SKIM AIR DARUL EHSAN(SADE):Permohonan & Semakan Status Air Percuma

SKIM AIR DARUL EHSAN(SADE):Permohonan & Semakan Status Air Percuma

SKIM AIR DARUL EHSAN(SADE)

Kepada penduduk Selangor, kini Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Program pemberian air percuma iaitu Skim Air Darul Ehsan (SADE) dan juga melibatkan penstrukturan semula industri air di Selangor supaya perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif serta dapat mengurangkan lagi taraf air semasa bagi kemudahan rakyat negeri Selangor.

Bagaimana cara untuk membuat permohonan SADE? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu

 

APA ITU SADE

Skim Air DarulEhsan atau dikenali sebagai SADE adalah program pemberian air percuma daripada kerajaan negeri Selangor. Ia bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat negeri Selangor terutamanya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.

 

SYARAT PERMOHONAN SKIM AIR DARUL EHSAN

Berikut adalah merupakan syarat permohonan SADE:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor
  2. Pendapatan bulanan isi rumah adalah RM5000 ke bawah (suami dan isteri, termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang)
  3. Premis kediaman adalah meter individu
  4. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja

 

Nota:
Pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma di bawah SADE secara automatik sehingga 31 Disember 2024 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).

 

KADAR PEMBERIAN AIR PERCUMA SADE

SADE yang merupakan program penjajaran semula dengan pemberian 20 meter padu air percuma kepada kumpulan sasar di Negeri Selangor untuk golongan yang berpendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

 

TARIKH PERMOHONAN SADE

Permohonan Pendaftaran SADE kini mulai dibuka sehingga 31 Disember 2024.

 

CARA PERMOHONAN SADE

Sekiranya anda memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan, anda boleh membuat permohonan SADE. Terdapat dua kaedah cara membuat permohonan iaitu:

Permohonan SADE Secara Online

  1. Layari pautan permohonan SADE iaitu www.ssipr.selangor.gov.my
  2. Klik Pada Akaun Saya
  3. Bagi pengguna kali pertama, klik pada Daftar Akaun
  4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan:
    • Nama
    • E-Mel
    • No Identiti (No K/P)
    • Kata Laluan
    • Pengesahan Kata Laluan
  5. Setelah lengkap semuanya, klik pada Daftar
  6. Kemudian Log Masuk akaun anda kembali untuk membuat permohonan SADE

 

Permohonan SADE Secara Manual

  1. Muat turun borang permohonan Sade di pautan www.airselangor.com
  2. Hantarkan melalui email ke [email protected]

 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN SADE

Untuk makluman anda, sekiranya permohonan yang berjaya dan tidak berjaya akan dimaklumkan melalui emel atau perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

Tetapi anda juga boleh membuat semakan secara online iaitu:

  1. Layari pautan SADE iaitu www.ssipr.selangor.gov.my
  2. Log Masuk akaun SADE anda
  3. Status permohonan anda akan dipaparkan.

 

RAYUAN PERMOHONAN SADE

Pemohon yang telah mendaftar permohonan Skim Air Darul Ehsan secara atas talian (online) dan berstatus gagal, berikut adalah merupakan cara untuk membuat rayuaj:

  1. Log masuk sistem SSIPR: https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/login
  2. Klik pada Permohonan Rayuan di bahagian bawah papara.
  3. Kemaskini maklumat permohonan yang terkini
  4. Semak kembali, sekiranya tepat klik pada butang Hantar.

 

MAKLUMAT LANJUT 

Untuk maklumat lanjut mengenai cara permohonan dan semakan SADE, anda boleh:

 

ARTIKEL LAIN

BIL AIR ONLINE SELANGOR/KL:CARA DAFTAR LOGIN SEMAK DAN BAYAR BIL(crisportal.airselangor.com)

SEMAK KEPUTUSAN SKIM AIR DARUL EHSAN

Leave a Comment