SEMAKAN KELULUSAN STR 2023 (Check Status LULUS / TIDAK)
Kepada penerima BKM sebelumnya pasti ingin membuat semakan mengenai status kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2023. Untuk makluman semua, anda kini boleh membuat semakan melalui portal rasmi STR. Disini kami akan kongsikan ekpada anda cara Login untuk membuat semakan, semoga membantu.
TARIKH BAYARAN STR FASA 1
Bantuan Tunai Rakyat itu sebelum ini dijadualkan akan diberikan pada Mac 2023 namun selepas melihat keadaan rakyat, Kerajaan bersetuju untuk memberikan pada Januari tahun 2023 nanti.
Pemohon yang lulus permohonan akan mula dibayar secara berperingkat mulai 17 Januari 2023
KAEDAH BAYARAN STR FASA 1
Berikut adalah merupakan kaedah bayaran STR Fasa 1 mengikut katagori iaitu:
- Ada Akaun Bank
- Dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 mulai 17 Januari 2023 secara berperingkat.
- Tiada Akaun Bank
- Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.
KADAR BAYARAN STR FASA 1
Berikut adalah kadar bayaran BKM yang akan diterima oleh penerima yang layak mengikut katagori:
- Isi Rumah: RM300
- Warga Emas Tiada Pasangan: RM100
- Bujang: RM100
CARA SEMAKAN KELULUSAN STR 2023
Berikut adalah merupakan panduan untuk login MySTR untuk emmbuat semakan status anda iaitu:
- Layari pautan MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx
- Sila masukkan No. MyKad dan klik butang Log Masuk.
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan tertera. Pemohon dikehendaki memasukkan kata laluan selepas mengesahkan frasa keselamatan.
- Setelah berjaya log masuk, sistem akan memaparkan Laman Menu Pengguna. Klik butang Semakan Pembayaran Fasa 1.
- Maklumat status permohon dan maklumat bayaran akan dipaparkan.
- Nama Pemohon
- No Mykad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran Fasa 1
- LULUS
- TIDAK LULUS
- Sekiranya status LULUS, paparan akan menunjukkan:
- Boleh muat turun maklumat tersebut.
- Amaun Keseluruhan STR Diterima. Contohnya RM300.00
- Jadual Bayaran (Boleh muat turun maklumat tersebut)
- Sekiranya status GAGAL, paparan menunjukkan kod tidak lulus / gagal
- Untuk mengetahui samada duit STR sudah masuk atau belum, pastikan Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Berjaya Kredit
- Jika Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Gagal Kredit, sila baca cara dapatkan No Baucar STR untuk tebus di BSN.
NOTA: Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.
PUNCA TIDAK LULUS STR 2023
Berikut adalah merupakan antara beberapa punca kenapa anda gagal mendapat kelulusan sekiranya berdasarkan BKM2022 iaitu:
- 05 – Maklumat pengenalan pasangan memerlukan pengesahan
- 12 – Anda berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
- 36 – Anda atau pasangan adalah penerima Geran Khas Prihatin (GKP) sebelum ini
- 31 – Status perkahwinan anda perlu pengesahan
- 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan
MAKLUMAT LANJUT SEMAKAN KELULUSAN STR
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini, anda boleh melayari portal rasminya di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx
ARTIKEL LAIN
PENGELUARAN STR FASA 1 DI BSN (Status Tiada Akaun/Gagal Kredit)
Tags: #APA ITU MySTR #CARA SEMAKAN KELULUSAN STR 2023 #KADAR BAYARAN STR FASA 1 #KAEDAH BAYARAN STR FASA 1 #PUNCA TIDAK LULUS STR 2023 #SEMAKAN KELULUSAN STR #SEMAKAN KELULUSAN STR 2023 (Check Status LULUS / TIDAK) #TARIKH BAYARAN STR FASA 1
NURUL NADIA BINTI MOHAMAOD1 tahun ago
Check status lulus/tidak
Ismadi bin ibrahim1 tahun ago
99
Salina binti din1 tahun ago
Sy lupa pasw sy skg ni.mcm ne sy nak buat skg ni.
Mohamad khairul alimie bin rosalin12 bulan ago
Bkm
Mohamad khairul alimie bin rosalin12 bulan ago
Sya lupa paswood
SITI AISYAH AZWANI BINTI ABD RAHMAN12 bulan ago
Kalau dalam proses
Malar A/P Santhran12 bulan ago
Semakan Kelulusan
Sri venkadesh a/l Subramaniam11 bulan ago
Semakan Kelulusan BKM 2022
FAUZIAH BINTI OTANG11 bulan ago
SEMAKAN KELULUSAN BKM 2022 (CHECK STATUS/TIDAK).SAYA TIDAK CHECK SEBAB SAYA LUPA PASSWORD
Nor azdiana bt aznam11 bulan ago
SEMAKAN KELULUSAN BKM 2022
Mohd saiful rizal bin muhammad azman11 bulan ago
Sy nk cek naman sy ada ke tidak
Azizul hakiki bin Abdul rahim10 bulan ago
Saya tak faham status dalam proses takda y atau t…peti mel tulis permohonan bkm 14haribulan 1…apa maksud tu bos
LEE KOK CHONG10 bulan ago
Permohonan BKM saya tidak lulus dan sebab yang di berikan adalah Kod 41. Tetapi dalam ‘Sebab Permohonan BKM Tidak Lulus’ tidak nampak ada Kod 41.
METU SALEH WUGAJE3 bulan ago
Metu Saleh wugaje
Tengku azmani bin raja hassan3 bulan ago
Saya nak semak kelulusan bkm saya