Isi Kandungan
BIL AIR ONLINE SELANGOR/KL:CARA DAFTAR LOGIN SEMAK DAN BAYAR BIL(crisportal.airselangor.com)
Sekiranya anda warga selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tentu dah kebanyakannya sebelum ini kebiasaannya untuk membuat pembayaran bil air dengan menggunakan Online Banking melalui bank-bank tempatan.
Kini pembayaran semakin lebih mudah dengan membuat pembayaran terus dengan menerusi laman web Air Selangor (crisportal.airselangor.com)
Di artikel ini kami akan kongsikan cara daftar, cara login dan cara pembayaran bil air secara online melaui web Air Selangor
APA ITU AIR SELANGOR
Kerap kali pengguna keliru dengan dua entiti ini. Syabas atau Air Selangor? Sebelum ini, dalam bil air ada logo Syabas. Sekarang, logo Air Selangor pula. Apa bezanya?
Untuk makluman, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) adalah pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air yang melaksanakan aktiviti rawatan dan agihan bekalan air secara holistik kepada pengguna-pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Nama lamanya ialah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).
CARA DAFTAR AIR SELANGOR
Terdapat dua cara untuk mendaftar Air Selangor iaitu:
- Menggunakan Aplikasi
- Download aplikasi Air Selangor di Google Playstore atau App Store
- Klik I Agree
- Full Name: Masukkan Nama Anda
- Email Address: Masukkan alamat emel Anda
- Mobile Phone Number: Masukkan nombor handphone Anda
- IC/Police/Military/Passport.Company Reg No: Masukkan no kad pengenalan
- Password: Masukkan kata laluan (contoh kata laluan Ahmed321#)
- Klik Sign Up
- Sila masukkan kod pengesahan yang Anda terima di handphone Anda
- Menggunakan web Air Selangor
- Layari portal rasmi Air Selangor di bawah laman web https://crisportal.airselangor.com.
- Pada kotak login Air Selangor, tekan link Sign Up.
- Pada laman seterusnya, untuk teruskan proses dan cara daftar Syabas, anda perlu ambil perhatian pada beberapa ruangan yang perlu diisi.
- Pada ruangan Full Name, masukkan nama penuh anda, sama seperti yang terdapat pada kad pengenalan baru (MyKad) anda.
- Kemudian, pada ruangan untuk Email Address, masukkan emel anda yang aktif dan boleh diakses.
- Pada ruangan untuk Mobile Phone Number, terdapat dua ruangan untuk diisikan. Pertama sekali, di sebelah kiri, pilih kod negara untuk nombor telefon anda. Sekiranya kod negara ialah Malaysia, pilih +60. Kemudian, pada ruangan kedua, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi.
- Pada ruangan untuk IC/Police/Military/Passport/Company Reg No., masukkan nombor kad pengenalan baru (MyKad) anda tanpa tanda ‘-‘, ATAU nombor pengenalan polis/tentera ATAU nombor passport.
- Pada ruangan Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah minimum 8 aksara dan alphanumeric (gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol)
- Tekan butang Register. Kemudian, tekan butang Sign Up.
- Tekan butang Agree untuk teruskan proses dan cara daftar Syabas
- Anda akan mendapat SMS ke telefon pintar anda yang mengandungi kod 6 digit.
- Masukkan kod tersebut dalam ruangan kotak Profile Verification yang tertera. Kemudian, tekan butang Confirm. Sekiranya tiada SMS yang diterima, tekan linkDidn’t receive any SMS? Resend.
- Pendaftaran anda berjaya. Untuk login, pada skrin hadapan di kotak Login, masukkan emel anda pada ruangan untuk Email Address.
- Kemudian, masukkan password anda pada ruangan untuk Password. Kemudian, tekan butang Login. Anda akan dapat login ke akaun anda.
CARA LOGIN AIR SELANGOR (CRISPORTAL.AIRSELANGOR.COM)
Sekiranya anda sudah berdaftar dengan Air Selangor, berikut ialah cara untuk log masuk web Air Selangor online.
- Layari laman web rasmi Air Selangor di sini: https://crisportal.airselangor.com
- Jika mahu, tukar dari English ke Bahasa Melayu melalui menu di bahagian atas
- Masukkan Emel
- Masukkan Kata Laluan
- Tekan butang Log Masuk
- Jika semuanya berjalan lancar, anda akan dapat masuk ke dalam sistem
CARA PEMBAYARAN BIL AIR SELANGOR SECARA ONLINE
Jika anda sudah berjaya login seperti panduan di atas. Ikuti langkah seterusnya untuk pembayaran bil air:
- Layari laman web rasmi Air Selangor di sini: https://crisportal.airselangor.com
- Masukkan Emel
- Masukkan Kata Laluan
- Tekan butang Log Masuk
- Anda sekarang berada di bahagian Dashboard
- Klik Bil & Pembayaran di sebelah kiri
- Jika ada dua lokasi atau lebih, pastikan anda memilih lokasi yang ingin di bayar
- Contohnya, jika pilih untuk bayarkan bil air untuk ibu bapa di kampung, sila pilih alamat kampung
- Tekan butang Bayar
- Masukkan jumlah amauan yang ingin dibayar di ruangan Jumlah Yang Dibayar
- Masukkan email untuk terima resit di ruangan Resit Dihantar Kepada
- Pilih bank
- Tekan butang Teruskan
- Sila ikuti arahan dari bank untuk meneruskan proses pembayaran
- Selesai
SOALAN LAZIM
APA ITU PORTAL PELANGGAN AIR SELANGOR?
- Portal Pelanggan Air Selangor ialah portal khidmat layan diri pelanggan
APAKAH SENARAI PERKHDIMATAN PORTAL PELANGGAN AIR SELANGOR?
Bagi pelanggan yang telah mendaftar boleh mengakses senarai perkhidmatan berikut:
- Pengurusan Akaun
- Bil dan Bayaran
- Mengesan Penggunaan Bulanan
- Aduan dan Pertanyaan
- Maklumat Perkhidmatan
Bagi pelanggan yang tidak berdaftar boleh mengakses senarai perkhidmatan berikut:
- Aduan atau Pertanyaan
- Pembayaran Bil
SEKARANG SAYA PENGGUNA APLIKASI TELFON BIMBIT AIR SELANGOR, ADAKAH SAYA BOLEH MENGGUNAKAN AKAUN YANG SAMA?
- Ya, sudah tentu! Aplikasi telefon bimbit Air Selangor dan Portal Air Selangor menggunakan set identiti (alamat emel dan kata laluan) yang sama.
Macam mana nak buat semakan status SKIM AIR DARUL EHSAN?
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk maklumat lanjut, hubungi saluran atau talian bantuan seperi berikut:
- Perkhidmatan Pelanggan: 15300
- Email: [email protected]
Semakan bill air