PERMOHONAN EX-GRATIA KEMATIAN (Insentif Kepada Waris Penjawat Awam)

PERMOHONAN EX-GRATIA KEMATIAN (Insentif Kepada Waris Penjawat Awam)

PERMOHONAN EX-GRATIA KEMATIAN (Insentif Kepada Waris Penjawat Awam)

Kepada waris penjawat awam yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan, Kerajaan telah mewujudkan faedah baru iaitu Ex-Gratia Kematian yang bertujuan untuk membantu meringankan beban waris penjawat awam yang meninggal dunia tersebut.  Disini kami kongsikan berkenaan ex-gratia kematian, semoga membantu

 

APA ITU EX-GRATIA KEMATIAN

Ex-Gratia Kematian adalah insentif atau pemberian oleh Kerajaan Malaysia kepada tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan iaitu dalam tempoh perkhidmatan kurang daripada 20 tahun atau 240 bulan.

 

TARIKH PERLAKSANAAN EX-GRATIA KEMATIAN

Pelaksanaan ExGratia ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2020 berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2019.

 

KADAR PEMBAYARAN EX-GRATIA KEMATIAN

Kadar pemberian ExGratia Kematian ini adalah bergantung kepada tempoh perkhidmatan penjawat awam (si mati) tersebut seperti berikut:

  • Perkhidmatan kurang 60 bulan: RM150,000
  • Perkhidmatan 61-120 bulan: RM100,000
  • Perkhidmatan 121-180 bulan: RM75,000
  • Perkhidmatan 181-240 bulan: RM50,000
  • Perkhidmatan lebih 240 bulan: Tiada

 

CARA PEMBAYARAN EXGRATIA KEMATIAN

Pembayaran Ex-Gratia Kematian akan dibuat secara sekaligus kepada waris yang layak.

 

KELAYAKAN PENERIMA EXGRATIA KEMATIAN

Pelaksanaan pembayaran hanya dibuat kepada balu atau duda atau anak (bawah 21 tahun) atau ibu atau bapa kepada anggota awam yang meninggal dunia dalam tempoh perkhidmatan kurang daripada 20 tahun atau 240 bulan sahaja yang layak.

 

PECAHAN PEMBAYARAN EXGRATIA KEMATIAN

Berikut aadlah merupakan pecahan pembayaran kepada yang berkelaykan:

  • 9/10 syer (90%) akan dibayar kepada balu/duda dan anak-anak bawah 21 tahun.
  • 1/10 syer (10%) akan dibayar kepada ibu, jika ibu telah meninggal, kepada bapa gemulah.
  • Syer penuh 100% kepada balu/duda/anak sekiranya ibu dan bapa gemulah sudahpun meninggal dunia.
  • Syer penuh 100% kepada ibu, jika ibu telah meninggal dunia, kepada bapa gemulah yang meninggal dunia berstatus bujang (tiada pasangan/tiada anak).

 

CARA PERMOHONAN EX-GRATIA KEMATIAN

Berikut adalah merupakan cara membuat permohonan:

Penjawat Awam Memilih Skim Pencen

  • Permohonan ExGratia Kematian akan diproses bersekali dengan permohonan faedah persaraan terbitan.

Penjawat Awam Memilih Skim KWSP

  1. Muat turun borang permohonan https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2019/pp112019.pdf
  2. Lengkapkan maklumat gemulah, pemohon, anak, ibu atau atau bapa dan pengakuan pemohon di dalam borang permohonan tersebut.
  3. Borang tersebut kemudiannya perlu mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan.
  4. Borang permohonan perlulah disertakan dengan dokumen berikut:
    • Sijil Buku Perkhidmatan Kerajaan yang disahkan.
    • Kenyataan Cuti
    • Sijil Kematian Anggota
    • Kad Pengenalan/MyKid/Sijil Lahir setiap waris
    • Sijil Nikah/Sijil Cerai (jika berkaitan)
    • Sijil Lahir anak anggota
    • Sijil Lahir Gemulah
    • Akaun bank perseorangan setiap waris
    • Borang Pengesahan Anak Belajar di Institusi Pengajian Tinggi (Borang JPA.BP.SPT.B03a) (jika berkaitan)
    • Sijil Pengangkatan (jika berkaitan)
    • Borang Daftar Anak Kurang Upaya (Borang JPA.BP.UMUM.B04) (jika berkaitan)
    • Sijil Akuan Berhutang dengan dokumen pembuktian yang lengkap
  5. Borang permohonan dan dokumen yang lengkap perlu dihantar kepada:
    • Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Aras 5, Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ex-gratiakematian ini, sila merujuk:

  • website rasmi JPA: http://www.jpapencen.gov.my
  • Email: [email protected]
  • Hubungi: 03-8887 8777

 

ARTIKEL LAIN

CARA REGISTER ONLINE CUEPACSCARE CUEPACSPA (PROGRAM TAKAFUL PENJAWAT AWAM)

Leave a Comment