CARA DAPATKAN SEMULA USER ID BANK ISLAM (Request IAC)

CARA DAPATKAN SEMULA USER ID BANK ISLAM (Request IAC)

USER ID BANK ISLAM

Kepada pelanggan Bank Islam, penggunaan Online banking memang menyenangkan kita untk membuat proses pembayaran, pemindahan wang, penyemakan baki akaun dan sebagainya. Untuk mengakses ke online banking seharusnya perlu dimasukkan user id dan kata laluan. Masalah yang seringkali terjadi ialah bagaimana jika Anda terlupa User ID anda? Ya, masalah ini seringkali juga akan terjadi disebabkan kerana anda banyak akaun, lama tidak login dan tidak gunakan. Disini kami akan kongsikan kepada and acara dapatkan semula User ID Bank Islam anda, semoga membantu.

 

APA ITU USER ID BANK ISLAM

ID Pengguna (User Identity) ialah sistem yang digunakan untuk mengenal pasti pengguna dalam sistem atau aplikasi. ID Pengguna diberikan kepada pengguna apabila pengguna telah mendaftar atau membuat akaun dan digunakan sebagai bukti kelayakan untuk log masuk ke sistem atau aplikasi.

ID Pengguna boleh digunakan untuk mengakses data yang berkaitan dengan akaun pengguna, seperti profil, transaksi dan aktiviti. User ID juga digunakan oleh sistem atau aplikasi untuk mengawal akses pengguna kepada ciri dan data yang tersedia.

 

KENAPA PERLU USER ID BANK ISLAM

User ID ini diperlukan untuk mengakses akaun Bank Islam anda secara online melalui:

  • Mobile Banking Bank Islam: Aplikasi GO by Bank Islam
  • Internet Banking Bank Islam: Bank Islam IB

 

PUNCA TERLUPA USER ID BANK ISLAM

Berikut adalah merupakan antara punca terlupanya User ID iaitu:

  • User ID dan kata laluan sukar di ingat
  • Terdapat gabungan huruf, simbol dan nombor
  • Sudah lama tak log masuk internet banking Bank Islam

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen diperlukan seperti berikut sebelum proses untuk dapatkan User ID anda iaitu:

  • Kad Debit/Credit Bank Islam
  • No Handphone yang telah berdaftar di Bank Islam IB

 

CARA DAPATKAN SEMULA USER ID BANK ISLAM

Kepada anda yang ingin dapatkan kembali User ID anda, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari Bank Islam IB: https://www.bankislam.biz
  2. Pada paparan utama klik pada Forgot User ID/Password.
  3. Masukkan No ATM Card/Debit Card Bank Islam anda
  4. Masukkan No PIN ATM Kad Anda dan Klik Continue.
  5. Seterusnya klik pada Request i-Access Code (IAC).
  6. Masukkan kod IAC yang diterima secara SMS di telefon anda dan lik Continue.
  7. Kemudian, User ID Anda akan dipaparkan.
  8. Selesai, Anda berjaya dapatkan semula User ID anda
  9. Anda boleh juga klik pada Reset Password jika ingin kemaskini kata laluan anda.
  10. Sila cipta Password Baru yang anda inginkan
  11. Pada Confirm Password, masukkan sekali lagi password baru Anda dan klik Submit.

 

GAGAL DAPATKAN SEMULA USER ID BANK ISLAM

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk dapatkan User ID anda secara online, anda boleh hubungi Khidmat Pelanggan Benk Islam. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Hubungi: 03 2690 0900
  2. Tekan 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
  3. Panggilan anda dijawab oleh Khidmat Pelanggan Bank Islam
  4. Maklumkan kepada Khidmat Pelanggan bawah anda terlupa User ID anda
  5. Khidmat Pelanggan tersebut akan membuat pengesahan identity dengan menanyakan beberapa
  6. Setelah identiti anda disahkan, Khidmat Pelanggan akan bantu dapatkan User ID anda
  7. Terus kekal di talian sementara pihak Khidmat Pelanggan membantu menyelesaikan masalah anda
  8. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara dapatkan smeula User ID, anda boleh melayari portal rasmi Bank Islam di Pautan https://www.bankislam.biz/

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment