PERMOHONAN SKWAK (SKIM KUMPULAN WANG AMANAH KONTRAKTOR)

PERMOHONAN SKWAK (SKIM KUMPULAN WANG AMANAH KONTRAKTOR)

PERMOHONAN SKWAK

Kepada para kontraktor bumiputera yang ingin mendapatkan bantuan wang pendahuluan untuk memulakan kerja kontrak atau Inden kerja, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Korperasi (MEDAC) mengalu-alukan untuk memohon Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK).

APA ITU SKWAK?

SKWAK telah ditubuhkan sejak tahun 1984 dengan peruntukan awal sebanyak RM5 juta sahaja.

Peruntukan Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor telah meningkat setiap tahun bagi memastikan lebih ramai kontraktor bumiputera mendapat manfaat skim ini.

Tujuan utama  pelaksanaan SKWAK adalah untuk membantu para kontraktor Bumiputera mendapatkan modal bagi memulakan sesuatu projek agar terus meningkat dengan lebih maju.

NILAI PINJAMAN SKWAK

Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor adalah skim berbentuk pinjaman yang mana jumlah pinjaman SKWAK tertakluk kepada maksimum 25% daripada Nilai Kerja Pembina.

MAKSUD NILAI KERJA PEMBINA/BUILDER’S WORK

Nilai Kerja Pembina atau Builder’s Work didefinisikan sebagai:

Nilai Kontrak Kerja ditolak (-) (Wang Peruntukan Sementara + Kos Prima + amaun jumlah Surat Ikatan Penyerahan Hak Kontraktor yang ditandatangani oleh kontraktor tersebut).

CARA PENGAGIHAN DANA SKWAK

Pengagihan dana Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor akan dilakukan dengan 30% daripada nilai pinjaman yang diluluskan akan diagihkan kepada pembekal atau vendor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

 

CARA BAYARAN BALIK PINJAMAN SKWAK

Bayaran balik pinjaman SKWAK akan dibuat dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) berdasarkan potongan daripada bayaran interim atau kemajuan projek kontraktor.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SKWAK

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan SKWAK:

  • Pemohon merupakan kontraktor Gred G1 hingga G5 yang berdaftar dengan CIDB.
  • Pemohon memiliki Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang masih aktif.
  • Pemohon melaksanakan projek bernilai tidak melebihi RM5.0 juta.
  • Modal dan tenaga pengurusan dimiliki dan dikuasai oleh Bumiputera 100%.
  • Bagi kontraktor Gred G2 hingga G5, mereka perlu menerima SST daripada JKR bagi kerja-kerja Persekutuan sahaja dan nilai kerja yang tertakluk kepada had nilai menender.
  • Bagi kontraktor Untuk Gred G1, mereka perlu menerima inden kerja daripada JKR bagi kerja-kerja Persekutuan sahaja dan nilai bagi satu-satu kerja hendaklah lebih daripada RM100,000.00 dan tempoh siap kerja hendaklah tidak kurang daripada 8 minggu.
  • Pemohon tidak menerima wang pendahuluan atau pinjaman dari mana-mana institusi kewangan.
  • Subkontraktor adalah tidak layak memohon, kecuali subkontraktor yang dinamakan (NSC).
  • Pemohon mempunyai rekod kerja yang baik serta tidak terlibat dengan tindakan kesusahan berat kerana berhutang.

SEMAKAN SYARAT PINJAMAN SKWAK

Berikut adalah syarat pinjaman SKWAK:

  • Permohonan yang diluluskan layak menerima pinjaman sebanyak 25% daripada Nilai Kerja Pembina atau Nilai Inden.
  • Pinjaman yang diluluskan hendaklah digunakan khusus untuk perbelanjaan yang berkaitan dengan kerja-kerja kontrak.
  • Pinjaman adalah bagi satu kerja sahaja pada sesuatu masa.
  • Peminjam hendaklah menguruskan sendiri kerja-kerja kontrak yang berkenaan dan tidak boleh sama sekali menyerahkan kerja-kerja itu kepada pihak-pihak lain.
  • Sekurang-kurangnya 30% nilai pinjaman diagihkan kepada pembekal Bumiputera.

CARA PERMOHONAN SKWAK

Berikut adalah cara-cara untuk buat permohonan SKWAK:

  1. Muat turun borang permohonan melalui link berikut:

– Kontraktor G1: https://www.medac.gov.my/admin/files/med/image/portal/PDF/bpku/SKWAK2021/01_Borang%20Permohonan%20SKWAK%20G1%20MEDAC_PKK.pdf

– Kontraktor G2 hingga G5: https://www.medac.gov.my/admin/files/med/image/portal/PDF/bpku/SKWAK2021/01_Borang%20Permohonan%20SKWAK%20G2-G5%20MEDAC_PKK.pdf

  1. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
  2. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  3. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke Pejabat Cawangan PKK Negeri.

SENARAI DOKUMEN PERMOHONAN SKWAK

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan SKWAK:

  • Borang permohonan pinjaman yang telah lengkap diisi.
  • Surat Setuju Terima Tender (LA), bagi kontrak dimana pinjaman pendahuluan diperlukan atau Inden Kerja.
  • Ringkasan tender.
  • Surat Daftar Perniagaan (Borang A/B jika urusniaga kepunyaan perseorangan/perkongsian; atau Borang 24, Borang 29, 44 jika urus niaga jenis Sdn. Bhd.).
  • Borang Pendaftaran Syarikat SSM (Borang D untuk milikan tunggal; Borang 9 untuk jenis Sdn. Bhd).
  • Sijil Pendaftaran Kontraktor dari CIDB.
  • Sijil Taraf Bumiputera dari PKK.
  • Carta organisasi syarikat dan lampiran tapak projek yang telah diluluskan oleh JKR.
  • Salinan penyata bulanan akaun bank bagi 3 bulan terakhir.
  • Salinan penyata akaun tahunan syarikat yang terkini setelah diaudit dan disahkan oleh Pendaftar Syarikat.
  • Membuat akuan sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah atau Hakim Mahkamah Sesyen bahawa pemohon tidak ada menerima pinjaman kewangan dari bank/agensi lain.

 

SENARAI ALAMAT PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR(PPK)

Pemohon boleh menghantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat PKK Cawangan Negeri di bawah:

Rujuk disini http://www.kkr.gov.my/public/Alamat%20BPKU%20as%2029.10.pdf

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk maklumat lanjut mengenai SKWAK, sila hubungi 03-8880 5367/5399 atau melayari laman web rasmi MEDAC di talian https://www.medac.gov.my/.

 

ARTIKEL LAIN

LOGIN CIMS CIDB:CARA REGISTER ONLINE(Daftar di cims.cidb.gov.my)

Leave a Comment