BANTUAN KEDAHCARE:PERMOHONAN/MEMBERI BANTUAN TERJEJAS COVID-19(kedahcare.kedah.gov.my)

BANTUAN KEDAHCARE:PERMOHONAN/MEMBERI BANTUAN TERJEJAS COVID-19(kedahcare.kedah.gov.my)

BANTUAN KEDAHCARE
BANTUAN KEDAHCARE

Jika anda penduduk di negeri Kedah yang terjejas kesan pandemik COVID-19,anda layak membuat permohonan bantuan menerusi portal KedahCare.

 

APA ITU KEDAHCARE?

Ia merupakan inisiatif kerajaan Negeri Kedah untuk memudahkan Kerajaan Negeri Kedah menyalurkan bantuan kepada rakyat Kedah yang terkesan semasa pandemik Covid-19.

Portal ini juga melibatkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dengan kerjasama Zakat dan NGO bagi tujuan penyaluran bantuan.

Oleh itu, orang ramai di Negeri Kedah yang terjejas akibat COVID-19 boleh memohon bantuan melalui portal KedahCare ini.

Apakah tujuan portal KedahCare ini dibangunkan?

KedahCare merupakan portal yang dibangunkan bagi mendapatkan data rakyat yang terkesan dengan krisis pandemik COVID-19 dan penyaluran bantuan dapat dibuat dengan segera.

Apakah fungsi portal KedahCare ini?

Selain itu, portal ini juga berperanan untuk mengumpulkan maklumat NGO/perseorangan bagi mereka ingin menyalurkan bantuan supaya kerajaan negeri boleh menguruskan program bantuan dengan lebih sistematik dan berkesan.

Apakah kegunaan maklumat yang diperoleh daripada portal KedahCare?

Semua maklumat dan bantuan yang diterima akan disalurkan oleh PKOB kepada orang ramai yang memohon di setiap daerah.

 

ADAKAH KEDAHCARE MENYEDIAKAN KEMUDAHAN BANK MAKANAN?

Di samping itu, portal ini juga memudahkan orang ramai yang ingin mendapatkan makanan di Bank Makanan yang diwujudkan di negeri Kedah.

Orang ramai boleh merujuk portal ini untuk melihat lokasi Bank Makanan yang terdekat untuk mereka mendapatkan makanan sekiranya mereka memerlukan.

 

SENARAI LOKASI BANK MAKANAN KEDAHCARE

Lokasi Bank Makanan yang disenaraikan adalah melibatkan setiap daerah di Negeri Kedah, agensi kerajaan, dan Petronas yang terlibat.

 

CARA PERMOHONAN/MEMBERIKAN BANTUAN(kedahcare.kedah.gov.my/)

Jika anda ingin memohon atau memberikan bantuan guna portal KedahCare,sila rujuk cara berikut:

  1. Layari laman web Portal KedahCare 
  2. Klik di paparan sama ada ingin memohon atau memberikan bantuan.
  3. Jika ingin memohon bantuan, klik bahagian ‘Daftar Pengguna Mohon Bantuan’ atau jika ingin memberikan bantuan, klik bahagian ‘Daftar Pengguna Beri Bantuan.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  5. Log masuk dengan memasukkan id pengguna dan kata laluan.
  6. Setelah berjaya masuk, isi maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika ada sebarang persoalan dan  pertanyaan mengenai portal KedahCare, sila hantar email ke [email protected].

Leave a Comment