CARA GUNA SUPER APP CHECK-IN (Check In AirAsia)

CARA GUNA SUPER APP CHECK-IN (Check In AirAsia)

SUPER APP CHECK-IN

Untuk pengetahuan anda, kini perkhidmatan daftar masuk (Check in) Air Asia melalui laman web di telefon tidak lagi tersedia dan kerana Air Asia kini telah memperkenalkan AirAsia Super App untuk memudahankan pelanggannya. Disini sini kami kongsikan cara self Check in guna Air Asia Super App, semoga membantu.

 

APA ITU AIRASIA SUPER APP

AIRASIA Super App adalah sebuah aplikasi yang diperkenalkan oleh Air Asia dan mewajibkan daftar masuk kendiri melalui aplikasi ini untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan kesesakan di lapangan terbang.

 

DOWNLOAD AIRASIA SUPER APP

Untuk memudahkan penggunaan anda seharusnya memuat turun dan install aplikasi ini terlebih dahulu:

 

TEMPOH UNTUK AIRASIA SUPER APP CHECK-IN

Untuk kebanyakan penerbangan, pastikan daftar masuk kendiri bagi penerbangan AirAsia.:

  • 14 hari sebelum berlepas
  • Ditutup 1 jam sebelum berlepas

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian:

  1. Daftar masuk sendiri untuk penerbangan AirAsia (AK, FD, Z2) dari China dibuka 14 hari dan ditutup 4 jam sebelum berlepas.
  2. Untuk semua penerbangan Domestik Thailand dengan kod pembawa FD dan penerbangan Antarabangsa ke dan dari Thailand dengan kod pembawa AK, FD, QZ, Z2, daftar masuk sendiri dibuka 10 hari dan ditutup 1 jam sebelum berlepas.

 

CARA GUNA AIRASIA SUPER APP CHECK-IN

Berikut adalah merupakan cara guna daftar masuk kendiri Super App mengikut katagori:

  1. Penerbangan AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK):
    • Klik airasia Super App dan masukkan maklumat tempahan anda untuk mendaftar masuk.
    • Pilih tetamu yang ingin mendaftar masuk.
    • Tandakan Deklarasi COVID-19 untuk meneruskan proses daftar masuk kendiri.
    • Anda akan menerima pas masuk elektronik (e-Boarding Pass) dan kod QR
    • Imbas Kod QR anda di kios untuk menjana tag bagasi anda tanpa sentuhan di lapangan terbang (tersedia di lapangan terbang terpilih)
    • Pas e-Boarding pada airasia Super App atau dalam bentuk PDF boleh diterima untuk menaiki pesawat dan tetamu tidak perlu mengemukakan pas masuk fizikal.
  2. Penerbangan AirAsia yang lain (QZ, FD dan Z2):
    • Klik airasia Super App dan masukkan maklumat tempahan anda untuk mendaftar masuk.
    • Pilih tetamu yang ingin mendaftar masuk.
    • Pilih untuk mengesahkan dokumen perjalanan yang diperlukan:
      • Imbas/Muat naik Dokumen: Imbas atau muat naik sijil ujian Covid-19 dan/atau sijil vaksinasi anda melalui kamera di peranti anda. Pastikan nama pada sijil ujian anda sama dengan maklumat tempahan anda.
      • Sahkan status melalui pasport: Sahkan sijil ujian PCR Covid-19 dan/atau sijil vaksinasi dengan nombor pasport. Untuk para tetamu yang telah mendaftar dengan aplikasi Peduli Lindungi (Indonesia) dan VaxCertPH (Filipina).
    • Klik “Continue” setelah dokumen anda disahkan.
    • Tandakan Deklarasi COVID-19 untuk meneruskan proses daftar masuk kendiri.
    • Anda akan menerima pas masuk elektronik

Nota: Jika pengesahan tidak berjaya, sila ke kaunter daftar masuk di lapangan terbang pada hari perlepasan.

 

SOALAN LAZIM

Bagaimanakah jika AirAsia tidak dapat mengesahkan status saya?

  • Jika pengesahan tidak berjaya, anda akan menerima pas masuk dengan notis yang tertera “pengesahan dokumen Covid-19 diperlukan” dan anda perlu ke kaunter daftar masuk di lapangan terbang pada hari perlepasan untuk membuat pengesahan.

Mengapakah perkhidmatan daftar masuk kendiri saya mempunyai pilihan terhad untuk mengesahkan dokumen yang diperlukan?

  • Pilihan pengesahan yang tersedia adalah berdasarkan keperluan yang ditetapkan oleh destinasi atau negara ketibaan. Sekiranya tiada syarat untuk sijil tertentu (seperti ujian PCR atau vaksinasi) diperlukan, anda tidak akan diminta untuk memuat naik dokumen tersebut.

 

ARTIKEL LAIN

BIGPAY EWALLET:CARA DAFTAR & AKTIFKAN(Register Online di bigpayme.com)

Leave a Comment