LOGIN KT ONLINE (CARA DAFTAR & SEMAKAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA)
Kepada tentera di Malaysia,adakah anda telah daftar sebagai ahli Koperasi Tentera(KT)?Bagaimanakah cara login KT online? Kenapa perlu login KT online?Mudah untuk membuat sebarang traksaksi online,contonya bagi tujuan membuat semakan dividen Koperasi Tentera(KT)
Baca tentang CARA MOHON MORATORIUM MAYBANK (Borang Web maybank2u.com.my)
APA ITU KOPERASI TENTERA(KT)?
Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (atau Koperasi Tentera) merupakan sebuah Koperasi serbaguna yang telah ditubuhkan pada Tahun 1960 bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
KELAYAKAN AHLI KOPERASI TENTERA(KT)
Keahliannya terbuka kepada semua anggota ATM dan kakitangan awam yang mencurahkan khidmat dengan Kementerian Pertahanan Malaysia.
Anda dah daftar JHEV ONLINE?
FUNGSI & OBJEKTIF KOPERASI TENTERA(KT)
Berikut adalah objektif KT:
- Menggalakan anggota menabung dan berjimat dengan menyediakan kemudahan menabung yang selamat serta dengan pulangan yang menarik.
- Memenuhi keperluan kewangan dan bukan kewangan anggota dengan perkhidmatan efisyen dan selesa setaraf dengan institusi ternama.
- Menyumbang kepada kebajikan dan aktiviti sosial anggota.
- Menghasilkan pulangan atas modal pada kadar yang kompetitif.
- Menjaga kepentingan anggota dan koperasi dengan cekap, amanah dan berkualiti.
KELEBIHAN MENCARUM KOPERASI TENTERA(KT)
- Sudah tentu mereka berdasarkan rekod menerima kadar dividen koperasi tentera yang agak tinggi setiap tahun
- Jikalau anak yang dapat keputusan PT3 dan keputusan SPM yang cemerlang mereka layak menerima insentif tunai dibawah program dan Skim Insentif Kecemerlangan (SIK)
- Koperasi tentera adalah antara koperasi kukuh di Malaysia. Berdasarkan koperasi tentera yang diletakkan di bawah Lembaga Angkatan Tentera Malaysia, LTAT adalah bank koperasi ketiga terbesar di Malaysia.
PROUDK & PINJAMAN KOPERASI TENTERA
Antara produk yang ditawarkan oleh KT ialah:
- Pembiayaan peribadi
- Perlindungan Takaful
- Pajak gadai Islam Ar-Rahnu
- Pembiayaan SME
- Kemudahan pelaburan kepada anggota.
Pinjaman koperasi tentera yang ditawarkan adalah dalam bentuk:
- Pembiayaan peribadi berpenjamin dan tanpa penjamin
- Pembiayaan ekspres
- Pembiayaan yuran KT
- Pembiayaan takaful dan cukai jalan.
MUAT TURUN APLIKASI KOPERASI TENTERA(KT) ONLINE
Anda juga boleh mendaftar dengan menggunakan aplikasi ditelefon pintar dengan klik pautan dibawah
CARA DAFTAR KOPERASI TENTERA(KT) ONLINE
- Anda perlu ke portal Koperasi tentera klik pautan berikut untuk pendaftaran kali pertama : https://www.ktonline.com.my/ktib/app/?lang=ms#!/firstTimeLogin
- Buat dan kenalpasti identity anda
- Masukan pilih jenis pengenalan
- Tentera ID
- No kad pengenalan
- No passport
- Klik setuju terma dan syarat dan klik butang teruskan
- Klik hantar OTP
- OTP akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas ( SMS)
- Masukan ID pengguna
- Cipta dan tetapkan kata laluan
- Masukan semula kata laluan
- Pilih imej dan frasa keselamatan
- Jawab soalan keselamatan
- Pendaftaran anda telah Berjaya
CARA LOGIN KT ONLINE
Berikut merupakan cara-cara untuk anda login koperasi tentera anda. Namun anda harus pastikan bahawa anda telah mendaftar buat kali pertama dahulu.
