SKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

SKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

SKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

Ingin bina rumah atas tanah sendiri? Kerajaan kini menyediakan skim pinjaman perumahan bagi golongan berpendapatan rendah untuk tahun 2021.

Skim Pinjaman Perumahan (SPP) ini bertujuan membantu kepada mereka yang berpendapatan rendah bagi memiliki rumah pertama sendiri.

 

SEMAKAN SYARAT PINJAMAN PERUMAHAN

Ini adalah syarat-syarat yang perlu dipenuhi:

 Syarat Kelayakan Permohonan:

  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  • Berumur 21 hingga 70 tahun
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan
  • Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
  • Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan
  • Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat

Syarat Pinjaman:

  • Had Pinjaman Maksimum RM60,000.00 (tidak termasuk perlindungan insuran)
  • Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
  • Caj perkhidmatan 2% ke atas pinjaman.
  • Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran, Jabatan Perumahan Negara ke atas rumah yang dibina

Syarat Pinjaman Generasi Kedua

  • Pilihan pinjaman 2 generasi bagi pemohon yang berumur 45 tahun hingga 70 tahun dengan syarat penama kedua berumur 21 hingga 35 tahun, berpendapatan minimum RM1000.00 dan bukan kakitangan kerajaan.
  • Perlindungan insuran hanya untuk generasi kedua sahaja
  • Generasi ke-2 mestilah anak kandung kepada pemohon
  • Syarat Cagaran Tanah
  • Mencagar tanah milik peminjam atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah.
  • Nilai tanah (berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman.
  • Bagi tanah milikan secara pajakan, perlu mematuhi syarat berikut;

Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun.

Mendapat kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri

Syarat Pembinaan Rumah

  • Rumah kos rendah – keluasan lantai 700 – 1,000 kaki persegi, sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.
  • Diberi pilihan untuk menggunakan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) SAHAJA.
  • Pemohon TIDAK boleh menggunakan pelan sendiri
  • Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan
  • Perlantikan kontraktor diuruskan oleh peminjam dan kontraktor tersebut:-
  • Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN;
  • Mempunyai Pendaftaran Syarikat atau Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah;
  • Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000
  • Memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan

 

CARA BUAT PERMOHONAN SKIM PINJAMAN PERUMAHAN

Muat turun borang permohonan di sini.

BORANG SKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP)

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

BAHAGIAN PENGURUSAN PERUMAHAN

JABATAN PERUMAHAN NEGARA

KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR,PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

ARAS 30, NO 51 PERSIARAN PERDANA PRESINT 4, 62100 PUTRAJAYA

TEL: 03-8000 8000/ FAKS: 03-8891 4269

E-mel : [email protected]

 

ARTIKEL LAIN

Baca tentang PERMOHONAN RUMAH PPR(PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT):CARA PERMOHONAN MANUAL/ONLINE & SEMAKAN

Permohonan Baru Program Rumah Mesra Rakyat(RMR) atas talian(online) kini dibuka dan diaktifkan.

5 thoughts on “SKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI”

Leave a Comment