TVET INSTRUCTOR ePROFILING SYSTEM (TIPS) LOGIN eprofiling.ciast.gov.my
Untuk makluman anda Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bersama-sama Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) telah mweujudkan satu aplikasi dalam talian iaitu TVET Instructor EProfiling System (TIPS) untuk untuk golongan pengajar dan penuntut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). Disini kami akan kongsikan kepada anda cara dafar, login dan guna TIPS eProfiling, semoga membantu.
APA ITU TIPS
TVET Instructor EProfiling System (TIPS) atau Sistem Profil Pengajar Kemahiran Malaysia merupakan sistem atas talian yang dibangunkan dengan kepakaran dalaman (inhouse) untuk mengumpul, menganalisa potensi dan kompetensi Pengajar TVET serta latihan yang diperlukan untuk menutup jurang kemahiran. Ia boleh dicapai melalui capaian https://eprofiling.ciast.gov.my
MODUL ASAS TIPS
Berikut adalah merupakan modul asas yang tersedia melalui aplikasi ini iaitu:
- Pendaftaran Pengguna
- Pengurusan Maklumat Rekod Peribadi
- Pengurusan Pembangunan Senarai Abiliti (Ability Checklist) – Bidang Kompetensi TVET
- Pengurusan Penilaian Kompetensi TVET
- Padanan Latihan
- Laporan dan Analisa
FUNGSI TIPS
Berikut adalah merupakan antara fingsi TIPS iaitu:
- Pangkalan data profil
- Pengurusan pembangunan pengajar
- Pengukur tahap kompetensi
KELEBIHAN MENGGUNAKAN TIPS
Berikut adalah merupakan anatar kelebihan menggunakan aplikasi ini iaitu:
- Penilaian Berasaskan CUDBAS
- Penilaian dan analisa yang sistematik
- Capaian yang pantas dan luas
- Sokongan pelbagai peranti/skrin
- Keputusan dan hasil yang segera
- Right Trainer, Right Training & Right Time
KELAYAKAN PENGGUNA TIPS
Penggunaan aplikasi TIPS ini melibatakan keapda:
- Semua pengajar TVET
- Personel yang dilantik untuk mengurus sistem eProfiling
CARA DAFTAR TVET INSTRUCTOR ePROFILING SYSTEM (TIPS)
Sebagai pengguna kali pertama seharusnya anda mendaftar terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:
- Layari laman TIPS
- Pada paparan utama klik pada Pendaftaran dan klik Daftar
- Masukkan nombor Kad Pengenalan anda dan klik Periksa
- Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada ruangan tersedia.
- Setelah lengkap klik Daftar
CARA AKTIFKAN TVET INSTRUCTOR ePROFILING SYSTEM (TIPS)
Seteleh proses pendaftaran anda selesai, berikut adalah merupakan proses penagktifkan akaun anda iaitu:
- Anda akan mendapat satu email pengesahan selepas mendaftar pada sistem ini.
- Buka email tersebut dan klik pada pautan yang dihantar untuk mengesahhkan pendaftaran akaun anda
- Akaun anda perlu diaktifkan dahulu oleh admin agensi/institut untuk memboleh capaian ke dalam sistem.
- Anda perlu hubungsi Admin Institut (AI) untuk mengaktifkan akaun eProfiling anda.
Nota: Carian Admin Institut boleh dilakukan di halaman Senarai Pentadbir Institut
CARA LOGIN TVET INSTRUCTOR ePROFILING SYSTEM (TIPS)
Setelah akaun anda Berjaya diaktifkan, berikut adalah merupakan cara login TIPS eprofiling iaitu:
- Layari laman TIPS
- Pada paparan utama klik pada Log Masuk
- Masukkan ID Pengguna dan kata laluan anda
- Setelah lengkap klik Daftar Masuk
PANDUAN PENGGUNAA TIPS BAGI SETIAP MODUL
Berikut adalah merupakan panduan penggunaan oleh pengajar bagi setiap modul iaitu:
MODUL | CARA GUNA |
Pendaftaran Pengajar |
|
Kemaskini Maklumat Personel |
|
Penilaian Komptensi |
|
Laporan Kompetensi |
|
Perancangan Latihan |
|
Pelaksanaan Latihan Menggunaan Platform TiPS |
|
Pengajar melengkapkan penilaian Kompetensi selepsas hadir kursus |
|
Pentaksiran Pengajar |
|
MAKLUMAT LANJUT
Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai TVET Instructor EProfiling System (TIPS), anda boleh merujuk saluran berikut:
- Portal rasmi TIPS
- Tel: 03-5543 8200
- Faks: 03-5543 8359
ARTIKEL LAIN: