CARA LAPOR SEBAGAI KONTAK RAPAT GUNA MYSEJAHTERA (Dapat HSO)

CARA LAPOR SEBAGAI KONTAK RAPAT GUNA MYSEJAHTERA (Dapat HSO)

KONTAK RAPAT

Semakin hari semakin banyak kes positif dan covid 19 mula melangkah ke fasa endamik. Terkini KKM telah mengumumkan bahawa tiada lagi pemakian gelang pink & Home Surveillance Order (HSO) @ Surat kuarantin. Bagi menunjukkan bahawa anda positif, semuanya akan dijana melalui aplikasi MySejahtera secara digital.

Tetapi sekiranya anda ada berjumpa seseorang yang disyaki positif, adakah anda akan dikatagori kontak rapat atau kontak Kasual? Apa tindakan anda harus lakukan? Disini kami akan kongsikannya, semoga membantu.

 

APA MAKSUD KONTAK RAPAT

Berikut adalah merupakan individu yang berhubung secara langsung dengan kes positif covid-19 yang dikatagori sebagai kontakrapat:

  • Mereka yang tinggal serumah atau tinggal bersama di satu tempat yang sama dengan kes positif
  • Sembang dekat (bersemuka) lebih dari 15 minit dengan jarak kurang dari 1 meter bersama kes positif
  • Berada bersama kes positif didalam bilik berhawa dingin melebihi 2 jam bersama.
  • Bermusafir / berkenderaan bersama kes positif melebihi 15 minit.

Selain itu, kontakrapat juga termasuk individu berikut:

  • Anggota kesihatan yang memberi perawatan kepada kes disahkan COVID19 tanpa memakai alat perlindungan diri (PPE) yang lengkap.
  • Individu yang tinggal serumah dengan kes disahkan COVID-19
  • Individu yang duduk dekat (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 dalam satu premis seperti pejabat, kelas, rumah ibadat, kedai dan lain-lain.
  • Individu mengembara bersama dan duduk berdekatan (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 sepanjang perjalanan.

 

APA MAKSUD KONTAK KASUAL

  • Individu yang berada dekat dan berkemungkinan terdedah kepada kes positif covid-19 tanpa diketahui. Individu ini berisiko rendah untuk dijangkiti berbanding kontak rapat.
  • Kontak Kasual termasuk individu yang telah dikenalpasti mempunyai kontak dengan kes positif covid-19 di tempat tertentu pada waktu sama dengan kes positid covid-19 berdasarkan MySejahtera Check-Ins

 

TINDAKAN SEKIRANYA DIKATAGORIKAN SEBAGAI KONTAK RAPAT

Sekiranya anda dikatagorikan kontakrapat, berikut adalah tindakan yang harus anda lakukan:

  • Lakukan ujian air liur kendiri jika anda bergejala.
  • Jika positif, laporkan keputusan anda di dalam MySejahtera.
  • Asingkan diri anda dan seterusnya anda akan diberikan arahan kuarantin secara digital dari MySejahtera (Boleh guna untuk tujuan formal)
  • Masukkan senarai nama kontak rapat anda di dalam aplikasi MySejahtera anda utk membolehkan arahan kuarantin diberikan kepada kontak rapat anda dlm MySejahtera mereka.
  • Teruskan kuarantin jika anda tidak bergejala atau bergejala ringan (Tidak Perlu Hadir ke CAC) sehingga tamat arahan kuarantin.
  • Jika keadaan kesihatan semakin merosok atau gejala anda semakin teruk, hubungi CAC atau terus ke kecemasan Hospital/KK berdekatan anda.

 

CARA LAPOR KONTAK RAPAT DALAM MySEJAHTERA

Sekiranya anda dikatagori sebagai kontak rapat,anda seharusnya melaporkan di dalam sistem MySejahtera untuk dapatkan sijil HSO digital. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi MySejahtera > Klik Status COVID-19 di laman utama
  2. Tekan Mula untuk mula menjawab soalan.
  3. Jawab Ya jika anda kontak rapat dengan seseorang yang positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari yang lepas.
  4. Isikan maklumat kes positif COVID-19 tersebut.
  5. kontak rapat
  6. Anda akan menerima arahan pengasingan (Home Surveillance Order) / kuarantin di rumah melalui MySejahtera

 

TEMPOH KUARANTIN KONTAK RAPAT (BERKUATKUASA 1 MAC 2022)

Berkuatkuasa mulai 1 Mac 2022, Individu yang dikenal pasti sebagai kontakrapat tak perlu lagi menjalani kuarantin sekiranya:

  • Telah diberi dos penggalak
  • Tiada gejala
  • Berusia 18 tahun & ke atas

Tetapi perlu menjalani ujian RTK Ag kendiri pada hari 1 & 3 serta laporkan ujian di MySejahtera.

Tempoh isolasi (pengasingan) bagi individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif COVID-19, tempoh kuarantin adalah seperti berikut:

Kumpulan Umur 18 Tahun Ke Atas

  • Bergejala
    • 5 hari bagi individu yang telah terima dos penggalak;
    • 5 hari bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap;
    • 7 hari bagi individu yang belum lengkap vaksinasi atau belum divaksinasi.
  • Tidak Bergejala
    • Tidak Perlu Kuarantin bagi individu yang telah terima dos penggalak;
    • 5 hari bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap;
    • 7 hari bagi individu yang belum lengkap vaksinasi atau belum divaksinasi.

Kumpulan Umur 18 Tahun Ke Bawah

  • Bergejala
    • 5 hari bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap;
    • 7 hari bagi individu yang belum lengkap vaksinasi atau belum divaksinasi.
  • Tidak Bergejala
    • 5 hari bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap;
    • 7 hari bagi individu yang belum lengkap vaksinasi atau belum divaksinasi.

ARTIKEL LAIN

KAD VAKSIN HILANG(Cara Dapatkan Semula Kad Baharu)

Tags: #APA MAKSUD KONTAK KASUAL #APA MAKSUD KONTAK RAPAT #CARA DAPAT SIJIL HSO KONTAK RAPAT #CARA LAPOR KONTAK RAPAT DALAM MySEJAHTERA #CARA LAPOR SEBAGAI KONTAK RAPAT GUNA MYSEJAHTERA (Dapat HSO) #TEMPOH KUARANTIN KONTAK RAPAT (BERKUATKUASA 1 MAC 2022) #TINDAKAN SEKIRANYA DIKATAGORIKAN SEBAGAI KONTAK RAPAT

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    CARA LANGGAN ASTRO BEST/FIRST CHANNEL & ASTRO GO
    CARA LANGGAN ASTRO BEST/FIRST CHANNEL & ASTRO GO   Jika anda ingin langgan
    SENARAI LATIHAN KEMAHIRAN LEPASAN SPM
    SENARAI LATIHAN KEMAHIRAN LEPASAN SPM Jika anda berminat untuk menjalani latihan kemahiran selepas
    KELEBIHAN UNIVERSITI AWAM BERBANDING SWASTA
    KELEBIHAN UNIVERSITI AWAM BERBANDING SWASTA Berdasarkan data, terdapat lebih daripada 400 institusi swasta
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)   Majlis Amanah Rakyat (MARA)

    Leave a reply "CARA LAPOR SEBAGAI KONTAK RAPAT GUNA MYSEJAHTERA (Dapat HSO)"