CARA BAYAR KOMPAUN PARKING ASSESSMENT BILL DBKU (Contact Number)

CARA BAYAR KOMPAUN PARKING ASSESSMENT BILL DBKU (Contact Number)

DBKU

Kepada anda yang mempunyai saman kompaun Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), anda kini boleh membuat pembayaran secara online. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat pembayaran menerusi eServiceKU, semoga membantu.

 

 APA ITU DBKU eSERVICEKU

DBKU eServiceKu adalah portal perkhidmatan dalam talian untuk pelanggan Dewan Bandara Kuching Utara. Ini adalah kemudahan bagi pelanggan Dewan Bandaraya Kuching Utara untuk melakukan transaksi secara dalam talian:

 

PERKHIDMATAN DBKU eSERVICEKU

Berikut adalah merupakan perkhidmatan yang tersedia menerusi portal ini iaitu:

  • Bayaran Bil – Lihat dan Bayar Bil
  • Saman – Lihat dan Bayar Saman Letak Kereta
  • Perkhidmatan – Tempahan Kemudahan Awam dan Perkhidmatan

 

KELAYAKAN DBKU eSERVICEKU

Perkhidmatan ini terbuka kepada SEMUA pelanggan Dewan Bandaraya Kuching Utara seperti berikut;

  • Pemilik Hartanah/Pembayar Cukai Pintu
  • Peniaga / Pemilik Lesen
  • Orang Awam (Kompaun)

 

SENARAI TAWARAN KOMPAUN DBKU

Berikut adalah merupakan antara tawaran yang disediakan bagi satu kompaun iaitu:

YURAN KOMPAUNPERATURANKESALAHAN LETAK KERETA
RM5Article 8(1)Meletak kenderaan tanpa mempamerkan kupon
RM50Article 9(2)Meletak kenderaan dengan memaparkan kupon terpakai atau tidak sah
RM20Article 10(1)Meletak kenderaan dengan mempamerkan kupon yang pernah/tidak kelihatan dengan jelas
RM50Article 10(2)Meletak kenderaan dengan gagal merobek sepenuhnya tab yang berkaitan dalam kupon yang menunjukkan tarikh dan masa letak kereta
RM20Article 10(3)Memaparkan kupon yang menunjukkan masa permulaan adalah lewat daripada masa tempat letak kereta sebenar
RM20Article 3(4)Meletak kereta di mana-mana jalan selain di tempat letak kereta yang disediakan atau ditetapkan untuk tempat letak kereta
RM20Article 3(5)Meletak kenderaan di tempat letak kereta yang tidak ditetapkan untuk kelas atau perihalan kenderaan tersebut
RM20Article 7(1)Meletak kenderaan merentasi mana-mana garisan menandakan tempat letak kereta atau tidak sepenuhnya dalam kawasan yang ditakrifkan sebagai tempat letak kereta
RM20Article 17(2)Meletak kenderaan di ruang yang digantung dan bertanda untuk tempat letak kenderaan milik orang kurang upaya.
RM20Article 20(1)Menyebabkan halangan kepada tempat letak kereta.

 

CARA BAYAR KOMPAUN PARKING DBKU eSERVICEKU

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat pembayaran kompaun parking Dewan Bandaraya Kuching Utara menggunakan portal ini iaitu:

  1. Layari pautan DBKU eServiceKU 
  2. Scroll ke bawah Pada ruangan Cari Saman Anda, masukkan maklumat yang diperlukan seperti:
    • No Kad Pengenalan
    • No Kenderaan
  3. Setelah lengkap klik pada Cari
  4. Senarai kompaun anda akan tertera, klik pada PAY untuk membuat pembayaran
  5. Ikuti proses pembayaran sehingga selesai.

 

NO HOTLINE DBKU

Masyarakat setempat boleh menghubungi Talian Hotline Dewan Bandaraya Kuching Utara untuk menyalurkan maklum balas mereka mengenai perkhidmatan atau perkhidmatan yang disediakan oleh agensi kerajaan lain di talian:

  • 082-446644

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai bayar kompaun Parking DBKU, anda boleh melayari portal rasmi Dewan Bandaraya Kuching Utara 

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment