PERMOHONAN BANTUAN SIHAT SELANGOR 2024 ONLINE

PERMOHONAN BANTUAN SIHAT SELANGOR ONLINE

BANTUAN SIHAT SELANGOR

Kepada rakyat Selangor yang berkelayakan ingin membuat permohonan bantuan rawatan kesihatan, anda boleh membuat permohonan melaui Bantuan Sihat Selangor. Disini kami akan kongsikan cara permohonan dan maklumat mengenai bantuan ini, semoga membantu.

 

APA ITU BANTUAN SIHAT SELANGOR

Bantuan Sihat Selangor merupakan satu inisiatif kerajaan dalam memberikan bantuan rawatan kesihatan bagi rakyat Selangor yang kurang berkemampuan. Kerajaan Negeri Selangor amat perihatin akan tahap kesihatan seluruh rakyat di negeri ini. Keprihatinan ini disalurkan  kepada golongan yang kurang kemampuan.

 

JENIS BANTUAN SIHAT SELANGOR

Melaui program ini, berikut adalah merupakan jenis bantuan yang disalurkan:

  1. Dialisis Buah Pinggang
    • Pemohon atau pesakit buah pinggang yang berkelayakan boleh mendapatkan rawatan dialisis di pusat hemodialisis hospital kerajaan atau swasta.
    • Bayaran bantuan akan dibayar secara terus ke hospital tersebut bagi pemohon yang berjaya mendapatkan bantuan.
  2. Katarak Mata
    • Katarak mata atau bular merupakan sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun serta menjejaskan penglihatan seseorang yang boleh menyebabkan buta sekiranya lewat atau tidak dirawat.
  3. Pembedahan
    • Bantuan bagi pembedahan pula meliputi kos pembedahan atau pembelian peralatan atau kedua-duanya sekali.
    • Pembedahan yang ditanggung hanyalah pembedahan yang dijalankan di hospital kerajaan sahaja.
  4. Kaki Palsu
    • Pemohon yang berkelayakan khususnya golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak berkemampuan boleh membuat permohonan pembelian peralatan mahupun kos rawatan pesakit.
  5. Lain-lain permohonan
    • Pemohon juga boleh membuat permohonan peralatan dan lain-lain jenis rawatan yang dijalankan di hospital kerajaan.

 

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SIHATSELANGOR

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  1. Pemohon merupakan Rakyat Negeri Selangor atau sedang bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun (mendapat pengesahan daripada Ahli Parlimen / ADUN / Penghulu / Ketua Kampung / JKKK Kampung / Ketua Penduduk / Ketua Komuniti)
  2. Mempunyai pendapatan seisi rumah RM3,000.00 ke bawah
  3. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana program atau organisasi
  4. Keutamaan juga diberikan kepada pemohon yang memiliki tanggungan yang ramai, ketua keluarga yang telah meninggal, ahli keluarga yang sakit atau golongan Orang Kurang Upaya (OKU)
  5. Pemohon mesti mendapatkan di hospital kerajaan sahaja
  6. Permohonan bantuan perlu dibuat sebulan lebih awal daripada tarikh pembedahan berlansung
  7. Sebarang tuntutan bayaran dan tunggakan ke atas sesuatu bil rawatan yang telah dibayar tidak akan dipertimbangkan
  8. Permohonan mengenai Kos Perjalanan dan Sumbangan Kewangan tidak akan dipertimbangkan
  9. Pemohon atau ahli keluarga yang merupakan kakitangan kerajaan atau penjawat awam tidak akan dipertimbangkan.

 

TARIKH PERMOHONAN 

Permohonan dibuka pada awal tahun dan tarikh tutup permohonan adalah sebelum 31 Oktober untuk setiap tahun.

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN SIHAT SELANGOR

Kepada pemohon yang berkleyakan, berikut adalah merupakan cara membuat permohonan:

  1. Layari pautan permohonan: http://bantuansihat.selangor.gov.my/
  2. Klik pada daftar permohonan
  3. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dan klik daftar
  4. Log masuk akaun anda dan ikuti arahan selanjutanya sehingga selesai permohonan anda.

NOTA: Setiap pemohon hanya boleh membuat permohonan sekali sahaja pada setiap tahun.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan Sihat Selangor, sila layari website rasmi  Sihat Selangor di pautan http://bantuansihat.selangor.gov.my/?

 

ARTIKEL LAIN

BIL AIR ONLINE SELANGOR/KL:CARA DAFTAR LOGIN SEMAK DAN BAYAR BIL(crisportal.airselangor.com)

1 thought on “PERMOHONAN BANTUAN SIHAT SELANGOR 2024 ONLINE”

Leave a Comment