CARA GUNA APLIKASI WATSONS MY (Lokasi Beli Barang Drive Thru)

CARA GUNA APLIKASI WATSONS MY (Lokasi Beli Barang Drive Thru)

WATSONS MY

Sekiranya anda penggemar membeli barangan Watson, kini watson telah memperkenalkan satu aplikasi bagi memudahkan para pelanggannya untuk membuat tempahan barangan secara online melalui ciri Click & Collect. Disini kami akan kongsikan cara guna aplikasi watson my, semoga membantu.

 

CIRI CLICK & COLLECT WATSON

Watsons telah sedia hadir dengan ciri Click & Collect yang mana anda boleh melakukan pesanan awal dan mengambilnya terus di rangkaian fizikal terpilih berdekatan anda.

Dengan adanya penawaran Click & Collect, ia bukan sahaja memudahkan proses pembelian tetapi juga menjimatkan masa anda untuk mencari parkir dan seterusnya beratur di kaunter untuk membuat pembayaran.

 

MUAT TURUN APLIKASI WATSON MY

Bagi memudahkan urusan anda melalui handphone, seharusnya anda memuat turun dan install aplikasi Watson My terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan pautan aplikasi tersebut:

 

CARA GUNA APLIKASI WATSONS MY

Setelah selesai install, berikut adalah merupakan cara penggunaan aplikasi tersebut:

  1. Buka aplikasi Watson My
  2. Sebagai pengguna kali pertama anda seharusnya daftar terlebih dahulu
  3. Selesai daftar, anda boleh terus log masuk ke dalam aplikasi.
  4. Pilih barangan yang anda inginkan dan tambah barangan tersebut di dalam bakul.
  5. Pastikan anda memilih tab ‘Click & Collect Express’ dan tetapkan lokasi pengambilan barangan yang mudah untuk anda kunjungi.
  6. Akhir sekali, lakukan pembayaran sama ada menggunakan kad kredit, pembayaran atas-talian, Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go.
  7. Selesai

NOTA: Pastikan anda menerima notifikasi SMS dari Watson terlebih dahulu sebelum mengunjungi ke kedai fizikal mereka. Hal ini kerana, sekiranya anda belum menerima apa-apa notis atau pemberitahuan, ia menunjukkan bahawa barang yang dipesan masih belum sedia untuk diambil.

 

SENARAI CAWANGAN DRIVE-THRU WATSON

Pada masa kini, selari dengan pengenalan Click & Collect, Watsons turut memperkenalkan cawangan pandu-lalu mereka yang pertama di TD Central, Johor Bahru. Pelanggan yang telah melakukan pesanan boleh terus menggunakan lorong pandu lalu untuk ambil barangan yang telah dipesan awal.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai click & collet dan lokasi drive-thru Watson, sila layari website rasmi  di pautan https://www.watsons.com.my/

 

ARTIKEL LAIN

SEMAK HARGA PART TIME MAID (Cara Booking Kuala Lumpur Selangor)

 

Leave a Comment