SEMAKAN STATUS i-LESTARI KWSP SECARA ONLINE

SEMAKAN STATUS i-LESTARI KWSP SECARA ONLINE

SEMAKAN STATUS i-LESTARI KWSP SECARA ONLINE

 

Makluman , ini adalah perkongsian tentang pengeluaran i-Lestari  Akaun 2 sebanyak RM500 sebulan daripada KWSP.

Buat pengetahuan anda , program di bawah i-Lestari KWSP ini boleh dibuat secara online, emel atau pos bermula 1 April 2020.

 

Manakala Pembayaran pertama akan dibuat bermula 4 Mei sehingga 20 Mei  2020.

CARA BUAT PENGELUARAN i-LESTARI PALING MUDAH & SENANG

Bagi yang belum membuat permohonan pengeluaran i-Lestari, KWSP baru sahaja melancarkan portal rasmi iLestari bagi memudahkan urusan permohonan baru / semakan status permohonan.

 

Info lanjut sila layari https://ilestari.kwsp.gov.my

Artikel ini ditulis berdasarkan maklumat rasmi dari portal KWSP (rujukan).

Untuk tutorial cara memohon pengeluaran secara online, boleh rujuk tutorial ini.

 

SOALAN LAZIM I-LESTARI KWSP

Seperti dimaklumkan Perdana Menteri, ahli boleh memohon pengeluaran i-Lestari bermula 1 April 2020.

Amaun yang layak dikeluarkan hanyalah RM500 untuk tempoh 12 bulan (maksimum).

Namun ianya bergantung juga baki jumlah simpanan akaun 2 ahli.

Bayaran akan dibuat bermula bulan permohonan dibuat sehingga Mac 2021.

Pengeluaran hanya boleh dibuat dalam tempoh 1 tahun sahaja iaitu dari April 2020 hingga Mac 2021.

Bayaran akan mula dibuat pada 4 Mei 2020.

Baca tentang Cek Jurubank Kepada Pemohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

CARA MEMOHON PENGELUARAN i-LESTARI

Terdapat tiga cara ahli boleh mengemukakan permohonan.

a.Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun); ATAU

b.Secara e-mel kepada [email protected] (Borang akan dimuat naik); ATAU

c.Secara pos/pos berdaftar ke alamat di bawah:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Karung Berkunci No 220,

Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya

(Pengeluaran i-Lestari)

Ahli hanya perlu membuat permohonan pengeluaran i-Lestari ini sekali sahaja dan pembayaran akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli.

 

SIAPA YANG LAYAK  MOHON i-LESTARI

Permohonan pengeluaran i-Lestari hanya  layak untuk golongan berikut:

  • Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
  • Berumur bawah 55 tahun
  • Mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2

Bukan warganegara akan dibuka fasa 2 nanti (tarikh belum diumumkan).

Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya terhad kepada RM500 dan secara bulanan?

Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.

Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.

Mengapakah kekerapan Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?

Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.

Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?

Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.

Untuk info lanjut, anda boleh hubungi KWSP melalui e-mel [email protected]

SEMAKAN STATUS i-LESTARI

Bagi tujuan semakan status permohonan i-Lestari, sila layari https://ilestari.kwsp.gov.my

 

 

 

 

12 thoughts on “SEMAKAN STATUS i-LESTARI KWSP SECARA ONLINE”

  1. Knpa smpi skrg ni tak ada jwpn dri kwsp sedangkan status sya dah pun lulus 4mei-8mei kwsp dah pun keluarkan simpanan sya rm500. bila ke cek sya akan smpi di alamat sya respon kwsp minta tlong sngt ni

    Balas
  2. ..apa yg lembap sngt kwsp buat kerja ke x nunggu cek jurubank dah brapa lama x sampai2 nak tunggu convid-20 kaa baru sampai ke penerima silap2 bukan mati sakit tapi mati menunggu duit sendiri pun payah nak keluar kan !kalau kita x susah x perlu laa keluar kan..

    Balas
  3. Pengeluaran kwsp rm500 dh lulus akaun bank sy tk boleh gune jurubank gune cek atau tk dn klau cek bila tarikh dipos ke alamat sy

    Balas
  4. Yang ke tiga dh lama sy tugu dari pada bulm 6 lagi spa sekaran xdapat2 lagi knapa ni duit dah di poton tapi sy tk dapat ke orang curi duit sy

    Balas

Leave a Comment