BANTUAN PRIHATIN COVID-19 2.0:PERMOHONAN RM300 UNTUK USAHAWAN MIKRO & KOTEJ SABAH(didr.sabah.gov.my/bpc19/)

BANTUAN PRIHATIN COVID-19 2.0:PERMOHONAN RM300 UNTUK USAHAWAN MIKRO & KOTEJ SABAH(didr.sabah.gov.my/bpc19/)

BANTUAN PRIHATIN COVID-19

APA ITU BANTUAN PRIHATIN COVID-19 2.0?

Bantuan Kerajaan Negeri Sabah ini adalah satu pakej bantuan untuk meringankan beban usahawan mikro dan kotej yang terjejas kesan daripada pandemik Covid-19.

KADAR BANTUAN

Bantuan ini adalah bayaran tunai RM300 secara one-off kepada usahawan mikro dan kotej yang layak

SASARAN BANTUAN

Usahawan Mikro & Kotej yang mengeluarkan produk dengan pendapatan tahunan RM50,000.00 dan ke bawah.

KAEDAH BAYARAN

Bayaran terus ke akaun bank peribadi usahawan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Bantuan Prihatin Covid-19 2.0. Sila pastikan bahawa akaun bank yang dikemukakan adalah masih aktif.

SEMAKAN SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah syarat-syarat Permohonan:

  • Usahawan mikro dan kotej dengan jumlah jualan tahunan tidak melebihi RM50,000.
  • Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia berasal dari Sabah dan beroperasi di Sabah.
  • Bantuan ini khusus untuk usahawan Mikro dan Kotej yang sudah beroperasi dan sedang menghasilkan produk sahaja.
  • Mempunyai Lesen Perniagaan yang sah.
  • Mengisi dengan lengkap borang permohonan Bantuan Prihatin Covid19 2.0 2021 secara atas talian sahaja.
  • Keutamaan adalah diberi kepada usahawan mikro dan kotej yang belum pernah mendapat bantuan dari mana-mana kementerian, jabatan dan agensi dan yang belum pernah mendapat Bantuan IKS (BAIKS) dan Bantuan SND UMC 2020.
  • Permohonan daripada kategori perkhidmatan, profesional, kontraktor dan ahli-ahli koperasi yang menggunakan lesen koperasi adalah tidak diterima,
  • Sebarang maklumat palsu yang diterima daripada pemohon akan ditolak serta merta.
  • Bantuan ini tidak merangkumi kategori penjaja, perkhidmatan, pelancongan, petani, penternak dan nelayan.
  • Menyertakan dokumen sokongan berikut :
  1. Salinan kad pengenalan
  2. Salinan lesen perniagaan yang sah
  3. Gambar premis perniagaan dan produk bersama pemilik

MAKLUMAN

Segala keputusan Jawatankuasa Bantuan Prihatin Covid19 2.0 Mikro dan Kotej Sabah adalah MUKTAMAD.

Pihak DIDR TIDAK PERNAH melantik agen atau wakil untuk mengurus permohonan bantuan ini.

PERINGATAN

Sila ambil perhatian bahawa akaun-akaun bank yang tersenarai di bawah adalah TIDAK diterima :

  1. Tabung Haji
  2. ASB
  3. Bank Muamalat
  4. Akaun bersama
  5. Akaun Syarikat
  6. Akaun Sijil Simpanan Premium (SSP)

CARA PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN Covid-19 2.0

Permohonan bantuan ini adalah secara atas talian sahaja.Klik DISINI

BORANG PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN Covid-19 2.0

Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) Sabah sedang membuka permohonan kepada Usahawan mikro dan cottage yang terlibat dalam sektor pembuatan, untuk memohon bantuan prihatin Covid19 2.0

Permohonan akan dibuka dari sekarang sehingga 15 Mac 2021

Pastikan semua butiran yang diperlukan diisi dengan lengkap dan betul.

dah buat semakan BANTUAN GERAN MIKRO DAN COTTAGE RM1000?

1 thought on “BANTUAN PRIHATIN COVID-19 2.0:PERMOHONAN RM300 UNTUK USAHAWAN MIKRO & KOTEJ SABAH(didr.sabah.gov.my/bpc19/)”

Leave a Comment