat-lewatnya pada minggu terakhir Disember 2021.

 

KADAR DIVIDEN ASB ASN 2022

Jumlah dividen ASB untuk tahun 2022 adalah 4.60 sen seunit + bonus tambahan 0.50 sen seunit (terhad untuk 30,000 unit pertama).

 

TARIKH PENANGGUHAN URUSNIAGA ASB DAN ASN 2022

Berikut adalah Tarikh Penangguhan Urusniaga ASB dan ASN 2022:

  • Tempoh Penangguhan
    • myASNB, Platform Digital, kaunter ASNB & Ejen: 22-31 Disember 2022
    • Transaksi Penukaran (yang melibatkan ASB): 21-31 Disember 2022
  • Tujuan Penangguhan : Pengiraan Pengagihan Pendapatan Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2022
  • Pembukaan Semula Urus Niaga
    • myASNB, Platform Digital & Kiosk: 1 Januari 2023
    • kaunter ASNB & Ejen: 3 Januari 2023
  • Tarikh akhir Urusniaga: Penerimaan urusniaga melalui cek adalah pada 14 Disember 2022

 

KEMASKINI MAKLUMAT PEMEGANG UNIT

Bagi membolehkan Pemegang Unit membuat urus niaga dalam talian serta menerima penyata secara elektronik, Pemegang Unit adalah dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat nombor telefon bimbit serta alamat e-mel di ejen-ejen atau cawangan ASNB.

 

Maklumat Penting:

  • Penghantaran penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan/atau laporan interim bagi kesemua tabung unit amanah ASNB adalah secara elektronik kepada semua Pemegang Unit.  Penyata pengagihan pendapatan akan dihantar ke alamat e-mel yang berdaftar dengan ASNB, manakala laporan tahunan dan/atau laporan interim boleh diakses melalui laman web ASNB www.asnb.com.my.
  • Pemegang Unit/penjaga berdaftar boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Penyata Pengagihan Pendapatan secara fizikal dengan menghadirkan diri ke cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara atau dengan melaksanakan cetakan layan diri melalui ASNB Portal www.myasnb.com.my

Perlukan duit lebih?baca CARA PENGELUARAN RM500 SEBULAN DARIPADA ASB

 

CARA KIRA DIVIDEN ASB 2022

Berikut adalah cara kira dividen ASB 2022 :

  1. Dapatkan dahulu Baki Minimum Bulanan (BMB). Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1hb sehingga hujung bulan. Dapatkan BMB untuk 12 bulan, bermula dari tahun Januari sehingga bulan Disember.
  2. Setiap jumlah BMB bagi 12 bulan dicatatkan. Kemudian, campurkan kesemua BMB untuk 12 bulan tersebut.
  3. Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan, ataupun nama lainnya Baki Minimum Tahunan.
  4. Kemudian, darabkan Baki Minimum Tahunan dengan kadar dividen/bonus.

CONTOH 1

Katakan pada 1/1/2021, anda simpan dalam ASB sebanyak RM12,000 (Jan sehingga Dis) dan tiada lagi simpanan selepas itu.

Cara kiraannya adalah seperti berikut

  • = RM12,000 X 12 bulan / 12 bulan x Jumlah Dividen (Contohnya 5.00%)
  • = RM600

CONTOH 2

Katakan anda simpan RM1,000 setiap bulan pada 1 haribulan selama setahun. Dan jumlah simpanan pada Disember adalah RM12,000.

Jadi cara kiraannya adalah seperti berikut :

  • = RM1K (Baki min Jan) + RM2K (Baki min Feb) + RM3K (Baki min Mar) + RM4K (Baki min Apr) + RM5K (Baki min May) + RM6K (Baki min Jun) + RM7K (Baki min Jul) + RM8K (Baki min Aug) + RM9K (Baki min Sep) + RM10K (Baki min Oct) + RM11K (Baki min Nov) + RM12K (Baki min Dec)
  • = (RM78,000 / 12) X 5.00% = RM325

NOTA:

  • Dividen akan lebih banyak kita akan dapat jika kita simpan lump sum berbanding kita simpan sedikit-sedikit setiap bulan.
  • Ini adalah salah satu initiatif PNB untuk pastikan simpanan kita kekal dan tak galakkan kita sentiasa membuat pengeluaran.
  • Itu sebabnya cara kira dividen ASB adalah berdasarkan baki minimum bulanan.
  • Jadi kalau kita buat pengeluaran, secara automatik baki simpanan kita akan berkurang.

 

SEMAKAN DIVIDEN ASB 2022 ONLINE

Kini kita dah tak perlu beratur di kaunter untuk mendapatkan penyata atau semak baki ASB. Untuk membuat semakan dividen dan bonus, kita boleh melakukannya secara online saja melalui Portal myASNB.

myASNB adalah sebuah portal dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

Berikut adalah cara membuat semakan ASB online

  1. Daftar / Login myASNB (Pastikan nombor telefon telah dikemaskini untuk mendaftar pertama kali)
  2. Senarai Portfolio Pelaburan akan dipaparkan
  3. Semak Penyata Kewangan dan pilih Tahun Kewangan
  4. Boleh cetak atau save dalam PDF untuk rujukan

 

CARA KIRA ZAKAT ASB

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (Bil 3/2017) telah memutuskan bahawa hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus mengikut parameter yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS pada 15 September 2017 telah memutuskan bahawa zakat, dikeluarkan ke atas pelaburan yang patuh syarak sahaja. Namun sekiranya pembayar ingin,membayar-jumlah penuh, bahagian yang tidak patuh syariah boleh diterima tetapi ia perlu dimasukkan ke dalam akaun Baitulmal.

 

ZAKAT DIVIDEN ASB 2022

Ringkasan kadar pelaburan patuh syariah ASNB bagi setiap tahun kewangan adalah seperti jadual berikut:

Kaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi sesuatu tahun hendaklah mengikut kada peratusan patuh syariah bagi tahun kewangan berkaitan. Perkara ini berkuatkuasa mulai 12 Mei 2020.

Walau bagaimanapun, bagi bayaran zakat ASB tahun 2016 dan sebelumnya, maka fatwa terdahulu digunakan, iaitu hendaklah ditolak semua pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) ASB berkenaan, dan zakat hanya dikenakan ke atas pokok pelaburannya sahaja.

 

CONTOH PENGIRAAN ZAKAT ASB 2022

Contoh : Pokok + (pendapatan x *74.5% ) = ….. x2.5% = Zakat

*Nilai boleh berubah dari masa ke semasa

1 thought on “DIVIDEN ASB ASN 2022 (SEMAKAN JUMLAH KADAR PENDAPATAN DIVIDEN & BONUS)”

Leave a Comment