bantuanbanjir.com (Senarai & Permohonan Bantuan Banjir 2023)

bantuanbanjir.com (Senarai & Permohonan Bantuan Banjir)

bantuanbanjir.com

Kerajaan telah melancarkan satu laman web iaitu Portal Bantuan Banjir bagi memudahkan pengurusan bantuan banjir. Antara bantuan yang boleh dimohon melalui portal bantuanbanjir.com adalah seperti Bantuan Wang Ihsan (BWI) dan bantuan-bantuan lain.

Ia memudahkan mangsa banjir mendapatkan maklumat dan senarai bantuan banjir yang disediakan oleh kerajaan dengan hanya satu laman sesawang.

 

JENIS BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA

Berikut adalah 3 jenis Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang telah diumumkan oleh kerajaan iaitu:

  • Bantuan Tunai
  • Pembiayaan
  • Bantuan Komuniti

Bantuan Tunai

Kerajaan serta agensi-agensi kerajaan telah mengumumkan untuk memberikan bantuan tunai kepada mangsa banjir yang layak. Pemberian ini dijangka dapat mengurangkan bebanan keluarga yang terlibat dalam banjir bagi memulakan semula kehidupan mereka.

Contoh bantuan menerusi bantuan tunai adalah:

  • Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000.
  • Rebat 100% bil elektrik bagi pengguna domestik.
  • Rebat RM500 pembelian barangan elektrik.
  • Sumbangan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM2,500.
  • Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia.
  • Bantuan Kematian Wang Ihsan NADMA RM10,000.

Bantuan Pembiayaan

Pelbagai pembiayaan pada kadar 0% dan moratorium sehingga 6 bulan telah disediakan bagi mangsa-mangsa banjir bagi memulihkan kehidupan mereka.

Contoh  bantuan pembiayaan yang disediakan kerajaan adalah seperti berikut:

  • Moratorium pembiayaan akibat banjir.
  • Kemudahan pinjaman untuk PKS sehingga RM700,000.
  • Kemudahan pinjaman untuk perusahaan mikro sebanyak RM150,000.
  • Bantuan Pinjaman MyRinggit i-Banjir sebanyak RM10,000.
  • Pembiayaan Pemulihan Banjir Tekun Nasional sehingga RM100,000.

Bantuan Komuniti

Bantuan komuniti adalah penyediaan bantuan keperluan asas serta tenaga kerja tambahan oleh kerajaan dan agensi-agensinya bagi kerja-kerja pemulihan banjir.

 

Contoh  bantuan komuniti yang telah diumumkan oleh kerajaan adalah:

  • Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GDRN).
  • Penambahan sumber manusia bagi kerja-kerja pemulihan.
  • Pembersihan dan pembaikan rumah sebanyak RM5,000.
  • Pembaikan semula rumah yang mengalami kerosakan serius sebanyak RM56,000.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sila layari Portal Bantuan Banjir iaitu https://bantuanbanjir.com/

 

ARTIKEL LAIN

GERAN KERETA MOTOR HILANG ROSAK (Cara Tukar Permohonan Baru)

GERAN TANAH HILANG ROSAK (Cara Tukar Permohonan Baru)

 

Leave a Comment