- Klik pautan https://www.ktonline.com.my/ktib/app/?lang=ms#!/login
- Masukan id pengguna
- Tekan teruskan
- Sahkan id pengguna melalui imej dan masukkan kata laluan
- Tekan masuk @ login
- Paparan akan menunjukkan akaun koperasi anda
Nak buat semakan penyata gaji ATM online,anda boleh LOGIN SPGATM UGAT
SEMAKAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA(KT) ONLINE
Anda boleh semak dividen caruman anda di koperasi dengan cara online sahaja. Caranya adalah seperti berikut.
- Klik pautan https://www.ktonline.com.my/ktib/app/?lang=ms#!/login
- Masukan id pengguna
- Tekan teruskan
- Sahkan id pengguna melalui imej dan masukkan kata laluan
- Tekan masuk @ login
- Paparan akan menunjukkan akaun koperasi anda
- Klik pada hahagian no akaun anda
- Anda akan dapat melihat transaksi dan baki terkini akaun anda
- Jika dividen telah disalurkan, ianya akan dicatat pada bahagian transaksi
SEMAKAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA(KT) MELALUI SMS
Taip KT BAKI NOTent/Mykad & Hantar ke 33310
SEMAKAN KELAYAKAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA(KT) MELALUI SMS
Taip KT DIV NOTent/Mykad & Hantar ke 33310
SEMAKAN WASI KOPERASI TENTERA(KT) MELALUI SMS
Taip KT WASI NOTent/Mykad & Hantar ke 33310
SEMAKAN TARIKH BAYARAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA(KT) 2023
Koperasi Tentera akan mula membayar dividen pada (akan dikemaskini kemudian) tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
CARA PEMBAYARAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA(KT) TERKINI
Pembayaran dividen akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan dan anggota boleh mengeluarkannya melalui kaunter dan KTOnline. Tiada Borang Pengeluaran Dividen pada tahun ini.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sila hubungi Wisma Koperasi Tentera,No 1, Jalan 2/65C,Off Jalan Pahang Barat,53300 Kuala Lumpur, Malaysia.
- Tel: 03-2303 0000
- Email: [email protected]
Assalamualaikum..sy nak semak baki simpanan dan dividen
Salam saya nak mohon kuar dividen koperasi taun 2020..
cara tukar no tel lama ke no tel baru
nak mohon akaun koperasi tentera saya
Asalam Tuan Cam mana nk daftar KT On,9 ye.. nak bukak app..User name dan No acc kprasi sy
mana nk dpt no acc koperasi tu
Username saya x ingat lagi dah buat tahun lepas mcm nak reset balik
Kepada sesiapa yang mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin membuat apa-apa urusan berkenaan KT Online seperti ingin mendaftar, ingin reset username/ password, boleh menguhubungi nombor 03-4048 3444. terima kasih
login kt online:cara daftar &semakan dividen koperasi tentera
Assalamualaikum macam mana nak bayar ahli koperasi.sekarang ni lockdown tak boleh nk rentas sempadan.saya d perlis
Salam tolg tunjuk cara nk cek baki dividen koprasi
log in gagal…. kena change password…… bila change password, dah berjaya change password, TAPI BILA LOG IN TETAP GAGAL !!!
Mcm mna cara jika kta dh transfer dr Koprasi ke bank… Tp trslah no akaun.. mcm mna cra nk dpatkn duit tu blik… Mohon pncerahan..
Bagaimana cara nak daftar KT Online, saya dah cuba tapi tak bolih. tolong bagi saya cara macam mana nak daftar
Kenapa saya bkk kt online first register x blh register sdgkn id n no aqaun sy ambik sendiri dri kt
Semakan dividen koperasi tentera
Semakan dividen koperasi tentera saya
Saya nk dptkan no akaun utk daftar kt on9..
HP sy x blh trm msg dr koperasi bl mesej 33310..dibalas daftarkan HP anda..MCM mn tu??
LOGIN KT ONLINE DAFTAR & SEMAKAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA