SENARAI PILIHAN RAMAI KUIH RAYA TERBAIK(Harga Sekali)

SENARAI PILIHAN RAMAI KUIH RAYA TERBAIK(Harga Sekali)

KUIH RAYA

Sudah menjadi kebiasaan apabila menjelangnya Hari Raya Aidilfitri yang merupakan sebuah perayaan yang paling dinanti-nantikan oleh pelbagai etnik bukan saja melayu malah Cina, India dan banyak lagi. Aidilfitri juga dikenali sebagai “jamuan keberkatan” kerana orang ramai dapat menikmati pelbagai juadah yang jarang ditemui pada bulan-bulan biasa antaranya Kuih Raya. Disini kami akan kongsikan senarai pilihan kuih raya yang menjadi kegemaran beserta harga, semoga membantu.

 

APA ITU KUIH RAYA

Kuih Raya merupakan salah satu juadah wajib yang digemari ramai semasa menyambut Hari raya aidilfitri. Kuih raya adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai manisan, pastri atau kuih muih yang biasa ditemui pada musim Aidilfitri.

Kebiasaannya, kuih-kuih ini akan dihidangkan di dalam balang kepada tetamu yang berkunjung ke rumah sebagai tanda penghormatan. Memandangkan tetamu bebas menikmati pelbagai juadah yang terhidang, kuih raya kekal sebagai salah satu hidangan paling istimewa semasa Aidilfitri.

 

FAKTOR PENENTUAN KUIHRAYA TEBAIK

Kuih raya yang terbaik menjadi objektif kerana ia bergantung pada citarasa dan pilihan peribadi setiap orang. Namun begitu terdapat beberapa aspek yang harus diperiksa sebelum membuat pembelian iaitu:

    • Harga boleh menjadi sangat mahal terutamanya pada musim Aidilfitri ekoran permintaannya yang tinggi.
    • Dinasihatkan supaya menyusun strategi dan menetapkan kuantiti kuih raya pada setiap balang mengikut jangkaan jumlah tetamu.
  • Bahan utama.
    • Bagi memilih kuih raya yang terbaik, amat penting untuk memilih bahan asas yang anda gemari kerana ia akan menentukan rasa.

 

SENARAI KUIH RAYA TERBAIK 2023

Berikut adalah merupakan antara senarai Kuih Raya terbaik di Malaysia bagi tahun 2023 iaitu:

SENARAI KUIH RAYAKELEBIHANHARGA
Almond LondonKuih yang berbentuk bujur dengan berintikan biji badam, disaluti coklat susu dan dihiasi dengan taburan badam cincang diatasnya. Walaupun tidak dapat dipastikan asal usul namanya, terdapat teori yang paling logik iaitu “Almond Land-On” yang menggambarkan hiasan badam cincang di bahagian atas hidangan tersebut.RM25.00

(45 pcs)

SemperitSemperit atau turut dikenali sebagai “Dahlia” mempunyai tekstur gebu dan rapuh. Pada dasarnya, ia adalah biskut mentega yang berbentuk bunga namun lebih lembut, semperit boleh didapati dengan pelbagai variasi warna dan “topping” menjadikan ia pilihan utama pada musim Aidilfitri.RM13.90

(75 pcs)

Pineapple TartReka bentuk tilam mudah alih ketumpatan Tinggi Dazzler Max 3″Inci yang mempunyai tiga lipatan mengingatkan kita kepada pendekatan tradisional dalam membuat tart nanas. Juadah ini memiliki tekstur rapuh yang unik yang meliputi inti jem nanas.RM30.00

(26 pcs)

SujiSuji atau turut dikenali sebagai “Biskut Arab” merupakan kuih yang berbentuk bulat dan disaluti dengan serbuk gula, ia antara kuih yang ringkas cara pembuatannya. Ia lazimnya akan diletakkan di dalam cawan “muffin” kecil dan bersaiz gigitan. Suji biasanya berwarna putih namun ia juga memiliki pelbagai variasi warna.RM24.00

(80 pcs)

FlorentineKuih ini memiliki tekstur yang sangat rangup dan terdapat banyak kekacang. Jika anda peminat kekacang, florentine adalah pilihan kuih terbaik untuk anda.RM13.50

(23 pcs)

Ombak RinduKuih yang mempunyai tekstur yang rangup bersama coklat putih dan biji badam diatasnya akan membuatkan anda terliur dan menginginkannya.RM42.50

(56 pcs)

Mazola CookieBiskut Mazola atau juga dikenali sebagai “Kacang Mazola” adalah satu lagi hidangan berkacang. Tekstur yang lembut, berderai dan cair didalam mulut menyebabkan anda tidak perlu untuk mengunyah. Kadang kala, biji badam juga diletakkan di atas untuk menjadikannya lebih unik dan menarik.RM10.00

(35 pcs)

Swiss TartSwiss tart mempunyai tekstur yang sedikit rangup dan “topping” yang melekit menjadikannya menarik untuk sesiapa sahaja. Lazimnya, jem strawberi dan ceri akan dijadikan “topping”.RM25.00

(17 pcs)

Batang BurukBatang Buruk sejenis kuih tradisi yang memiliki tekstur yang agak keras dan bentuknya menyerupai kayu balak yang menjadi alasan asal usul namanya. Juadah ini diisi dengan serbuk kacang hijau dan anda juga akan mendapati terdapat serbuk manis yang menyaluti kuih Batang buruk.RM10.00

(400  gram)

Honey CornflakesCornflakes Madu juga merupakan kuih yang mudah untuk disediakan. Dengan bahan dan masa yang minimum, anda dapat menikmati juadah manis dan rangup ini sepantas 30 minit sahaja. Jika anda seorang yang profesional ia mungkin dapat disiapkan dengan lebih pantas.RM10.00

(75 pcs)

NOTA: Kadar harga mungkin berbeza semasa pembelian

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment