SISPPA 2.0:DAFTAR,LOGIN & SEMAKAN SISTEM PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM
APA ITU SISPPA 2.0?
SISPPA adalah singkatan bagi Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam. SISPPA kini telah dinaiktaraf menjadi SISPPA 2.0.
CARA DAFTAR SISPPA 2.0
Bagi mereka yang belum mendaftar, bolehlah membuat pendaftaran dengan layari laman : https://sisspa.moe.gov.my
Anda boleh rujuk terlebih dahulu manual pengguna yang disediakan.
Jika anda tidak mempunyai akaun pada sistem SISPPA 2.0 ini, anda boleh daftar dengan cara berikut:
- Layari https://sisppa.moe.gov.my
- Masukkan nombor IC anda pada ruangan yang disediakan.
- Jika tertulis tiada data, anda diminta untuk terus hubungi pentabdir sistem melalui emel.
- Sertakan nama penuh anda, nombor IC dan jawatan.
- Senarai pentadbir boleh dilihat di sini.
CARA LOGIN SISPPA 2.0
LOGIN SISPPA (bagi Pengguna Sedia Ada)
- Jika anda pengguna sedia ada, login dengan klik log masuk dan masukkan nombor kad pengenalan.
- Anda boleh gunakan maklumat login seperti di dalam SISPPA 1.0 tanpa perlu isi ruang emel.
- Anda akan diminta untuk menukar kata laluan buat pertama kali login.
NOTIS MAKLUMAN
Tarikh Permohonan Bagi Menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam(Ppa) Kementerian Pendidikan Malaysia(Kpm) Sesi 1 Tahun 2022
6 Disember 2021 hingga 31 Januari 2022
CARA PERMOHONAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM(PPA) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA(KPM) SESI 1 TAHUN 2021
- Layari https://sisppa.moe.gov.my
- Sebarang pertayaan,sila rujuk: Unit Peperiksaan Perkhidmatan,Cawangan Latihan dan Kompetensi,Bahagian Pengurusan Sumber Manusia pada emel berikut:[email protected]
SOALAN LAZIM SISPPA
Bilakah calon boleh membuat permohonan Peperiksaan Perkhidmatan?
Permohonan boleh dibuat melalui SISPPA 2.0 sebelum tarikh tutup yang ditetapkan. Tarikh pendaftaran permohonan akan dimaklumkan di dalam laman SISPPA 2.0
Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan?
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam (SISPPA) http://sisppa.moe.gov.my/login.php.
Calon boleh merujuk kepada Manual Pengguna yang disediakan dalam SISPPA sebagai panduan untuk memohon dan mendaftar. Calon yang berjaya mendaftar permohonan mereka melalui SISPPA perlu mencetak Akuan Permohonan sebagai rujukan dan bukti permohonan.
Berapakah kekerapan Peperiksaan Perkhidmatan dijalankan di Kementerian Pendidikan Malaysia?
Peperiksaan Perkhidmatan dijalankan dua (2) kali (sesi) setahun sepertimana yang ditetapkan dalam Jadual Peperiksaan yang dimuatnaik setiap tahun dalam SISPPA
Jadual Peperiksaan ini adalah tertakluk kepada sebarang perubahan jika ada, yang akan ditentukan oleh Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Apa yang perlu dilakukan oleh calon sekiranya terlupa kata laluan di SISPPA 2.0?
Calon perlu klik Lupa Kata Laluan di Log Masuk Pengguna. Seterusnya, calon perlu mengisi maklumat seperti Nama Penuh dan Nombor Kad Pengenalan kemudian klik Hantar.
Kata Laluan akan dihantar ke emel peribadi calon yang telah diisi oleh calon dalam Modul Peribadi semasa membuat permohonan awal di laman SISPPA 2.0
Apa yang perlu dilakukan oleh calon sekiranya berlaku kesilapan maklumat semasa mendaftar?
Calon boleh membuat pembetulan atau mengemaskinikan maklumat tersebut sebelum tarikh tutup permohonan kecuali maklumat tertentu seperti nombor kad pengenalan.
Selepas tarikh tutup permohonan, calon perlu menghubungi pasukan SISPPA untuk membuat pembetulan atau pindaan maklumat.
Baca tentang Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP)
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk pertanyaan lanjut mengenai SISPPA 2.0, bolehlah emel ke [email protected]